Pengikut

31 Mac 2010

GOOD FRIDAY DAN PASKAH

Jumaat ini, 2 April sekali lagi umat Kristian menyambut Good Friday, disusuli dengan Hari Easter pada 4 April. Sesungguhnya bulan April, khususnya Minggu Paskah merupakan satu ruang masa yang 'kudus' dalam kalendar Kristian kerana berkaitan dengan peristiwa kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus Kristus. Tiga perkara utama iaitu kelahiran (yang sinonim dengan Krismas), kematian dan kebangkitan merupakan peristiwa yang terkandungan dalam pengakuan iman rasuli masyarakat Kristian. Saya kongsikan sedikit latar belakang tentang Good Friday dan Paskah.

Jumat Agung adalah Hari Jumat sebelum Minggu Paskah, hari peringatan Penyaliban Yesus Kristus dan wafatNya di Golgota.Berdasarkan rincian kitab suci mengenai Pengadilan Sanhedrin atas Yesus, dan analisis ilmiah, peristiwa penyaliban Yesus sangat mungkin terjadi pada hari Jumat, namun tanggal terjadinya tidak diketahui dengan pasti, dan akhir-akhir ini diperkirakan terjadi pada tahun 33 Masehi, oleh dua kelompok ilmuwan, dan sebelumnya diperkirakan terjadi pada tahun 34 Masehi oleh Isaac Newton via perhitungan selisih-selisih antara kalender Yahudi dan kalender Julian dan besarnya bulan sabit.

Paskah (bahasa Yunani: Πάσχα atau Paskha[1]) adalah perayaan terpenting dalam tahun liturgi gerejawi Kristen. Bagi umat Kristen, Paskah identik dengan Yesus, yang oleh Paulus disebut sebagai "anak domba Paskah"; jemaat Kristen hingga saat ini percaya bahwa Yesus disalibkan, mati dan dikuburkan[a], dan pada hari yang ketiga[b] bangkit dari antara orang mati. Paskah merayakan hari kebangkitan tersebut dan merupakan perayaan yang terpenting karena memperingati peristiwa yang paling sakral dalam hidup Yesus.Paskah juga merujuk pada masa di dalam kalender gereja yang disebut masa Paskah, yaitu masa yang dirayakan dulu selama empat puluh hari sejak Minggu Paskah (puncak dari Pekan Suci) hingga hari Kenaikan Yesus namun sekarang masa tersebut diperpanjang hingga lima puluh hari, yaitu sampai dengan hari Pentakosta (yang artinya "hari kelima puluh" - hari ke-50 setelah Paskah, terjadi peristiwa turunnya Roh Kudus). Minggu pertama di dalam masa Paskah dinamakan Oktaf Paskah oleh Gereja Katolik Roma. Hari Paskah juga mengakhiri perayaan Pra-Paskah yang dimulai sejak empat puluh hari sebelum Kamis Putih, yaitu masa-masa berdoa, penyesalan, dan persiapan berkabung.

P/S : Terima kasih kepada kerajaan yang memberikan cuti Good Friday. Sayangnya,sejak sekian lama cuti ini hanya dinikmati oleh masyarakat Kristian di Sabah & Sarawak.Semoga sesuai dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan dapat mengkaji semula keperluan cuti ini diperluaskan di Semenanjung.


29 Mac 2010

PROJEK STRATEGIK UNTUK PITAS




Seperti yang diwarwarkan dan dipromosi secara sederhana, majlis taklimat penanaman lada anjuran UPKO Kudat yang dikendalikan oleh wakil Lembaga Lada Malaysia telah berlangsung dengan jayanya. Program yang pada peringkat awal dijangka hanya dihadiri 50-100 orang mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sekitar 250 orang hadir dan walaupun acara rasmi bermula agak lewat dan ada sedikit masalah teknikal, namun para hadirin yang datang dari pelusuk Pitas tetap sabar dan tidak berganjak dari tempat duduk.
Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Philip Lasimbang selaku SU Politik kepada Menteri Perladangan dan Komoditi benar-benar memberikan manfaat kepada peserta. Datuk Philip memberikan dorongan dan harapan dalam konteks perladangan yang sangat berpotensi menaiktaraf kehidupan. Beliau memberikan jaminan bahawa selagi Tan Sri Dompok menerajui kementerian yang sama, misi Tan Sri ialah mempastikan semua agensi dapat berfungsi untuk masyarakat luar bandar. Beliau akhirnya mengumumkan bahawa secara prinsipnya Tan Sri telah bersetuju menjadikan daerah Pitas sebagai lokasi projek perintis lada di Sabah,bergantung kepada kajian kesesuaian tanah.
Pegawai khas dari Lembaga Lada Malaysia telah menyampaikan ceramah tentang penanaman lada dan ternyata potensi lada tidak perlu disangsikan lagi. Kewujudan projek ini di Sarawak yang sudah berusia puluhan tahun telah membuktikan dan ternyata lada merupakan antara tanaman komoditi yang memberikan hasil maksimum. Untuk tanaman 1000 pokok (sekitar 1.8 ekar), hasil minimum ialah RM2500.00 sebulan (harga minimum RM10). Pulangan seumpama ini sangat berbaloi jikah dibanding dengan tahap kerja fizikal yang digunakan.Pada masa yang sama kerajaan turut memberikan subsidi baja, kayu tiang, racun dan mesin pemprosesan.
Tahniah kepada UPKO Kudat yang memulakan langkah yang baik dan sangat strategik untuk menjamin masa depan yang cerah kepada masyarakat luar bandar. Walaupun parti ini kecil dan masih dibelenggu dengan pelbagai "persepsi" pesimis, namun wawasan seperti ini patut menjadi amalan kepada semua parti yang berslogankan perjuangan rakyat.
Selepas ini beberapa langkah susulan akan diambil. Kajian tanah, pengedaran borang dan pelancaran rasmi sebagai projek perintis dijangka pada awal Mei oleh Tan Sri sendiri. Program atau projek seumpama ini hanya akan berjaya sekiranya semua pihak memainkan peranan. Pihak kerajaan menawarkan bantuan, terpulanglah kepada kita sebagai rakyat menyahut seruan ini, melaksanakannya di lapangan..Saya pun macam mau mencuba....

27 Mac 2010

BEKERJA UNTUK RAKYAT PITAS

Hari ini, 27 Mac 2010, New Sabah Times memaparkan berita upacara mengangkat sumpah ahli-ahli majlis Daerah Kota Marudu sesi 2010-2012. YB Datuk Maximus dalam ucapannya mengatakan bahawa upacara tersebut amat bersejarah kerana buat pertama kali Kota Marudu membentuk ahli majlis daerah "sendiri" tanpa memasukkan Pitas kerana Pitas secara rasmi sudah menjadi daerah penuh pada tahun ini (pengumuman tahun lalu). Ini melengkapkan "cerita" dan "hampir" mengesahkan bahawa Pitas kini menjadi majlis daerah penuh. Tahniah dengan perkembangan ini. Tahniah Pitas ! Kerana beberapa daerah lain masih berjuang mendapatkan status majlis penuh seperti Telupid dan Pensiangan.
Ini bermaksud pada masa terdekat ini, kita akan melihat satu barisan ahli-ahli majlis daerah Pitas. Kerajaan Tempatan merupakan salah satu topik dalam subjek Pengajian Am yang saya ajar sejak 2003 dan tidaklah terlalu asing untuk kita mengetahui sejarah,konsep dan tujuan pewujudan sebuah kerajaan tempatan. Saya hanya berkongsi satu hal iaitu kriteria pemilihan sebagai ahli majlis yang terdapat dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, 171 (10)(2) yang berbunyi "Anggota Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik dari antara orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negerimempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan pihakberkuasa tempatan itu"
Berdasarkan akta ini,kriteria itu agak umum dan lebih merujuk kepada "kebolehan individu" menjadi rakan sekerja dalam pembangunan sesebuah bandar. Pembangunan itu merujuk kepada fizikal, kebersihan, lanskap, ekonomi, susunatur, keceriaan dan sebagainya. Namun nampaknya akta ini nampaknya bukan lagi kriteria utama untuk melantik seseorang menjadi ahli majlis daerah. Kini kuota dalam majlis daerah banyak merujuk kepada pembahagian berdasarkan parti komponen BN tanpa mengira kelayakan akademik, tahap profesion mahu pun setakat mana pengaruh atau kewibawaannya diakui oleh komuniti setempat. Amalan ini sudah terbukti sejak sekian lama aacapkali kita meneliti senarai ahli majlis daerah di mana sahaja. Bagaimanakah keadaannya di Pitas kelak? Pastinya senarai itu sudah ada dan sebagai "pasukan" yang pertama wujud di Pitas, kita tidak sabar melihat siapakah yang bakal terpilih.
Semoga siapapun yang terpilih, kejujuran, kebolehan dan kepakaran menjadi aset utama dalam setiap diri mereka. Saya tidak kisah adakah itu 100% mewakili parti asalkan mahu dan boleh buat kerja dengan baik. Sebagai ahli majlis daerah yang PERTAMA ditubuhkan di Pitas, harapan masyarakat sangat tinggi terhadap team ini untuk melihat kebolehan dan kemampuan mereka merencanakan strategi pembangunan holistik untuk daerah Pitas, khususnya yang termasuk dalam lingkungan percukaian. Siapapun mereka, kita sokong dan beri mereka peluang untuk membuktikan bahawa perlantikan mereka tidak silap dengan memperlihatkan mutu kerja yang berdaya saing dengan semangat kecintaan yang tinggi untuk Rakyat Pitas.

24 Mac 2010

APAKAH PERLU KE TAHAP INI?

Minggu lalu ribuan penduduk asli yang mewakili komuniti mereka dari pelusuk semenanjung telah "melawat" Putrajaya menyuarakan bantahan terhadap layanan yang mereka dakwa tidak adil. Jumlah mereka yang dianggarkan 2000 ribu orang telah berarak untuk menyerahkan memorandum rayuan mereka.
Saya perhatikan media massa perdana tidak melaporkan peristiwa ini walaupun berkaitan dengan hak rakyat marhaen.Nasib baiklah media alternatif memberikan fokus, dapatlah kita berkongsi isu ini. Apakah bantahan atau rayuan mereka berasas? Saya tidak pasti kerana tidak membaca isi kandungan rayuan mereka. Namun kenapa saya fokuskan peristiwa ini?
Saya teringat satu rancangan bicara di astor awani bulan lalu tentang kemiskinan di kalangan orang asli.Antara yang dijemput ialah senator (lupa nama) yang mewakili kuota orang asli. YB ini berhujah bahawa negara Vietnam yg hancur teruk kerana perang berjaya memulihkan negaranya khususnya kemiskinan tegar dalam tempoh yang singkat.YB ini menambah bahawa dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, Vietnam berjaya membasmi kemiskinan tegar. TETAPI di Malaysia, walalupun tidak hancur oleh Perang dan dianggap lebih awal membangun namun masih GAGAL membasmi kemiskinan tegar di kalangan orang asli. YB ini berkata penduduk Vietnam berpuluh kali lipat lebih ramai berbanding Malaysia tetapi berjaya melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan. Orang Asli di Malaysia hanya berpuluh ribu dan BUKAN juta. Seorang lagi panel, iaitu Prof dari UM menambah bahawa dalam kajian, mereka dapati setiap tahun 40% pelajar orang asli tercicir dari sekolah. YB Senator ini menyampuk lagi bahawa satu lagi ancaman orang asli ialah hak kepemilikan tanah yang tidak ada kesudahan. Mereka sepertinya hanya diberikan lesen TOL untuk menduduki tanah dan tidak diberikan geran.
Oleh itu, berbalik kepada peristiwa mereka berarak ke Putrajaya..kos yang mereka keluarkan bukan sedikit. Mereka turut melewati pelbagai karenah birokrasi untuk sampai ke sana. Saya yakin mereka ada justifikasi yang kukuh terhadap kerajaan.
Sekarang, kita teliti kehidupan masyarakat Pitas.Mungkin di satu sudut kita kelihatan lebih baik dari orang asli tetapi dari sudut lain kualiti hidup sebilangan masyarakat kita hampir sama dengan mereka, bahkan saya tidak terkejut kalau ada yang lebih susah. Marilah kita terus MENGHARAP agar kerajaan benar-benar melestarikan pembangunan itu. Walaupun harus menyeberangi lautan, tidak mustahil memorandum rakyat sampai ke Putrajaya seperti orang asli ini...demi HAK sebagai warganegara Malaysia.

P/S : Pemberita bertanya pandangan mengenai peristiwa ini kepada Datuk Shafie Afdal selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau menjawab "Orang Asli ni hanya ingin bersiar-siar di Putrajaya".....sama-sama kita menilai ulasan beliau ini.

21 Mac 2010

GERBANGPITAS MENGHITUNG LANGKAH

23 Mac ini, genaplah usia dua tahun blog ini. Seperti entri saya pada 24 Mac 2008, saya mulakan blog dengan pengetahuan zero tentang dunia blog. Di samping minat tentang penulisan sejak di bangku sekolah, saya dedikasikan blog ini sebagai wadah perkongsian warga Pitas dan saluran alternatif untuk menyingkap kisah masyarakat Pitas. Pada waktu itu saya perhatikan blogger belum ramai yang aktif di Pitas berbanding sekarang.
Sejak dibangunkan, blog ini telah berhadapan dengan realiti dunia penulisan. Bermula dari hanya "suka-suka", saya tidak menyangka blog ini punya pengikut dan aura tersendiri. Kalau lambat dikemaskini, maka ramai kawan-kawan akan mengingatkan dan sentiasa inginkan isu dan berita yang segar. Tidak kurang juga yang menyalurkan maklumat dan isu untuk dikupas. Namun sebalik nya pula, tidak kurang juga cabaran getir yang dihadapi. Walaupun isu yang dikupas adalah realiti dan menjadi sungutan umum, namun serangan peribadi tetap menjadi pilihan. Ramai juga yang "tidak tahu" atau pun mungkin "sengaja tidak memahami" setiap isu yang diketengahkan tetapi memilih untuk menyerang peribadi saya. Namun bilangan yang punya mentaliti ini adalah terlalu kecil dan berdasarkan pemerhatian IP, saya dapati mereka ini adalah orang sama. Dari satu sudut, saya gembira kerana terdapat juga yang mendapat manfaat daripada blog ini khususnya apabila saya menyalurkan maklumat dan fakta dan mereka mengambilnya untuk keperluan diri atau organisasi.
Berbanding blog lain yang wujud di Pitas, saya akui blog saya agak ketinggalan dari segi layout, kecantikan template dan bilangan pengikut (khususnya komunit "nuff"). Semua ini adalah hal yang perlu dijangkau pada masa akan datang tetapi buat masa ini saya mengutamakan konsep isi dan fakta dari setiap isu yang dikongsi. Terima kasih juga kepada para pengunjung yang selalu mengingatkan saya agar berhati-hati dalam setiap isu dan sememangnya siapa pun kita kita terikat dengan pelbagai akta dan paling penting ialah toleransi.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian untuk blog ini. Saya melihat semua ini dari sudut kecintaan anda terhadap daerah Pitas secara menyeluruh. Sepanjang 2 tahun, kalau ada tulisan yang salah atau menyeleweng maka itu akan dibetulkan tetapi kalau tulisan itu adalah benar bermaksud mereka yang dimaksudkan harus membetulkan keadaan. Saya akan terus menulis demi diri, bangsa, agama, daerah Pitas yang kita cintai ini.

16 Mac 2010

TERIMA KASIH

Salam sejahtera buat saudara yang saya kira tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa saya anggap saudara adalah pemangkin kejayaan kepada semua warga pelajar Pitas ini kerana mengikut apa yang saya sering baca dalam blog saudara. Namun anggapan saya ini sedikit berubah apa bila keputusan spm telah keluar. Apa yang saya maksudkan adalah keputusan spm bible knowledge yang mencatatkan keputusan 0%.Saya ingin tahu apa pendapat saudara tentang perkara ini kerana setahu saya saudaralah yang bertanggungjawab dalam subjek tersebut.Seingat saya saudara tidak menunaikan tanggunjawab untuk membimbing pelajar yang mengambil subjek tersebut selain dari berusaha menyediakan buku rujukan.Apakah dengan menyediakan buku rujukan tersebut sudah memadai? sepatutnya saudara lebih berusaha untuk membimbing pelajar dalam subjek tersebut memandangkan saudaralah yang beria-ia agar ada pelajar yang mengambil subjek tersebut bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.Apakah saudara tidak terkilan dengan keputusan anak bangsa\satu gerija yang sudah agak baik dengan lulus semua subjek kecuali bible knowledge? Tapi saya rasa tidak bermakna bagi saudara kerana saudara telah nyatakan dalam tulisan saudara bahawa kejayaan PMR dan SPM saudara tidak terlibat. Rupanya mungkin inilah foktor mengapa saudara tidak berusaha membimbing pelajar yang mengambil subjek tersebut.Saya juga ingin tahu pandangan saudara bila ada pelajar kita yang lulus kepujian tasawwur Islam tetapi gagal dalam bible knowledge? Bukankah ini gambaran dimana kita sebenarnya berada? Ramai yang berpendapat bahawa 0% itu bukanlah identiti pelajar tetapi itulah identiti dan temparan bagi guru pembimbing subjek tersebut.Akhir sekali doa dan harapan saya semoga kita dapat menjadi insan yang cakap serupa bikin.
Inilah kiriman dari seseorang yang "tidak mahu dikenali" mengulas mengenai prestasi subjek Bible Knowledge di SMK Pitas yang mencatat 0%. Dia memberikann respon melalui entri saya tahun lalu dan kalau saya terima pun komen nya, ramai orang tidak dapat membaca kerana entri tahun lalu. Untuk menghormati pandangannya maka saya upload komennya tanpa edit untuk tatapan semua dan sekurang-kurangnya dia bangga kerana komennya menjadi post utama dalam blog ini. Saya sengaja publishkan kerana daripada fakta, maklumat dan isi tulisan nya, jelaslah bahawa dia ada sumber dalaman, paling tidak dari kalangan 13 orang pelajar yang mengambil subjek itu. Daripada gaya tulisan juga yang bernada "ucapan" saya kenal semua ibu bapa/keluarga pelajar yang mengambil subjek itu maka orang itu tidak terlalu jauh dari jangkauan. Apatah lagi bila dia mengaitkan dengan frasa "satu gereja" maka, selected saya semakin jelas dan memang "dialah itu". Apatah lagi kalau saya gunakan pencarian IP, maka makin dekat dan dialah itu yang di depan tersenyum tetapi hati penuh dengan racun. Saya memang merancang mengulas prestasi BK di sekolah saya tetapi oleh kerana sejak Jumaat lalu saya berada di Keningau selama 3 hari dan terus ke Kudat juga 3 hari maka masa sangat terbatas. Apapun sebagai rasa tanggungjawab saya berkongsi situasi subjek BK ini, bukan setakat untuk saudara yang "takut dikenali" tetapi kepada sesiapa yang berkenaan.
1. Selaku guru yang bertanggungjawab membawa subjek ini, selayaknya saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi subjek ini..0%.
2. Sbg makluman, sekolah-sekolah lain yang mengambil subjek ini seperti SM Lok Yuk, Kudat, SMK Pitas II turut mencatat 0%. SM St Mary, Sandakan yang sudah puluhan tahun ambil subjek ini dengan guru berpengalaman turut mencatat 0%.
3.Kumpulan pelajar yang mengambil subjek ini hanya memulakan P & P mereka pada awal 2009 sedangkan sepatutnya di peringkat tingkatan 4 sudah mula tetapi saya hanya mengikuti kursus Julai 2008 dan sekolah mengesahkan pada Oktober 2008.
4. Sebaik sahaja 13 orang pelajar ini bersedia mengambil subjek ini (tanpa paksaan), hal utama yang saya beritahu ialah "kita jangan meletakkan harapan yang tinggi" yang penting ialah saya beritahu mereka sebab ambil subjek ini (hal ini saya tidak boleh dedahkan disini).
5. Subjek ini BK adalah diluar masa KBSM dan guru dan pelajar perlu berbincang tentang masa pembelajaran yang sesuai. Kebanyakan pelajar yang mengambil subjek ini adalah aliran Sains dan masa mereka sangat terbatas kerana kelas biasa mereka sehingga lewat petang.
6. Subjek ini diajar dan disoal dalam BI dan kemampuan dan penguasaan mereka sangat terhad.
7. Bermula Jun 2009 dan 2-3 bulan terakhir sebelum exam, isteri saya selaku guru BI bertungkus lumus membantu saya kerana saya telah ditugaskan dalam pengurusan Pra-U sepenuh masa dan tidak banyak masa saya dengan mereka. Kerap kali temujanji yang isteri saya atur dibatalkan kerana mereka mahu menumpukan subjek lain (apabila disiasat rupanya ketua mereka tidak menyampaikan jadual temujanji).
8. Saya hanya memperoleh buku rujukan menjelang Mac- April 2009 setelah wang yang ada mencukupi (derma dari semua guru kristian di sekolah). Segala urusan pembelian saya lakukan sendiri dan tidak melalui sekolah.
9. Soal perbandingan dengan subjek tasawur islam, saya tidak mahu ulas atas sebab-sebab tertentu. Ada SEBAB KHAS kenapa pelajar kristian lulus dalam tasawur islam dan SAYA HENDAK SANGAT mengulas itu tapi bukan dalam blog ini. Kalau boleh saya undang saudara dan sesiapa juga bertanyakan hal ini secara peribadi dengan saya. Membandingkan kelulusan subjek ini hanya mendedahkan kepincangan pengetahuan kita.
Demikian beberapa penjelasan tentang prestasi BK dan apapun situasinya, sekali lagi saya dan isteri saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan prestasi ini. Sebenarnya bukan mudah untuk mengetengahkan subjek ini. Pastinya saudara yang "takut dikenali" tidak tahu situasi subjek ini di peringkat nasional. Bukankah lebih mudah untuk saya berdiam diri dan tidak perlu bersusah payah membawa subjek ini di SMK Pitas? Tetapi oleh kerana ada sebab tertentu yang tidak dapat saya dedahkan disini maka saya berusaha melaksanakan bahagian saya.Kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua dan rakan guru yang telah menyumbang dalam pembelian buku-buku BK. Saya memohon maaf kerana prestasi 0% ini dan alangkah baiknya kalau saudara yang "takut dikenali" atau sesiapa juga dapat menyumbang idea dan material untuk kelangsungan subjek ini. Saya sudah memulakan dengan mengetengahkan subjek ini di SMK Pitas dan rasanya itu sudah memudahkan untuk orang lain meneruskannya.
Situasi ini juga menguatkan lagi kebenaran kata pujangga bahawa sangat sukar mencari ungkapan terima kasih dan penghargaan tetapi sangat mudah mencari cercaan. Rupanya saudara yang "takut dikenali" ini pengunjung setia blog saya dan tidak pula saudara menyatakan terima kasih dengan prestasi STPM baru lalu tetapi untuk subjek BK boleh tahan juga hujahnya. Ulasan saudara yang JITU menyedarkan saya akan kekurangan dan kelemahan diri. Semoga subjek BK di SMK Pitas yang telah dimulakan tidak akan terkubur dan akan terus bertahan. Untuk saya, saya akui bahawa saya hanya mampu memulakannya............

P/S : Frasa yang saya "bold"kan adalah ungkapan yang biasa kita dengar dari mulut"nya"

12 Mac 2010

MONOLOG UNTUK BENGKOKA

Nama Sungai Bengkoka sinonim dengan daerah Pitas. Sungai ini merentasi hampir keseluruhan daerah Pitas. Sebab itu sehingga tahun 2004, persempadan pilihanraya mengambil nama N.3 Bengkoka yang merujuk kepada N.3 Pitas sekarang. Suatu ketika dahulu sungai ini amat dalam dan penuh dengan hidupan sungai khususnya ikan dan udang yang 'mengharumkan' nama Pitas. Masyarakat luar apabila berkunjung ke Pitas lazimnya mencari 'udang Pitas'....murah dan segar. Disamping menjadi sumber minuman dan bekalan ikan, udang, sungai ini turut berbakti kepada ribuan penduduk sebagai nadi perhubungan bukan sahaja dalam kawasan daerah malah untuk ke Kudat. Penduduk dari hulu sampai ke kuala semuanya bergantung kepada Sungai Bengkoka dalam segenap aspek kehidupan.
Kini masa depan Sungai Bengkoka semakin tidak menentu. Paras airnya semakin cetek dari hulu sehingga ke kuala. Justeru penduduk yang masih bergantung kepada sungai ini sebagai laluan perhubungan amat perit menerima perubahan ini. Sumber ikan udang juga semakin berkurangan. Salah satu kawasan yang terkenal paras airnya yang dalam dikenali sebagai 'Luntuk' di Kg.Nibang, kini semakin cetek bahkan boleh diseberangi di paras pinggang sahaja. Di kawasan hulu juga ratusan hektar ladang kelapa sawit telah dibuka dan difahamkan jumlah ini akan bertambah. Kesannya, disamping kemusnahan kawasan tadahan air, ribuan penduduk Pitas dalam risiko dicemari dengan racun dari kelapa sawit.
Sememangnya segenap lapisan masyarakat Pitas perlu sedar bahawa kini bengkoka kian mengalir lesu. Yang gah hanyalah Pesta Bengkoka..meminjam kemegahan nama Sungai Bengkoka suatu ketika dahulu. Namun moga kita sedar bahawa kemeriahan Pesta Bengkoka tidak akan ada makna sekiranya Bengkoka yang sebenar tidak terpelihara. Mungkinkah Sungai Bengkoka berasa cemburu kerana tapak Pesta Bengkoka tidak diadakan di tepi Sungai Bengkoka yang sebenar. Kalaulah tapak Pesta Bengkoka diadakan di tepi Bengkoka yang sebenar, maka ribuan mata khususnya para pemimpin akan menyaksikan sendiri kesedihan bengkoka ini. Sedih kerana kawasan tadahan di hulu dibelasah dengan teruk dan kini ratusan hektar sedang dimamah oleh kejantanan wang. Sedih kerana kemegahan sumber ikan, udang dan sebagainya kian sekadar menjadi kenangan.
Kita beruntung kerana YB N.3 Pitas kini memegang porfolio pelancongan dan alam sekitar. Satu porfolio yang sangat tepat dengan keperluan bengkoka. Di beberapa daerah, badan-badan masyarakat dan agensi kerajaan sering melaksanakan program 'selamatkan sungai" dan moga setiap kita ada jiwa mencintai dan menyelamatkan sungai bengkoka. Kalau Tuhan beri ilham dan kekuatan dan ada sokongan rakan-rakan, baiklah kita segera lakukan tindakan proaktif untuk Sungai Bengkoka ini. Bengkoka...maafkan kami kerana telah melupakan jasamu. Maafkan kami kerana kami "meminjam" namamu untuk kemegahan kami tanpa izinmu dan tanpa ucapan terima kasih. Bengkoka...sebelum Pitas "lahir"..engkau telah ada mewarnai kehidupan kami. Bengkoka...semoga sisa waktu yang ada ini dapat kami zahirkan supaya engkau terus mengalir dalam kemegahan.

06 Mac 2010

INDAHNYA DAERAHKU






Hujung minggu lalu saya mengunjungi kaum kerabat dan rakan di hulu Bengkoka yang meliputi Kg.Nibang, Soniton Laut, Soniton Ulu dan Samparita Laut. Saya bermalam di sana. Oleh kerana jalan Hap Seng dari Kg Mempakad tidak dapat dilalui maka saya harus melalui laluan Tandek- Samparita-Bombong 1-Samparita Laut-Soniton Ulu-Nibang. Satu perjalanan yang amat mencabar. Kali terakhir saya mengunjungi kawasan ini ialah pada tahun 1999 dan saya beranggapan sejak sekian lama, pasti sudah banyak perubahan dari segi kualiti hidup. Ternyata salah ! Pembangunan yang diwarwarkan masih sekadar impian dan kata-kata tidak dapat menggambarkan cabaran hidup yang mereka alami. Saya sempat mengunjungi kawasan yg dipanggil Tobang, tempat dimana menjanjikan panorama indah bahkan mempunyai cerita lagenda kononnya kawasan petempatan orang besar suatu ketika dulu (kesan tapak kaki besar) Bak kata pepatah, sekeping gambar menggantikan 1000 perkataan. Mari nikmati keindahan Pitas..indahnya daerahku.

P/s : Sungai bengkoka yg semakin cetek di hulu adalah bom jangka untuk rakyat Pitas suatu masa terdekat.

05 Mac 2010

KETERLANJURAN ADALAH KELEMAHAN

Nampaknya post saya yang lalu mendapat pelbagai maklumbalas. Terima kasih dengan respon kalian samada positif, sinis dan geram. Sesuai dengan tajuk post "menuai dari yang ditabur", saya sudah bersedia menuai hasil dari tulisan yang ditabur. Ternyata saya memang menuai, cuma sesuai dengan musim padi sekarang yang kurang menjadi demikianlah saya juga menuai yang kurang baik. Namun saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang jua tulisan saya dalam blog ini, apatah lagi dengan pelbagai cabaran yang datang. Tulah...siapa suruh buka blog dan siapa suruh menulis yang keterlaluan...padan muka saya.
Namun apa yang ditulis semuanya bukan spontan dan kalau sudah ditaip pun masih boleh diedit tetapi memang sengaja untuk tidak diedit. Apabila sudah di publish maka itu dianggap keterlanjuran yang menampakkan kelemahan diri saya sendiri. Almaklumlah..setelah sekian lama tidak menikmati kejayaan manis para anak didik maka kali ini rasa excited itu melambung2 dan hampir lupa untuk kembali berpijak ke bumi nyata. Rasa excited tu bukan dalam diri sendiri sahaja malah pengurusan sekolah dan team pra-u. Rasa excited yang melebih-lebih sekali lagi merupakan keterlanjuran dan kelemahan yang diwakili oleh diri saya sendiri.
Soal anggapan mencelah atau mengata "sekolah sebelah", sekali lagi mohon maaf kalau itu mencuit rasa. Saya terlupa seketika akan status sekolah kami yang bukannya ada award apa-apa. Namun umumnya setiap sekolah sudah ada label mahupun identiti masing-masing. Justeru tanggapan kadangkala lahir ekoran pembudayaan sesuatu amalan yang sudah diketahui umum. Kelemahan saya apabila menimbulkannya dalam skop yang kecil tanpa penjelasan lanjut. Jadi untuk rakan sekerja di "sana" mohon maaf kerana tanggapan itu seolah-olah merujuk team anda. itu bukan maksud saya yang sebenar dan sebagai tanda salam maaf dari saya, saya telah padamkan frasa yang berkaitan. Ulasan merujuk kepada persepsi umum terhadap budaya "itu" dan jauh sekali merujuk kepada rakan sekerja disana.
Kini cabaran sudah datang untuk membuktikan kecemerlangan ini untuk tahun mendatang. Samada berdiam atau terbuka, cabaran ini harus diterima tetapi hanya dalam konteks STPM kerana saya/kami tidak terlibat dalam PMR dan SPM. Seperti kata pengunjung blog ini, bagus juga cabar mencabar ini secara positif. Sebenarnya tanpa kita sedar soal cabar mencabar ni sudah lumrah dalam seni pendidikan. Selain akademik, sekolah saling bersaing dalam sukan, bahas dan sebagainya. Namun saya harap persaingan dan cabaran yang dikemukakan itu tidak menyebabkan ramai pelajar bakal "tercicir"...haha
Akhirnya, sekali lagi saya/kami memohon maaf dengan keterlanjuran mengekspresikan emosi dalam meraih kejayaan secara over sehingga terlepas kata-kata yang bernada mencelah. Itulah namanya kelemahan. Justeru disamping mohon maaf secara terbuka di blog ini, saya juga telah menarik frasa tersebut dalam post berkaitan. Semoga kualiti pendidikan daerah Pitas terus menjadi hala tuju bersama demi kelangsungan daerah Pitas ini.

01 Mac 2010

MENUAI YANG DITABUR

Sebelum ni beberapa post saya berkaitan dengan pendidikan, khususnya SMK Pitas. Ada satu ketika post saya tentang SMK Pitas mendapat respon yang banyak tetapi lebih kepada negatif, sikap pesimis terhadap harapan dan bahkan menyerang peribadi saya. Saya biarkan masa berlalu dan sekali lagi saya postkan harapan tentang pencapaian STPM SMK Pitas dan sekali lagi dibalas dengan cemuhan. Sebenarnya banyak komen yang saya terpaksa tapis bahkan tidak saya siarkan kerana bukan lagi mengupas isu jauh sekali untuk mencadang tetapi lebih kepada emosi dan serangan peribadi.
Syukurlah..segala harapan menampakkan kenyataan. Segala yang ditabur mulai memberikan hasil. Keputusan STPM SMK Pitas yang baru diumumkan amat membanggakan. Kenaikan 23% difahamkan antara yang tertinggi di utara, kalau bukan di peringkat negeri. Kualiti juga amat memuaskan dimana pelajar terbaik kami mendapat 4A (3A, 1A-) dengan NGMP 3.93. Saya merisik2 di beberapa sekolah dan ternyata SMK Pitas masih di hadapan. Bilangan yang mendapat A juga agak ramai dan ini merupakan sejarah bagi SMK Pitas. PPD lantas mengirimkan SMS kepada pengurusan sekolah mengucapkan tahniah dan meminta agar program yang kami laksanakan tahun lalu diteruskan.
Rasanya pencapaian ini masih belum cukup untuk cover secara keseluruhan nama baik SMK Pitas tetapi tekad saya sejak menerajui pengurusan pra-u tahun lalu ialah agar prestasi STPM dapat menolong memberikan wajah dan persepi baru untuk SMK Pitas. Kebanyakan subjek menunjukkan pencapaian dan semuanya kerana usaha gigih dan kejujuran dari hati para GURU tingkatan 6 untuk mendidik para pelajar.

Saya yakin bahawa setiap kejayaan adalah adunan komitmen dari semua pihak. Pengurusan, guru, pelajar dan pihak lain. Saya tidak rasa bimbang untuk mengekalkan bahkan meningkatkan prestasi ini kerana selagi momentum dan mentaliti berjaya ada di setiap pihak, maka kejayaan itu tidak terlalu jauh untuk dicapai. Saya berkongsi kepada pelajar pra-U tahun ini bahawa kejayaan sejati ialah apabila pelajar biasa dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa ,diajar oleh guru biasa tetapi semua pihak bekerja/berusaha luar biasa, pasti kejayaan luar biasa akan tiba.
Ayuh warga SMK Pitas..khususnya team saya dalam pengurusan Pra-U, langkah pertama telah bermula dan membuahkan hasil. Mari kita teruskan langkah ini. Selagi kita menabur, selagi itu kita menuai hasilnya..Syukur kepada Tuhan !!!