Salam sejahtera buat saudara yang saya kira tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa saya anggap saudara adalah pemangkin kejayaan kepada semua warga pelajar Pitas ini kerana mengikut apa yang saya sering baca dalam blog saudara. Namun anggapan saya ini sedikit berubah apa bila keputusan spm telah keluar. Apa yang saya maksudkan adalah keputusan spm bible knowledge yang mencatatkan keputusan 0%.Saya ingin tahu apa pendapat saudara tentang perkara ini kerana setahu saya saudaralah yang bertanggungjawab dalam subjek tersebut.Seingat saya saudara tidak menunaikan tanggunjawab untuk membimbing pelajar yang mengambil subjek tersebut selain dari berusaha menyediakan buku rujukan.Apakah dengan menyediakan buku rujukan tersebut sudah memadai? sepatutnya saudara lebih berusaha untuk membimbing pelajar dalam subjek tersebut memandangkan saudaralah yang beria-ia agar ada pelajar yang mengambil subjek tersebut bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.Apakah saudara tidak terkilan dengan keputusan anak bangsa\satu gerija yang sudah agak baik dengan lulus semua subjek kecuali bible knowledge? Tapi saya rasa tidak bermakna bagi saudara kerana saudara telah nyatakan dalam tulisan saudara bahawa kejayaan PMR dan SPM saudara tidak terlibat. Rupanya mungkin inilah foktor mengapa saudara tidak berusaha membimbing pelajar yang mengambil subjek tersebut.Saya juga ingin tahu pandangan saudara bila ada pelajar kita yang lulus kepujian tasawwur Islam tetapi gagal dalam bible knowledge? Bukankah ini gambaran dimana kita sebenarnya berada? Ramai yang berpendapat bahawa 0% itu bukanlah identiti pelajar tetapi itulah identiti dan temparan bagi guru pembimbing subjek tersebut.Akhir sekali doa dan harapan saya semoga kita dapat menjadi insan yang cakap serupa bikin.
Inilah kiriman dari seseorang yang "tidak mahu dikenali" mengulas mengenai prestasi subjek Bible Knowledge di SMK Pitas yang mencatat 0%. Dia memberikann respon melalui entri saya tahun lalu dan kalau saya terima pun komen nya, ramai orang tidak dapat membaca kerana entri tahun lalu. Untuk menghormati pandangannya maka saya upload komennya tanpa edit untuk tatapan semua dan sekurang-kurangnya dia bangga kerana komennya menjadi post utama dalam blog ini. Saya sengaja publishkan kerana daripada fakta, maklumat dan isi tulisan nya, jelaslah bahawa dia ada sumber dalaman, paling tidak dari kalangan 13 orang pelajar yang mengambil subjek itu. Daripada gaya tulisan juga yang bernada "ucapan" saya kenal semua ibu bapa/keluarga pelajar yang mengambil subjek itu maka orang itu tidak terlalu jauh dari jangkauan. Apatah lagi bila dia mengaitkan dengan frasa "satu gereja" maka, selected saya semakin jelas dan memang "dialah itu". Apatah lagi kalau saya gunakan pencarian IP, maka makin dekat dan dialah itu yang di depan tersenyum tetapi hati penuh dengan racun. Saya memang merancang mengulas prestasi BK di sekolah saya tetapi oleh kerana sejak Jumaat lalu saya berada di Keningau selama 3 hari dan terus ke Kudat juga 3 hari maka masa sangat terbatas. Apapun sebagai rasa tanggungjawab saya berkongsi situasi subjek BK ini, bukan setakat untuk saudara yang "takut dikenali" tetapi kepada sesiapa yang berkenaan.
1. Selaku guru yang bertanggungjawab membawa subjek ini, selayaknya saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi subjek ini..0%.
2. Sbg makluman, sekolah-sekolah lain yang mengambil subjek ini seperti SM Lok Yuk, Kudat, SMK Pitas II turut mencatat 0%. SM St Mary, Sandakan yang sudah puluhan tahun ambil subjek ini dengan guru berpengalaman turut mencatat 0%.
3.Kumpulan pelajar yang mengambil subjek ini hanya memulakan P & P mereka pada awal 2009 sedangkan sepatutnya di peringkat tingkatan 4 sudah mula tetapi saya hanya mengikuti kursus Julai 2008 dan sekolah mengesahkan pada Oktober 2008.
4. Sebaik sahaja 13 orang pelajar ini bersedia mengambil subjek ini (tanpa paksaan), hal utama yang saya beritahu ialah "kita jangan meletakkan harapan yang tinggi" yang penting ialah saya beritahu mereka sebab ambil subjek ini (hal ini saya tidak boleh dedahkan disini).
5. Subjek ini BK adalah diluar masa KBSM dan guru dan pelajar perlu berbincang tentang masa pembelajaran yang sesuai. Kebanyakan pelajar yang mengambil subjek ini adalah aliran Sains dan masa mereka sangat terbatas kerana kelas biasa mereka sehingga lewat petang.
6. Subjek ini diajar dan disoal dalam BI dan kemampuan dan penguasaan mereka sangat terhad.
7. Bermula Jun 2009 dan 2-3 bulan terakhir sebelum exam, isteri saya selaku guru BI bertungkus lumus membantu saya kerana saya telah ditugaskan dalam pengurusan Pra-U sepenuh masa dan tidak banyak masa saya dengan mereka. Kerap kali temujanji yang isteri saya atur dibatalkan kerana mereka mahu menumpukan subjek lain (apabila disiasat rupanya ketua mereka tidak menyampaikan jadual temujanji).
8. Saya hanya memperoleh buku rujukan menjelang Mac- April 2009 setelah wang yang ada mencukupi (derma dari semua guru kristian di sekolah). Segala urusan pembelian saya lakukan sendiri dan tidak melalui sekolah.
9. Soal perbandingan dengan subjek tasawur islam, saya tidak mahu ulas atas sebab-sebab tertentu. Ada SEBAB KHAS kenapa pelajar kristian lulus dalam tasawur islam dan SAYA HENDAK SANGAT mengulas itu tapi bukan dalam blog ini. Kalau boleh saya undang saudara dan sesiapa juga bertanyakan hal ini secara peribadi dengan saya. Membandingkan kelulusan subjek ini hanya mendedahkan kepincangan pengetahuan kita.
Demikian beberapa penjelasan tentang prestasi BK dan apapun situasinya, sekali lagi saya dan isteri saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan prestasi ini. Sebenarnya bukan mudah untuk mengetengahkan subjek ini. Pastinya saudara yang "takut dikenali" tidak tahu situasi subjek ini di peringkat nasional. Bukankah lebih mudah untuk saya berdiam diri dan tidak perlu bersusah payah membawa subjek ini di SMK Pitas? Tetapi oleh kerana ada sebab tertentu yang tidak dapat saya dedahkan disini maka saya berusaha melaksanakan bahagian saya.Kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua dan rakan guru yang telah menyumbang dalam pembelian buku-buku BK. Saya memohon maaf kerana prestasi 0% ini dan alangkah baiknya kalau saudara yang "takut dikenali" atau sesiapa juga dapat menyumbang idea dan material untuk kelangsungan subjek ini. Saya sudah memulakan dengan mengetengahkan subjek ini di SMK Pitas dan rasanya itu sudah memudahkan untuk orang lain meneruskannya.
Situasi ini juga menguatkan lagi kebenaran kata pujangga bahawa sangat sukar mencari ungkapan terima kasih dan penghargaan tetapi sangat mudah mencari cercaan. Rupanya saudara yang "takut dikenali" ini pengunjung setia blog saya dan tidak pula saudara menyatakan terima kasih dengan prestasi STPM baru lalu tetapi untuk subjek BK boleh tahan juga hujahnya. Ulasan saudara yang JITU menyedarkan saya akan kekurangan dan kelemahan diri. Semoga subjek BK di SMK Pitas yang telah dimulakan tidak akan terkubur dan akan terus bertahan. Untuk saya, saya akui bahawa saya hanya mampu memulakannya............
P/S : Frasa yang saya "bold"kan adalah ungkapan yang biasa kita dengar dari mulut"nya"

6 ulasan:
Shlm,
Ramai pengkritik tetapi jaranag ada org yg memberi semangat... Teruskan usaha cikgu dan terus berfikiran positif walaupun ada byk kritikan dari mereka yg tdk mnghargai..
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu kerana dapat mengadakan Subjek "Bible Knowledge" di SMK PITAS. Walaupun saya rasa perkara ni agak payah sedikit berdasarkan isu nasional sekarang. Saya secara peribadi tidak kenal atau tidak pernah jumapa akan silibus Subjek ini tetapi saya dapat bayangkan konsep Pembelajarannya. Sepanjang brelajar di sekolah SMK PITAS (2000-2007)tidak pernah timbul cadangan atau ura-ura berkenaan penambahan subjek Bible Knowledge, jadi komen saya pada peringakt awal ini kita haruslah bersyukur kerana dengan susah paya dan usaha berterusan guru-guru kristian di SMK PITAS dapatlah subjek ini diketengahkan. Dan sebagai Langkah susulan kesyukuran Sekurang-kurangnya berilah pendapat atau pandangan untuk pemangkin ke arah prestatsi pencapaian yang lebaih baik pada masa hadapan.

salam kpd semua peminat blog gerbangpitas. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa komen yg diberi oleh 'org tdk dikenali' ini adalah respon/kritikan membunuh. mgkn mrk yg bukan berjwtn guru tdk memahami situasi sebenar pencapaian pelajar di sek. mrk selalu menyalahkan guru apabila kptsn sstu mp itu teruk sedangkan tgjb itu sepatutnya juga dipikul oleh pelajar dan para ibu bapa. tetapi jika kptsn pelajar baik, ibu bapa senyap. ini kah yg dikatakan ibu bapa zaman globalisasi...tolonglah fahami situasi ini...jangan hanya pandai komplen saja...
Congratulation!!!
13 pelajar ambil subjek BK memang satu permulaan yg berani...Bukan mudah nak pass subjek ni...apatah lg klu penguasaan bahasa Inggeris tak berapa baik.
Saya percaya Guru yang mengendalikan subjek ni dah berusaha sedaya upaya utk membantu 13 pelajar nak pass subjek ni. Kegagaln kali pertam bukan satu pengukur hakiki prestasi sebenar...
UNKNOWN writer yg buat komen tu jgnlah asyk nak salah kan org lain plak...Fikirlah apa sumbangan anda terhadap kecemerlangan pelajar jg..Saya percaya anak anda jg ambil subjek BK ni...nak serahkan 100% tanggungjwb kpd guru bukan satu tindakan yang bijak. Lgi pun Subjek BK ni merupakan AKIDAH yg penting bagi org2 kristian...So rajin2lah kita buka Bible tu ye...
Thanks.
Mark9798
Catat Ulasan