23 Mac ini, genaplah usia dua tahun blog ini. Seperti entri saya pada 24 Mac 2008, saya mulakan blog dengan pengetahuan zero tentang dunia blog. Di samping minat tentang penulisan sejak di bangku sekolah, saya dedikasikan blog ini sebagai wadah perkongsian warga Pitas dan saluran alternatif untuk menyingkap kisah masyarakat Pitas. Pada waktu itu saya perhatikan blogger belum ramai yang aktif di Pitas berbanding sekarang.
Sejak dibangunkan, blog ini telah berhadapan dengan realiti dunia penulisan. Bermula dari hanya "suka-suka", saya tidak menyangka blog ini punya pengikut dan aura tersendiri. Kalau lambat dikemaskini, maka ramai kawan-kawan akan mengingatkan dan sentiasa inginkan isu dan berita yang segar. Tidak kurang juga yang menyalurkan maklumat dan isu untuk dikupas. Namun sebalik nya pula, tidak kurang juga cabaran getir yang dihadapi. Walaupun isu yang dikupas adalah realiti dan menjadi sungutan umum, namun serangan peribadi tetap menjadi pilihan. Ramai juga yang "tidak tahu" atau pun mungkin "sengaja tidak memahami" setiap isu yang diketengahkan tetapi memilih untuk menyerang peribadi saya. Namun bilangan yang punya mentaliti ini adalah terlalu kecil dan berdasarkan pemerhatian IP, saya dapati mereka ini adalah orang sama. Dari satu sudut, saya gembira kerana terdapat juga yang mendapat manfaat daripada blog ini khususnya apabila saya menyalurkan maklumat dan fakta dan mereka mengambilnya untuk keperluan diri atau organisasi.
Berbanding blog lain yang wujud di Pitas, saya akui blog saya agak ketinggalan dari segi layout, kecantikan template dan bilangan pengikut (khususnya komunit "nuff"). Semua ini adalah hal yang perlu dijangkau pada masa akan datang tetapi buat masa ini saya mengutamakan konsep isi dan fakta dari setiap isu yang dikongsi. Terima kasih juga kepada para pengunjung yang selalu mengingatkan saya agar berhati-hati dalam setiap isu dan sememangnya siapa pun kita kita terikat dengan pelbagai akta dan paling penting ialah toleransi.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian untuk blog ini. Saya melihat semua ini dari sudut kecintaan anda terhadap daerah Pitas secara menyeluruh. Sepanjang 2 tahun, kalau ada tulisan yang salah atau menyeleweng maka itu akan dibetulkan tetapi kalau tulisan itu adalah benar bermaksud mereka yang dimaksudkan harus membetulkan keadaan. Saya akan terus menulis demi diri, bangsa, agama, daerah Pitas yang kita cintai ini.

9 ulasan:
teruskan usaha...
sunivagu
Tahniah cikgu... Teruskan penulisan isu dlm blog ini. Sy mengharapkan supaya lbh byk isu yg berkaitan dgn mana2 kwsn kmpg sekitar daerah pitas yg masih jauh dari pembangunan dan penduduknya sgt miskin (miskin tegar)dikupas. Lupakan yg lepas mengarah ke depan dan terus berfikiran positif. TQ so much. GBU
Sekalung tahniah untuk cikgu.
Blog cikgu merupakan blog yang paling membina saya pernah Lihat dari segi isi kandungan dan cara kupasan. Sudut kupasan yang cikgu amalkan amat menepati ciri-ciri blogger yang bertanggjungjawab malahan komen- komen atau kritikan - kritikan yang melamapu cikgu tapis untuk kebaikan semua pihak. Bagi saya kewujudan blog cikgu merupakan keuntungan kepada pelbagai pihak dari segi kesedaran sosial dan manfaat ilmu (pengetauhan) Nasional.
NOTA : Saya minta maaf kepada cikgu dan rakan-rakan pengikut blog yang lain kerana post saya yang berulang-ulang. Saya ada masalah teknikal sikit sebelum ni..
happy 2nd anniversary.. :) teruskan menulis dengan penuh kasih. Tuhan memberkati anda.
Teruskan usaha cikgu Maklin.Jangan takut menyuarakan pendapat.Kita tidak sedang menentang pihak kerjaan atau siapa2.Kita bukan mau cari gaduh.Apa salahnya kita bersuara.Pemimpin yang sedang berdiri sekarang inipun datang dari seara rakyat juga.Betulkah?
Teruskan menulis saudara Maklin.
teruskan usaha....
Tak disedari sudah 2 tahun juga saya mengikuti perkembangan blog saudara. Tahniah.
Mr.Poruman,PutraJun,CFS,Duas,Cik Arny dan tanpa nama...terima kasih dengan sokongan anda. Saya akan terus menulis kerana ini bukti kejayaan sistem pendidikan negara iaitu berjaya mengajar saya menulis.
Saudara Duas, rakan saya yg karib dari dulu..terima kasih khas utk anda.
bekas2 murid saya..terima kasih. walau dimana anda berada ingatlah anda berperanan untuk Pitas
Catat Ulasan