Pengikut

24 Mac 2010

APAKAH PERLU KE TAHAP INI?

Minggu lalu ribuan penduduk asli yang mewakili komuniti mereka dari pelusuk semenanjung telah "melawat" Putrajaya menyuarakan bantahan terhadap layanan yang mereka dakwa tidak adil. Jumlah mereka yang dianggarkan 2000 ribu orang telah berarak untuk menyerahkan memorandum rayuan mereka.
Saya perhatikan media massa perdana tidak melaporkan peristiwa ini walaupun berkaitan dengan hak rakyat marhaen.Nasib baiklah media alternatif memberikan fokus, dapatlah kita berkongsi isu ini. Apakah bantahan atau rayuan mereka berasas? Saya tidak pasti kerana tidak membaca isi kandungan rayuan mereka. Namun kenapa saya fokuskan peristiwa ini?
Saya teringat satu rancangan bicara di astor awani bulan lalu tentang kemiskinan di kalangan orang asli.Antara yang dijemput ialah senator (lupa nama) yang mewakili kuota orang asli. YB ini berhujah bahawa negara Vietnam yg hancur teruk kerana perang berjaya memulihkan negaranya khususnya kemiskinan tegar dalam tempoh yang singkat.YB ini menambah bahawa dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, Vietnam berjaya membasmi kemiskinan tegar. TETAPI di Malaysia, walalupun tidak hancur oleh Perang dan dianggap lebih awal membangun namun masih GAGAL membasmi kemiskinan tegar di kalangan orang asli. YB ini berkata penduduk Vietnam berpuluh kali lipat lebih ramai berbanding Malaysia tetapi berjaya melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan. Orang Asli di Malaysia hanya berpuluh ribu dan BUKAN juta. Seorang lagi panel, iaitu Prof dari UM menambah bahawa dalam kajian, mereka dapati setiap tahun 40% pelajar orang asli tercicir dari sekolah. YB Senator ini menyampuk lagi bahawa satu lagi ancaman orang asli ialah hak kepemilikan tanah yang tidak ada kesudahan. Mereka sepertinya hanya diberikan lesen TOL untuk menduduki tanah dan tidak diberikan geran.
Oleh itu, berbalik kepada peristiwa mereka berarak ke Putrajaya..kos yang mereka keluarkan bukan sedikit. Mereka turut melewati pelbagai karenah birokrasi untuk sampai ke sana. Saya yakin mereka ada justifikasi yang kukuh terhadap kerajaan.
Sekarang, kita teliti kehidupan masyarakat Pitas.Mungkin di satu sudut kita kelihatan lebih baik dari orang asli tetapi dari sudut lain kualiti hidup sebilangan masyarakat kita hampir sama dengan mereka, bahkan saya tidak terkejut kalau ada yang lebih susah. Marilah kita terus MENGHARAP agar kerajaan benar-benar melestarikan pembangunan itu. Walaupun harus menyeberangi lautan, tidak mustahil memorandum rakyat sampai ke Putrajaya seperti orang asli ini...demi HAK sebagai warganegara Malaysia.

P/S : Pemberita bertanya pandangan mengenai peristiwa ini kepada Datuk Shafie Afdal selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau menjawab "Orang Asli ni hanya ingin bersiar-siar di Putrajaya".....sama-sama kita menilai ulasan beliau ini.

Tiada ulasan: