Nama Sungai Bengkoka sinonim dengan daerah Pitas. Sungai ini merentasi hampir keseluruhan daerah Pitas. Sebab itu sehingga tahun 2004, persempadan pilihanraya mengambil nama N.3 Bengkoka yang merujuk kepada N.3 Pitas sekarang. Suatu ketika dahulu sungai ini amat dalam dan penuh dengan hidupan sungai khususnya ikan dan udang yang 'mengharumkan' nama Pitas. Masyarakat luar apabila berkunjung ke Pitas lazimnya mencari 'udang Pitas'....murah dan segar. Disamping menjadi sumber minuman dan bekalan ikan, udang, sungai ini turut berbakti kepada ribuan penduduk sebagai nadi perhubungan bukan sahaja dalam kawasan daerah malah untuk ke Kudat. Penduduk dari hulu sampai ke kuala semuanya bergantung kepada Sungai Bengkoka dalam segenap aspek kehidupan.
Kini masa depan Sungai Bengkoka semakin tidak menentu. Paras airnya semakin cetek dari hulu sehingga ke kuala. Justeru penduduk yang masih bergantung kepada sungai ini sebagai laluan perhubungan amat perit menerima perubahan ini. Sumber ikan udang juga semakin berkurangan. Salah satu kawasan yang terkenal paras airnya yang dalam dikenali sebagai 'Luntuk' di Kg.Nibang, kini semakin cetek bahkan boleh diseberangi di paras pinggang sahaja. Di kawasan hulu juga ratusan hektar ladang kelapa sawit telah dibuka dan difahamkan jumlah ini akan bertambah. Kesannya, disamping kemusnahan kawasan tadahan air, ribuan penduduk Pitas dalam risiko dicemari dengan racun dari kelapa sawit.
Sememangnya segenap lapisan masyarakat Pitas perlu sedar bahawa kini bengkoka kian mengalir lesu. Yang gah hanyalah Pesta Bengkoka..meminjam kemegahan nama Sungai Bengkoka suatu ketika dahulu. Namun moga kita sedar bahawa kemeriahan Pesta Bengkoka tidak akan ada makna sekiranya Bengkoka yang sebenar tidak terpelihara. Mungkinkah Sungai Bengkoka berasa cemburu kerana tapak Pesta Bengkoka tidak diadakan di tepi Sungai Bengkoka yang sebenar. Kalaulah tapak Pesta Bengkoka diadakan di tepi Bengkoka yang sebenar, maka ribuan mata khususnya para pemimpin akan menyaksikan sendiri kesedihan bengkoka ini. Sedih kerana kawasan tadahan di hulu dibelasah dengan teruk dan kini ratusan hektar sedang dimamah oleh kejantanan wang. Sedih kerana kemegahan sumber ikan, udang dan sebagainya kian sekadar menjadi kenangan.
Kita beruntung kerana YB N.3 Pitas kini memegang porfolio pelancongan dan alam sekitar. Satu porfolio yang sangat tepat dengan keperluan bengkoka. Di beberapa daerah, badan-badan masyarakat dan agensi kerajaan sering melaksanakan program 'selamatkan sungai" dan moga setiap kita ada jiwa mencintai dan menyelamatkan sungai bengkoka. Kalau Tuhan beri ilham dan kekuatan dan ada sokongan rakan-rakan, baiklah kita segera lakukan tindakan proaktif untuk Sungai Bengkoka ini. Bengkoka...maafkan kami kerana telah melupakan jasamu. Maafkan kami kerana kami "meminjam" namamu untuk kemegahan kami tanpa izinmu dan tanpa ucapan terima kasih. Bengkoka...sebelum Pitas "lahir"..engkau telah ada mewarnai kehidupan kami. Bengkoka...semoga sisa waktu yang ada ini dapat kami zahirkan supaya engkau terus mengalir dalam kemegahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan