Pengikut

06 Mac 2010

INDAHNYA DAERAHKU






Hujung minggu lalu saya mengunjungi kaum kerabat dan rakan di hulu Bengkoka yang meliputi Kg.Nibang, Soniton Laut, Soniton Ulu dan Samparita Laut. Saya bermalam di sana. Oleh kerana jalan Hap Seng dari Kg Mempakad tidak dapat dilalui maka saya harus melalui laluan Tandek- Samparita-Bombong 1-Samparita Laut-Soniton Ulu-Nibang. Satu perjalanan yang amat mencabar. Kali terakhir saya mengunjungi kawasan ini ialah pada tahun 1999 dan saya beranggapan sejak sekian lama, pasti sudah banyak perubahan dari segi kualiti hidup. Ternyata salah ! Pembangunan yang diwarwarkan masih sekadar impian dan kata-kata tidak dapat menggambarkan cabaran hidup yang mereka alami. Saya sempat mengunjungi kawasan yg dipanggil Tobang, tempat dimana menjanjikan panorama indah bahkan mempunyai cerita lagenda kononnya kawasan petempatan orang besar suatu ketika dulu (kesan tapak kaki besar) Bak kata pepatah, sekeping gambar menggantikan 1000 perkataan. Mari nikmati keindahan Pitas..indahnya daerahku.

P/s : Sungai bengkoka yg semakin cetek di hulu adalah bom jangka untuk rakyat Pitas suatu masa terdekat.

2 ulasan:

poruman berkata...

Agak sedih juga bila tiada pembangunan stkt ini di kwsn itu. Apapun kita beri masa kpd najib sbb dia baru saja jd perdana menteri. Mgkn perlu juga ada organisasi yg dibentuk utk menyuarakan terus kpd najib tanpa melalui proses birokrasi.. TQ.. Tuhan memberkati.

putrajuns berkata...

saya menyokong