Pengikut

01 Mac 2010

MENUAI YANG DITABUR

Sebelum ni beberapa post saya berkaitan dengan pendidikan, khususnya SMK Pitas. Ada satu ketika post saya tentang SMK Pitas mendapat respon yang banyak tetapi lebih kepada negatif, sikap pesimis terhadap harapan dan bahkan menyerang peribadi saya. Saya biarkan masa berlalu dan sekali lagi saya postkan harapan tentang pencapaian STPM SMK Pitas dan sekali lagi dibalas dengan cemuhan. Sebenarnya banyak komen yang saya terpaksa tapis bahkan tidak saya siarkan kerana bukan lagi mengupas isu jauh sekali untuk mencadang tetapi lebih kepada emosi dan serangan peribadi.
Syukurlah..segala harapan menampakkan kenyataan. Segala yang ditabur mulai memberikan hasil. Keputusan STPM SMK Pitas yang baru diumumkan amat membanggakan. Kenaikan 23% difahamkan antara yang tertinggi di utara, kalau bukan di peringkat negeri. Kualiti juga amat memuaskan dimana pelajar terbaik kami mendapat 4A (3A, 1A-) dengan NGMP 3.93. Saya merisik2 di beberapa sekolah dan ternyata SMK Pitas masih di hadapan. Bilangan yang mendapat A juga agak ramai dan ini merupakan sejarah bagi SMK Pitas. PPD lantas mengirimkan SMS kepada pengurusan sekolah mengucapkan tahniah dan meminta agar program yang kami laksanakan tahun lalu diteruskan.
Rasanya pencapaian ini masih belum cukup untuk cover secara keseluruhan nama baik SMK Pitas tetapi tekad saya sejak menerajui pengurusan pra-u tahun lalu ialah agar prestasi STPM dapat menolong memberikan wajah dan persepi baru untuk SMK Pitas. Kebanyakan subjek menunjukkan pencapaian dan semuanya kerana usaha gigih dan kejujuran dari hati para GURU tingkatan 6 untuk mendidik para pelajar.

Saya yakin bahawa setiap kejayaan adalah adunan komitmen dari semua pihak. Pengurusan, guru, pelajar dan pihak lain. Saya tidak rasa bimbang untuk mengekalkan bahkan meningkatkan prestasi ini kerana selagi momentum dan mentaliti berjaya ada di setiap pihak, maka kejayaan itu tidak terlalu jauh untuk dicapai. Saya berkongsi kepada pelajar pra-U tahun ini bahawa kejayaan sejati ialah apabila pelajar biasa dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa ,diajar oleh guru biasa tetapi semua pihak bekerja/berusaha luar biasa, pasti kejayaan luar biasa akan tiba.
Ayuh warga SMK Pitas..khususnya team saya dalam pengurusan Pra-U, langkah pertama telah bermula dan membuahkan hasil. Mari kita teruskan langkah ini. Selagi kita menabur, selagi itu kita menuai hasilnya..Syukur kepada Tuhan !!!

5 ulasan:

CL berkata...

tahniah utk semua guru dan pelajar serta pihak2 lain yang telah bersama-sama memberikan sumbangan sehingga memperolehi pencapaian yang membanggakan ini. teruskan usaha, semangat, komitmen dan kesetiaan mendidik anak bangsa. Tuhan memberkati segala jerih payah anda semua. pencapaian ini adalah buktinya! tahniah sekali lagi. Tuhan memberkati anda semua.

poruman berkata...

Tahniah cikgu... wow sy sgt terkejut apabila tahu ada pelajar 'form 6 yg dpt 4A'. Mcm susah mau percaya owh sbb dulu sy selalu fikir benda itu mustahil. Teruskan usaha cikgu utk STPM yg seterusnya. Kalo blh cikgu juga dpt melakukan sesuatu utk SPM. Saya sentiasa berharap agar keputusan SPM dan STPM sama2 meningkat dari segi kualiti dan kuantiti dari tahun ke tahun. Sy akui menjadi cikgu bknlah mudah, ttpi sy sentiasa yakin bhwa di mana sahaja cikgu berada dan adanya penyertaan TUHAN YESUS, cikgu akan membawa impak dan perubahan yg mustahil dan luar biasa. TUHAN memberkati.

Rakan Lama PGKS berkata...

Teruskan Saudara, JANGAN dengar orang yang negatif dan penuh irihati. INILah Ladang kita.

Romario berkata...

Salam saudara Gerbang Pitas...

Tahniah terhadap pencapain STPM SMK Pitas yang cemerlang pada tahun 2009. Hal tersebut membuktikan bahawa SMK Pitas semakin bangkit untuk memulihkan imej sekolah yang semakin buruk sejak kebelakangan ini.

Namun, kita mesti ingat, naik turun prestasi pelajar kita ada faktornya daripada kumpulan pelajar yang mengambil peperiksaan setiap tahun. Jadi, usahlah berbangga keterlaluan jika baru sekali menuai yang 'terbaik'.

'Sekolah Sebelah' tu saban tahun melahirkan pelajar yang terbaik malah didatangi pelajar dari SMK Pitas yang ingin berpindah di 'Sekolah Sebelah' yang ingin melarikan diri daripada SMK Pitas atas alasan yang dikatakan sistem P&P yang kurang baik.

Jadi, jangan excited dan jangan mengata.

Tidak Menerima pelajar tidak bermaksud membuang dan tidak memperdulikan pelajar di daerah Pitas ini, kerana mereka pun ada sistem pentadbiran sendiri.

Ikhlas dari,

Bekas Pelajar SMK Pitas, 2006.

Tanpa Nama berkata...

SMK Pinggan-Pinggan

Wah saya tertarik dengan tajuk Blog ni.."Menuai Yang Di tabur"...Nampaknya SMK pitas dah nak tunjuk belang.....Tahniah atas pencapaian Majoriti tertinggi. Tp tindakan menuduh sekolah lain buang pelajar kurang pandai adalah tak betul...Mana2 sekolah pun ada turun naik graph Achievement...Kita tak boleh Confirm 100% kitalah yang terbaik...Klu boleh kekalkan pencapaian mcm ni at least 6 tahun berturut2 barulah boleh Salute kat usaha Guru2....Tak bermaksud Pencapaian sekarang tak perlu d appreciate..memang perlu tp ekoran mencelah kewibawaan sekolah lain seakan2 tak relevan kat sini...

Apapun kata orang persaingan adalah penting untuk melahirkan The Great Results...So bagus juga klu Semua sekolah bertanding2 utk menaikan graph pencapaian Cemerlang d sekolah masing2...Lg pun bila lg sekolah kat SABAH ni Terutama Daerah PITAS menjadi sekolah SBT....TQ.