Pengikut

29 Mac 2010

PROJEK STRATEGIK UNTUK PITAS




Seperti yang diwarwarkan dan dipromosi secara sederhana, majlis taklimat penanaman lada anjuran UPKO Kudat yang dikendalikan oleh wakil Lembaga Lada Malaysia telah berlangsung dengan jayanya. Program yang pada peringkat awal dijangka hanya dihadiri 50-100 orang mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sekitar 250 orang hadir dan walaupun acara rasmi bermula agak lewat dan ada sedikit masalah teknikal, namun para hadirin yang datang dari pelusuk Pitas tetap sabar dan tidak berganjak dari tempat duduk.
Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Philip Lasimbang selaku SU Politik kepada Menteri Perladangan dan Komoditi benar-benar memberikan manfaat kepada peserta. Datuk Philip memberikan dorongan dan harapan dalam konteks perladangan yang sangat berpotensi menaiktaraf kehidupan. Beliau memberikan jaminan bahawa selagi Tan Sri Dompok menerajui kementerian yang sama, misi Tan Sri ialah mempastikan semua agensi dapat berfungsi untuk masyarakat luar bandar. Beliau akhirnya mengumumkan bahawa secara prinsipnya Tan Sri telah bersetuju menjadikan daerah Pitas sebagai lokasi projek perintis lada di Sabah,bergantung kepada kajian kesesuaian tanah.
Pegawai khas dari Lembaga Lada Malaysia telah menyampaikan ceramah tentang penanaman lada dan ternyata potensi lada tidak perlu disangsikan lagi. Kewujudan projek ini di Sarawak yang sudah berusia puluhan tahun telah membuktikan dan ternyata lada merupakan antara tanaman komoditi yang memberikan hasil maksimum. Untuk tanaman 1000 pokok (sekitar 1.8 ekar), hasil minimum ialah RM2500.00 sebulan (harga minimum RM10). Pulangan seumpama ini sangat berbaloi jikah dibanding dengan tahap kerja fizikal yang digunakan.Pada masa yang sama kerajaan turut memberikan subsidi baja, kayu tiang, racun dan mesin pemprosesan.
Tahniah kepada UPKO Kudat yang memulakan langkah yang baik dan sangat strategik untuk menjamin masa depan yang cerah kepada masyarakat luar bandar. Walaupun parti ini kecil dan masih dibelenggu dengan pelbagai "persepsi" pesimis, namun wawasan seperti ini patut menjadi amalan kepada semua parti yang berslogankan perjuangan rakyat.
Selepas ini beberapa langkah susulan akan diambil. Kajian tanah, pengedaran borang dan pelancaran rasmi sebagai projek perintis dijangka pada awal Mei oleh Tan Sri sendiri. Program atau projek seumpama ini hanya akan berjaya sekiranya semua pihak memainkan peranan. Pihak kerajaan menawarkan bantuan, terpulanglah kepada kita sebagai rakyat menyahut seruan ini, melaksanakannya di lapangan..Saya pun macam mau mencuba....

Tiada ulasan: