Saya berbangga dengan pencapaian syarikat ini. Tetapi saya berpendapat semuanya indah khabar dari rupa. Berdasarkan SOP syarikat ini, berapa lama kah tempoh masa yang diambil untuk memperbaik atau membaikpulih mana-mana jalan raya yang rosak? Saya sertakan 2 keping gambar kerosakan jalan raya di Pitas yang berdasarkan rekod saya sudah masuk 3 tahun rosak teruk tetapi belum diperbaiki? Selain lokasi ini, masih banyak tempat di sepanjang jalan Pitas-Kota Marudu yang sudah bertahun rosak teruk tetapi pihak tuan hanya mengamalkan proses "penampalan" dan bukannya proses pembaikpulihan yang sempurna. Apakah pihak tuan perlu menunggu nyawa menjadi korban barulah tindakan yang konkrit diambil? Oleh kerana syarikat tuan telah diberikan konsesi sejauh 2700km dalam tempoh masa yang SANGAT LAMA, saya berpendapat syarikat tuan MAMPU melakukan. Malangnya saya berpendapat ribuan pengguna berpendapat di sebaliknya. Justeru, saya mohon agar syarikat tuan lebih proaktif membalas kepercayaan kerajaan dalam pemberian konsesi ini kerana semuanya adalah dari WANG RAKYAT.
P/S : Saya merekodkan tarikh penghantaran e-mail ini.
Yang benar,
MAKLIN MASIAU
http://gerbangpitas.blogspot.com/