Pengikut

06 Januari 2009

SMK PITAS : Hari Pertama Persekolahan

Seperti sekolah lain..hari ni SMK Pitas memulakan hari pertama persekolahan. Sebetulnya pada 2 Januari, mesyuarat staf telah diadakan..so..hari pertama ini tidaklah terlalu kelam kabut. Hampir semua instrumen sekolah telah dapat dipersiapkan dan digerakkan, khususnya di sidang pagi. Mungkin ini kesan daripada penstrukturan sekolah yang menyaksikan PK1, PK Hem, Ketua Bidang, PK Kokum adalah muka baru. Saya sendiri dipertanggungjawabkan menjadi PK (Penyelaras) Tingkatan 6. Seperti yang dijangka, hari pertama kami sudah dilawat oleh pihak Nazir. SMK Pitas "bertuah" kerana Ketua Nazir Sabah sendiri yang memantau. Selepas memantau selama 6 jam, beliau memanggil pengetua dan semua PK untuk taklimat.Beliau memuji persiapan sekolah. Hanya bahagian Pusat Sumber, Unit Kokum dan Asrama yang ada teguran.
Keputusan PMR di sekolah kami sedikit mengecewakan kerana hanya mencapai 39% kelulusan. Tapi saya gembira kerana subjek yg isteri saya ajar iaitu BI telah 2 tahun berturut-turut meningkat..tumpang bangga dgn komitmen isteri saya.
Komitmen saya secara peribadi pada tahun ini banyak tertumpu kepada pencapaian pelajar Tingkatan 6. Saya berazam bersama 'team kami' guru-guru Ting.6 untuk mempastikan majoriti pelajar mencapai kelulusan minimum NGMP 2.00 utk 3 subjek.. Hujung tahun lalu saya memohon kpd pengetua untuk menyediakan bilik guru khas utk guru Ting.6, bilik tutorial dan pusat sumber. Semuanya ditunaikan oleh pengetua secara berperingkat. Jumaat ini, program motivasi, strategi dan mesyuarat khusus utk guru dan pelajar Tg.6 telah saya atur.Semoga ada sedikit suntikan semangat dan teknik dapat diterapkan untuk mereka.
SMK Pitas mempunyai sentimental value kpd saya. Inilah sekolah saya sehingga Ting.5. Saya sempat selama setahun semasa menumpang di SK Pekan, Kalumpang. Keadaannya sangat daif dan menyedihkan. Tetapi SMK Pitas telah melahirkan ribuan modal insan berkecimpung dalam semua lapangan. Legasi SMK Pitas tidak dapat dinafikan lagi. Justeru saya ada sebab tersendiri kenapa saya mencintai sekolah ini dan berhasrat terus menyumbang bakti di sekolah ini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcmna jg mau d majukn..
makin d majukn makin la guru2nya pmalas..
smua mkn gaji buta...
sya skolah sna pon..
dlm 1 minggu hnya sorg guru jak msuk..
yg len smua lepak d kantin...
sya pn skolah d cna..guru2 trutama guru2 sabah..
smua abiskn masa lepak n curi tulang...eksen jak smua...
2 yg xda yg respek guru2 pitas...

Tanpa Nama berkata...

ssh la mo kc maju smk pitas 2..
mcm sia2 jak..nda gna skolah cantik n maju..klu guru2 nya nda lg maju...
guru2 nya smua malas msk kelas...
tme sya skolah sna dlu,guru2 smenanjung jak yg rajin msuk kelas..
guru2 sbh asik lepak d kantin...
curi tulang jak..
2 yg murid pitas nda respek sma guru2 pitas...
nda heran la makin lama makin menurun prestasi d pitas 2..
n guru2 pitas berat sbelah...

IsOn berkata...

Seteruk2 pun SMK Pitas tu, bersyukurlah sebab kau pernah belajar di sana.

Kau berjaya atau tidak pada hari ini bukan ditentukan samada SMK Pitas atau guru2nya baik atau tidak mengajar, tetapi samada kau belajar bersungguh2 ataupun tidak.

Kau belajar di sekolah yang paling cemerlang dengan guru2 yang hebat pun kalau tidak belajar bersungguh2, tidak akan ke mana juga.

Nota: Memang senang untuk menyalahkan orang lain daripada mengaku kelemahan sendiri.

nikhmedia berkata...

betul tu Dr. Nellson.. hehe

Tanpa Nama berkata...

ala smua guru smk pitas o.k ba.. kjayaan e2 bkn t'letak kpd guru yg m'ajar,tp t'letak kpd dri sndri.. hrgai la jasa guru anda wlaupn kurang m'muaskn hti anda.bkn snang nk puas hti kn smua pihak.aq pn prnh bljr kt smk pitas ba.tgah tggu kptsn spm..slma sy sklh kt sna,o.k jak pn..lau pn jauh jln kaki dri A.H.B ke smk pitas t'tp sy tlh bjya mlpasi spm dgn bntuan guru2 yg baik2 blaka.

nota:sy rndu smk pitas..sy syg smua guru smk pitas..

vediana k berkata...

aikk x baik tau ckp mcm 2..tnpa guru,sapa la pljr.bsyukur la ckt.. kta kna fkr scra pstve,bkn snang nk puas kn hti smua pihak.sy pn prnh sklh kt sna,tgh tggu kptsn spm.smua guru kt sna o.k ba..hebat lg 2pgtua kt sna..lg pn,kjyn tltak pd dri sndri.bkn d tgn guru2..lau pn jauh jln kaki dri A.H.B ke s.m.k pitas.sy telah bjaya mlepasi spm dgn bantuan guru2 kt sna.

nota:ilmu kekal abadi pasti b'semadi d hati.sayyg smua guru s.m.k pitas..

Tanpa Nama berkata...

gila sof.......

kepada orang yang afdal sangat membuat komen,sedarlah sikit,jika anda melihat kelemahan SMK PITAS,tidak perlu komen,sebaliknya bantu agar kelemahan itu dapat di atasi,jika kita hanya tahu memburuk-burukkan tetapi tidak melakukan sesuatu,??? samalah juga dengan orang bodoh sombong.