- Pernah tersenarai top ten keputusan SPM di Sabah di mana pelajar terbaik mendapat 9A1.
- Keadaan disiplin juga terkawal..PIBAGU memberikan kerjasama
- Pengurusan P & P berjalan lancar dan semua pihak memberikan komitmen.
- Saya masih ingat saya dengan cikgu Mikson yg berhempas pulas memahat kayu yg dijadikan penanda jalan sehingga masih ada sekarang.
- Kami sekumpulan guru bekerja sehingga larut malam menyiapkan dan mencantikkan pintu pagar sekolah.
- Kami sekumpulan guru menyiapkan kolam hiasan yg ada di depan pejabat am sekarang sehingga larut malam.
- Guru-guru beratur menaip soalan sehingga larut malam kerana hanya ada sebuah komputer dan mesin taip usang.
- Guru-guru bergilir menggunakan 'mesin gelek' uzur kerana belum ada copy printer.
- Guru-guru menyabung nyawa memanjat tiang tangki utama utk membersihkan tangki utama dengan lumpur setebal hampir 2 kaki.
- Guru-guru bekerjasama mengambil air menggunakan lori tangki air dari sungai bengkoka utk dibekalkan kepada guru dan asrama.
Masih banyak memori yg saya tinggalkan apabila saya diarah berpindah ke SM Lok Yuk, Kudat kerana keperluan norma perjawatan. Saya mengandaikan SMK Pitas akan terus cemerlang. Saya kembali pada tahun 2000 dan saya terkejut kerana keadaan bukan bertambah baik tetapi agak kucar-kacir. Saya melihat satu budaya yang 'kurang sihat' telah berakar umbi khusus dari segi kesatuan, semangat, kejujuran dan polarisasi. Bagi saya masalah yang paling sukar diatasi ialah "sikap yang telah membentuk budaya/kebiasaan". Pd tempoh itu..saya kembali ke SMK Pitas sbg "org junior" balik dan hanya menjadi pengikut namun perlahan-lahan saya cuba tolong urus beberapa instrumen..start di buku teks, pg pusat sumber, dilantik PK Kokum dan skrg PK Ting.6. Syukurlah sejak 2004, result STPM tidak jatuh di bawah 80%..
Sekarang ni...SMK Pitas ada tekad yg sangat kuat utk merungkai sikap dan budaya yang mengongkong.Pengetua baru bekerja keras dan dengan 'team' baru..saya berharap"masyarakat" menyokong kami. Kepada 2 org peribadi yang tidak mahu dikenali itu..siapa pun anda..saya tumpang gembira kerana pastinya anda adalah bekas pelajar SMK Pitas yang telah berjaya sekarang. SMK Pitas tidak boleh menghalang masyarakat utk terus mengkritik, menghina, melabel dan membuat andaian NAMUN ingatlah bahawa masih ada orang punya semangat dan cinta kasih yg mendalam utk membangunkan sekolah ini. Mungkin usaha kami yang dilihat "sudah terlewat" ini tidak kelihatan hasilnya sekarang tetapi saya yakin SMK Pitas sedang menuju ke arah itu. Org yang paling dekat melihat dan memantau kami ialah pihak Nazir sebab itu keyakinan kami berdasarkan penilaian dan ulasan awal mereka. Kalau pada waktu SMK Pitas bakal menggapai impian...mungkinkah pada waktu itu sebahagian besar team itu bukan lagi di SMK Pitas termasuk saya. HANYA SEDIKIT YANG MAU MENABUR DAN MENANAM TETAPI RAMAI YANG MAHU MENUAI !!!
18 ulasan:
sya bkn menghina atau mengutuk skolah itu..
sbb sya pn prnah blajar d smk pitas..
cuma sya rasa x puas hati dgn guru2 yg smbil lewa mengajar..
ikut suka2 masuk kelas atau x..guru2 beruntungla,cz korang d bg gaji..mcm kami murid ni..apa yg kmi dapat..
tme form5 hanya ada dua guru yg rajin masuk kelas..itu pn guru2 smenanjung..pg mna guru2 yg len..
smua lepak..dah malas nak mgajar,huhu
tme form5 kmi xda guru math,bi,english...sdgkn itula matapelajaran yg pntng, sya tpaksa brusaha mncari guru sndri..iaitu guru tuision..
lgpn spenglihatan sya guru2 ada anak2 emas msg2..d ketegorikan sbg pilih kasih..guru2 akn mengutama pd plajar2 yg dia suka..
klu xda guru tuision mayb kputusan spm pon truk..
seingt sya tahun kmi..smua pencapain plg merosot...
jd d cni sya hendak guru2 buka mata n minda..
jgn tlalu malas hendak mengajar,bkn smua murid malas blajar...ttpi terdorong olh guru2 yg x masuk d kelas..n megajar sambil lewa..
pikirkan jg perasaan murid2..
bkn smua guru x bgs d smk pitas itu..
tp pantau2la guru2 yg malas..
jgn makan gaji buta...
sya msh ingt lg ada nazir dtg ke kelas tme sya form4..
tme 2 guru2 sbuk nak msuk klas..
nazir smpat bcakp ngn kami..
klu bterusan begini,mayb smk pitas akan d tutup..
so pandai pikirla...
sya harap awk trima komen sya..
cz sya hanya pelajar yg sgt2 kecewa dgn guru2 d smk pitas...
Terima kasih sekali lagi..utk memuaskan hati 'yg tidak mahu dikenali' saya siarkan juga.Kan saya suda kata terima pandangan itu dgn terbuka.Juga telah saya jelaskan bhw sekolah ke arah yg positif. Mungkin kalau anda terbuka sila beritahu tahun bila SPM anda..so saya boleh beritahu situasinya.Tapi kalau anda terus "menyembunyikan diri' pun takpa.Saya sentiasa menghargai teguran walaupun bukan semua guru seperti yg dimaksudkan.Kenapa tidak ditimbulkan isu guru Sabah yg dirosakkan kereta,dipukul oleh pelajar dan sebagainya.Sekarang anda telah menjadi masyarakat di luar, jadi anda memainkan peranan mengubah mentaliti mereka yg "melindungi anak mereka" sehingga terlalu kebal dgn peraturan. Syukur skrg spt yg sia kata..sekolah ke arah perubahan. Pengetua membuat perubahan yg drastik dengan adanya team baru, misi baru.Saya selaku penyelaras Tg.6 bersama guru2 Tg.6 dlm miting kami tadi telah bertekad utk STPM SMK Pitas mencapai kegemilangan. Akhirnya..saya simpati dgn nasib yg menimpa anda dan rakan2 lain.
Terima kasih sekali lagi..utk memuaskan hati 'yg tidak mahu dikenali' saya siarkan juga.Kan saya suda kata terima pandangan itu dgn terbuka.Juga telah saya jelaskan bhw sekolah ke arah yg positif. Mungkin kalau anda terbuka sila beritahu tahun bila SPM anda..so saya boleh beritahu situasinya.Tapi kalau anda terus "menyembunyikan diri' pun takpa.Saya sentiasa menghargai teguran walaupun bukan semua guru seperti yg dimaksudkan.Kenapa tidak ditimbulkan isu guru Sabah yg dirosakkan kereta,dipukul oleh pelajar dan sebagainya.Sekarang anda telah menjadi masyarakat di luar, jadi anda memainkan peranan mengubah mentaliti mereka yg "melindungi anak mereka" sehingga terlalu kebal dgn peraturan. Syukur skrg spt yg sia kata..sekolah ke arah perubahan. Pengetua membuat perubahan yg drastik dengan adanya team baru, misi baru.Saya selaku penyelaras Tg.6 bersama guru2 Tg.6 dlm miting kami tadi telah bertekad utk STPM SMK Pitas mencapai kegemilangan. Akhirnya..saya simpati dgn nasib yg menimpa anda dan rakan2 lain.
saya merupakan bekas pelajar SMK Pitas (SPM 1996). tidak heran kalau saya masih 'mencintai smk pitas' kerana pada ketika itu tiada istilah guru tak masuk kelas. pada masa yang sama tiada kes di mana guru menjadi mangsa kepada pelajar. selepas saya keluar daripada smk pitas, terlalu banyak perubahan yang berlaku sehinggala bilik guru dan bangunan kilat dibakar, malahan terdapat juga ugutan yang asrama juga yang menjadi tempat tinggal ratusan pelajar turut dibakar. guru-guru terpaksa bergilir menjadi jaga sekolah. ada guru yang bertegas dengan pelajar pula dipukul.
saya bertanya kepada orang yang tak mahu dikenali itu bagaimana sikap anda dan rakan-rakan anda di sekolah pada ketika itu. terus terang saya katakan guru-guru sangat suka masuk kelas jika mereka tidak mendapat ancaman dan mereka selesa untuk masuk kelas.
ada bekas guru pernah bercerita yang beliau pernah dikejar oleh pelajar selepas waktu sekolah kerana bertegas dengan masalah disiplin pelajar. beliau menambah mulai hari itu, beliau tak sanggup membahayakan nyawa hanya kerana 'budak-budak yang langsung tiada kaitan persaudaraan'. so, fikirlah sendiri...
guru tak masuk kelas tu sebab takut diancam oleh pelajar dan ibu bapa. adakah patut. guru dipukul kerana menegur pelajar bermasalah. ibu bapa pula anggap sekolah tu dia yang punya. saya pernah berkata bodoh betul... zaman saya sekolah dulu tak ada pun guru yang malas... semuanya rajin sebab mereka seronok. terus terang.. pada masa tu pelajar yang jadi malas.. apa tak nya.. balik-balik kena suruh buat kerja rumah.. kalau tak buat kena dendalah jawabnya. tapi syukur juga, keputusan spm masa kami tu dianggap yang terbaik berbanding sebelumnya(ada peningkatanla tu). diharap guru-guru smk pitas tak berputus asa dengan smk pitas yang menjadi kebanggaan generasi sebelumnya...
Ya..komen itu dpt mengimbangi komen yg asal.kadangkala ada org hanya dpt melihat titik hitam di atas sekeping kertas putih.setiap organisasi ada pasang surut.ini byk dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.yg jelas SMK Pitas pernah menempah kegemilangan di persada nasional dan pernah juga melalui musim malapnya.skrg kembali dlm landasan mencipta kegemilangan.melintang lalu membujur patah..
Rancak juga cerita pasal SMK Pitas ni. Tak sangka pula pernah ada pelajar yang pukul guru di sana.
Hmm... bagi saya, guru, pelajar, dan ibubapa, masing2 ada peranan yang penting. Memang ada pihak yang lebih bertanggungjawab berbanding yang lain, tapi hanya menunding jari saja bukanlah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan. Kita mesti buat 'root-cause analysis' dan mencadangkan penambahbaikan2 yang diperlukan.
Saya merupakan salah seorang daripada batch pertama yang belajar di bangunan SMK Tandek sekarang. Waktu itu semua pelajar dari Tandek dan Pitas bersekolah di sana. Kami tidak ada masalah seperti ini.
Memanglah ada juga pelajar dan bahkan cikgu yang agak bermasalah, tetapi jika kita jujur untuk menimba ilmu, kita tak perlu salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri kalau tidak belajar bersungguh2.
Semasa Ting. 5 (saya sudah pindah di SMK Kota Marudu kerana tiada aliran sains di SMK Tandek), kami tidak ada guru Fizik dan Kimia yang baik dan dapat mengajar secara teratur. Saya boleh salahkan sekolah dan guru2 di sana kalau saya mahu, tapi daripada saya buat perkara yang di luar daripada keupayaan saya untuk mengatasinya, saya mengambil keputusan untuk belajar sendiri dan selalu pergi ke bilik guru untuk cari cikgu, minta ajar mana yang saya tidak tahu. Peduli apa orang kata.
Berkat usaha gigih tersebut, walaupun keputusan SPM saya bukanlah seperti yang saya harapkan sangat, tetapi sayalah pelajar terbaik kelas sains SPM tahun 1993 di SMK Kota Marudu.
Tak perlu terlalu menyalahkan cikgu. Mereka juga ada limitasi tersendiri. Jika memang mereka bermasalah ajukan saja kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. Masalahnya, ramai orang yang hanya tahu menyalahkan orang lain, tetapi tidak berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang sedang berlaku.
Note: Do not only see problem, but see also why the problem occur and what you can do to solve it.
Ya..tidak sangka posting saya yg simple ini dpt respon.Dr.Nell yg tidak kaitan (maybe) pun terlibat. Kisah beliau membuktikan bhw tiada halangan utk berjaya.Semasa saya di SMK Pitas 1984-1989,bukan masalah guru tidak masuk kelas tapi MEMANGPUN TIADA GURU.Guru tidak pernah cukup.Majoriti pelajar berdikari.Dgn serba kekurangan..daif..satu demi satu pelajar SMK Pitas menempah nama dan kegemilangan.Kakah Dr.Nelson, iaitu cikgu Misa pun pernah ajar di SMK Pitas.Pasti cikgu Misa menyimpan memori dan saya kenal sangat dengan karakter cikgu Misa yg sangat dedikasi TETAPI sbg manusia biasa ada masa tekanan luaran mempengaruhi.Sbg menghargai "campurtangan" Dr.Nell dalam isu ini..saya tolong promosi kan klinik baru beliau iaitu Klinik Acasia di Kota Belud. Dr.Nell terakhir bertugas sbg Pengarah Hospital di Tuaran.Lihat lah kejayaannya..di mana ada kemahuan disitu ada jalan..kalau tiada kemahuan mencari alasan.
tahun kmi x pnah brlaku mslh murid..
malahan guru adalah..ada sorg guru yg membekal dadah tme tahun kmi..
msti anda prnah dgr...
kmi perna melapor hal ini pd persatuan pibg..
sbaliknya..xda apa2 pon brlaku...
sya puji anda sbg guru yg brtanggungjwb...itu sya x nafikan..
tp sbilangn guru yg len...anda tahu jg spa guru2 yg slalu lepak d kantin berjam2..itu smua guru yg mengajar kami..
mcmna pon kputusan sya agak baik jg..itupon atas usaha sya sndri..
cz sya sedar,klu nak harapkn guru yg xnak msuk d kelas...mayb kputusan sya x kmana...tkkn sya nak join murid2 len hnya melapak n brgosip tme guru x mengajar..
tp bg plajar yg hnya mngharap gurunya masuk...hampeh la jwbnya...
sya ksian kwn2 sya ada yg menganggur smpai skrg..
spm pon x lepas...n tpaksa membuat ulangan.........
xda pon ibu bapa nak ancam plajar..
watpa nak ancam sdgkan guru mmberi ilmu...mayb sbilangn ibu bapa yg kuno..n msh menjg anaknya d skola..
tp thun kmi xda ada pon mslh ibu bapa brlaku...n masalh plajar ponteng ada la..cz 2 pon xda guru msuk klas..x heran la dorg ponteng..
tahun kmi disiplin sgt ketat..n plajar ssh nak kuar dr skolah..
mayb 2 plajar yg xnak blajar..so x pyh pdulikn..ramai lg plajar yg sgt2 dahagakn ilmu..tp......sgt2 smpati..guru2 jarang nak msuk ke kelas...
harap2 pengetua baru smk pitas lebih tegas dr sblm ni...pgetua tahun kmi sgt baik..n mayb guru2 kurang segan atas beliau...
apapon sya bangga jd warga smk pitas...cz smk pitas adala skolah yg msh d segani dr segi pncapaiannya...
sya harap jg cikgu x ambil hati..
sya hanya meluahkan apa yg sya rasa..cz sya sgt cntakn ilmu...
skrg sya sdh berkerja d bhgian kewangan...trima kasih pd guru yg pernah mendidik sya...moga Tuhan sja membalas jasa anda...
Tahniah kepada anda yang telah berjaya. "zaman" saudara memang tempoh masa yg sangat kritikal utk SMK Pitas. Saya tidak mahu membuka "fail" lama kerana ini menyebabkan saya harus menuding jari dan ini tidak baik.Saya juga tidak mahu membuat 'penghakiman' bahawa waktu itu semua guru pemalas dan semua murid pula tiada masalah. Yg penting tahniah sekali lagi utk anda.Kalau anda berniat terus menghentam..itu hak anda.soal mengedar dadah patut anda tanya polis kerana polis saja yg berhak menjelaskan.bahkan anda ada risiko mendedahkan hal ini di ruangan ini.saya tidak bertanggung jwb dgn isu ini kerana isu pd waktu itu dikendali oleh polis dan SMK Pitas "TIDAK BERSALAH" dlm kes ini.Saya lebih suka memandang ke depan...tahniah utk anda sekali lagi kerana rupanya SMK Pitas tidak pernah berjasa kepada anda dan kejayaan anda kerana 100& daripada anda. Justeru anda boleh lupakan SMK Pitas dan kecapilah nikmat kejayaan anda yg lahir dari kewibawaan anda sendiri.saya hanya tumpang bangga dan gembira kerana wujud gol.cerdik pandai spt anda yg telah berjaya tanpa bantuan seorang GURU !
trima kasih kerna bls komen sya...
skali lg sya mnta maaf ,mayb bhsa sya agak kasar...
hanya yg dapat sya dokan utk smua warga smk pitas adalah kjayaan..
yang baik 2 datang dr Tuhan...
dan yg buruk itu dtg dari kelemahan sya sndri...
Tahniah pd cikgu jg...
kerna cikgu d antara yg trbaik d smk pitas...
moga cikgu maju jaya n sntiasa d murahkan rezki...
Ya..semoga kita semua meletakkan harapan yg sama utk SMK Pitas.Yg untung ialah generasi skrg dan akan dtg.Saya tidak halang/edit semua komen kerana saya sedia mengakui keberadaan SMK Pitas dan guru2.Pastinya ada sinar harapan di hujung terowong gelap selagi ada tekad, keihklasan dan kerjasama utk melaksanakan tanggungjawab.utk mencapai itu pastinya mengambil masa dan semasa mengharungi perjalanan menuju kpd harapan..kami tidak lekang dgn kecaman dan hinaan.Semoga Tuhan memberikan kami kekuatan dan kesabaran.Apapun syukur juga saat ini masih ramai juga yg memberi kami sokongan dan bantuan.Semoga kita semua dpt mengecapai hasilnya.
lepas membaca komen2 yg ada, saya pn tergerak hati untuk berkongsi pengalaman saya d smk pitas. saya pn seorang bekas pelajar smk pitas (1996-2002). memang isu guru2 x masuk kelas ni berlanjutan sampai sekarang pula. kalau waktu kami dulu, boleh dikira guru2 yang rajin masuk terutamanya waktu kami ting4 dan 5. balik2 muka cikgu yg sama juga masuk. kalau pasal disiplin memang jangan cakap la.. memang ramai samseng. saya ingat lagi waktu bilik guru sidang pagi terbakar. habis segala buku kerja kami tinggal abu lagi. apa lagi terpaksa buat rombakan kedudukan kelas. waktu form 4 kami belajar di makmal. waktu saya form 3 mau pmr, cikgu jarang masuk kelas (tapi bukan semua). terpaksa saya ulangkaji sendiri. nasib baik keputusan saya bagus juga. saya harap cikgu2 smk pitas sekarang x mengajar sambil lewa. namun saya ucapkan terima ksih kepada bekas guru2 saya yg pernah mendidik saya kerana atas jasa mereka jugalah saya pun berjaya macam sekarang....
TAHNIAH kepada cgu Maklin kerana telah menjadi Penyelaras Tingkatan 6. Cgu memang wajar memegang jawatan tersebut. Apa guna skul kita di Sabah, tapai guru semenanjung yang jadi PK1 (kedah) Penyelia Petang (Kelantan) Guru displin (kelantan) HEM (sabah berjiwa semenanjung). mereka bukan tahu adat resam dan cara kehidupan kita bah. Apa kurangnya cgu Jontiri, cgu Galampas, cgu Chin, cgu Kamoi, cgu Mikson, cgu Muksin dan ramai lagi cgu sabahan. kita tidak perlu guru semenanjung. mereka hanya berpura-pura rajin dan kenaikan gaji besar, lari balik semenanjung. kita sabahan juga yang rugi. TERUSKAN BERJUANG CGU MAKLIN DAN CGU AUDREY. GUNAKAN PENGARUH POLITIK MENTERI (SAUDARA CGU) DIJABATAN PERDANA MENTERI UNTUK KEJAYAAN SABAHAN.
sabahan,,
Apa khbar anda semua?saya harap anda semua sihat je,saya sangat tertarik dengan kata-kata yang dinyatakan dalam ruangan ini,kesian jugalah warga smk pitas kena komen oleh bekas warga pelajar sana.saya pun pernah skolah kat smk pitas,ting 6(06-07).belum lama kan.so sya pun nak bagi komen kat smk pitas.
Come on people...enough about "guru malas masuk kelas" thingy. this thing happens anywhere and you cannot put the blame on them for your failure. it's always comin back to you, how u survive from it. i'm an ex student and i'm glad that back then at my time, most of the teachers are not that insanely strict, so do the principal himself. so it's like i'm free to do anything i want, to study or to leave the study and later blame it on the school and the teachers for my not-so-successful life. so it'll always come back to you, it's your decision to make, it's your life to choose anyway, I've chose mine and thank God i picked the right decision. i learned to survive from it, everybody does. so to those who put the blame on smk pitas and the teachers...obviously u failed to open your eyes and make a decision for your own life...no wonder it still sucks now, i mean ur life. WE ALL HAVE TO SURVIVE...JUST DONT HAVE TO BE SO DAMN STUPID DOING IT.
wah.rancak juga smk pitas ni,mungkin ada yang banyak kecewa dengan guru-2 dan smk pitas tapi bagi saya kekurangan smk pitas adalah kerana kita di pedalaman dan kebanyakan penduduknya berani-2 n panas baran.saya juga bekas pelajar smk pitas form 6 1998 sama dengan best student winah matanggi,maslinah taiyuown,patrick morinka,jim jipun,edwin garampang.mmg dlu guru-2 ada yang malas masuk kelas mengajar sambil lewa saja tapi ramai juga pelajar yang lulus dengan keputusan yang baik.fail lama biarkanlah berlalu yang penting sekarang majukan smk pitas dan daerah kita.tentang pelajar yang ckp dia berjaya kerana guru tuisyen n usaha dia tu..mungkin benar coz dia genius tapi blehkah dia kasi kalah pelajar macam si winah,maslinah,iskal omar,khalid abd rauf,azmi mautar,patrick,jim,ruby norarita razak?.napa dia tidak kasi tau nama sebenar dia?.
Saya Hanya Bersekolah Di Smk Pitas 1 Ni Pada Tahun 2006&2007 (6Rendah & 6Atas)....Tapi Bagi Saya Smk Pitas 1 Adalah Sekolah Yang Bagus...Guru2 Kami Rajin Masuk Ke Kelas Cuma Saya Sahaja Yang Malas Untuk Belajar...Hehe........Memori Saya Di Smk Pitas 1 Sangat Banyak Walaupun Saya Bersekolah Si Sana Cuma 1 1/2 Tahun...Love Smk Pitas 1.....Miss All My Teacher.....
Catat Ulasan