Bertemu kembali..agak lama saya tidak dapat kemaskini blog ini kerana perkhidmatan telefon talian tetap di Pitas mengalami gangguan sejak 12 Disember. Sejak 11 Disember, Pitas telah diserang Garuda iaitu Gelombang Banjir yang sangat teruk. Banjir yang melanda Pitas pada 12 Disember adalah gelombang kedua dan lebih teruk. Sehingga berita ini ditulis laluan ke Kanibongan masih terputus (sebahagian gambar adalah ehsan pihak ketiga). Hari ini laluan dari pekan lama ke Pekan Baru hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. Saya sempat meninjau pada jam 6.30 pagi sebelum ke sekolah, air melimpah dan rumah pastor gereja PCS Pekan Pitas "dinaiki' sedalam 2 kaki. SK Pekan Pitas 2 sejak 2 minggu telah menjadi pusat penempatan mangsa banjir.Sementara purata kehadiran pelajar di SMK Pitas dalam minggu ini sekitar 50% sahaja. Saya juga tidak dapat pergi ke tempat kerja pada 12 Jan kerana halaman rumah saya ditenggelami banjir dengan arus yang kuat di kawasan parit. Tidak hairanlah pada sebelah petang pada hari itu, Ketua Menteri dan Pengarah Pelajaran turut melawat kawasan yang terlibat. Masalah ini semakin teruk apabila bekalan elektrik, telefon dan air mengalami gangguan. Rakan-rakan yang terlibat meng'sms' bahawa bekalan makanan, gas memasak bahkan caj handphone mulai berkurangan. Beberapa program sekolah turut terbatal atau ditunda. Mesyuarat EXCO PCS yang sepatutnya saya hadiri di Kudat juga turut ditangguhkan. Ya..boleh dikatakan hampir semua aktiviti dan kehidupan harian di Pitas lumpuh ekorang serangan banjir yang menggila ini. Walaupun majoriti bersetuju bahawa gelombang banjir 1993 jauh lebih besar tetapi pada kali (bahkan sekarang ini) inipun cukup untuk membawa derita kepada yang menjadi mangsa.
Bercakap tentang banjir..tiada sesiapa yang seharusnya dipersalahkan. Ini adalah musim yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Masalah ini bukan sahaja di Pitas bahkan telah menjadi masalah nasional. Lain lah kalau di bandar-bandar yang sinonim dengan musibah "banjir kilat" yang sebahagian besar berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.Kita juga menghargai usaha pihak kerajaan, pemimpin politik, NGO dan orang perseorangan yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir. Cuma mungkin harapan kita ialah pihak berwajib mulai memikirkan usaha untuk menaiktaraf kawasan laluan yang sudah dikenalpasti mudah ditenggelami banjir. Sekurang-kurangnya aktivit harian masyarakat, khususnya laluan trafik tidak terganggu. Ya..banjir adalah garuda moden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan