(Artikel ini telah saya edit kembali berdasarkan komen yang membina daripada seorang pengunjung blog ini. Mohon maaf saya tersilap dan terlupa fakta bahawa untuk kontrak jalan raya Pitas-Kota Marudu bukan kepada Kekal Mewah tetapi kepada Globinaco Sdn.Bhd. Terima kasih kepada rakan blog ini yang membetulkan fakta ini dan saya memohon maaf dengan kesilapan di pihak saya..terima kasih daun keladi)
Mulai semalam..cuaca cerah kian menjelma di Pitas. Awan mendung masih kelihatan tetapi agak malu mencurahkan airnya. Matahari kian mengambil alih posisi dan aktiviti harian kian menampakkan kelancaran. Burung-burung mulai bersiul dan di sana-sini kelihatan kelompok manusia berusaha memerangkap dan menangkap ikan yang terperangkap di lubuk-lubuk yg masih berair..Ewwaahh..boleh tahan juga madah saya. Sekurang-kurangnya itu menyatakan suasana Pitas selepas diserang garuda banjir.Orang kata masih ada seminggu untuk memastikan benar-benar "clear' ekoran kalendar tahun baru Cina yang bakal menjelang hujung minggu ini yang dikatakan sinonim dengan gelombang banjir.
Sekarang ini kalau kita pergi ke Kanibongan ataupun Kota Marudu kita akan melihat kesan-kesan kerosakan jalan raya yang teruk.Paling menonjol ialah pecahan di tebing aspal dan lubang-lubang berskala besar. Kerosakan ini kalau tidak ditangani dengan segera akan "merebak" dan membawa kepada kerosakan berskala besar dan biasanya mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih. Saya juga melihat beberapa jambatan yang berisiko tinggi dan perlu tindakan segera. Justeru tindakan siapakah ini?
Masyarakat umum telah tahu bahawa konsesi atau kontrak membaikpulih 2700km jalan raya di Sabah telah diserahkan kepada syarikat http://www.glob.com.my/index.html sejak tahun 2004 dengan nilai konsesi ??? juta ringgit. Pada waktu itu pemberian kontrak ini telah menimbulkan perdebatan di sidang dewan undangan negeri dan masyarakat juga membantah. Pada waktu itu juga kebanyakan kakitangan rendah JKR Sabah ura-ura akan ditamatkan perkhidmatan kerana kebanyakan bidang kerja mereka bakal diambil oleh syarikat ini. Saya masih ingat suatu ketika dulu beberapa YB BN sendiri mempersoalkan kontrak ini yg dianggap "rompakan wang rakyat di siang hari" kerana bukan sahaja tempoh masa dan nilai kontrak yg dipersoalkan malah kaedah rundingan terus juga menimbulkan persoalan.Pada masa yang sama tugas ini bertindih dengan tugas kakitangan JKR yg membawa kepada persoalan hala tuju staf JKR tersebut. Jawaban Datuk Raymond waktu itu ialah "dengan adanya kontrak ini maka kerja-kerja pembaikan jalan lebih cepat dan berkesan kerana tidak terikat dengan birokrasi dan prosedur kewangan..jentera dah sedia ada..cepat pembinaan"
Mengambil kira jawaban itu..saya membawa anda merenung sejauhmana kebenaran kalau kita melihat keadaan jalan raya Pitas-Kota Marudu.Seingat saya ada bahagian yang mengambil masa bertahun untuk diperbaiki. Dari segi nilai wang..kelewatan pembaikan ini merupakan keuntungan bagi syarikat. Umum sedia mengetahui untuk jalan Pitas-Kota Marudu mereka hanya ada "sebiji" jentera kecil berwarna hijau yang diangkut ke sana-sini. Inikah kelengkapan sebuah syarikat yang diberikan kontrak menyelenggara jalan raya di seluruh Sabah? Seperti tulisan saya awal tadi...dengan kerosakan yang begitu banyak mari kita saksikan sejauhmana syarikta ini atau mereka harus menunggu lebih banyak harta dan nyawa menjadi korban..
1 ulasan:
untuk pengetahuna blogger.. kontrak membaikpulih jalan raya antara pitas dan kota marudu bukannya diberikan kepada kekal mewah. kontrak tersebut diberikan kepada globinaco.bhd
Catat Ulasan