Pengikut

22 Januari 2009

EKONOMI : Pemberhentian Sudah Bermula

S'gor tubuh j/kuasa tangani pemberhentian pekerja

Kerajaan Selangor bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak untuk menangani masalah pemberhentian pekerja akibat kesan kemelesetan ekonomi dunia.Persetujuan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut diputuskan dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Selangor semalam.Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dianggotai semua ahli exco kerajaan negeri.Ia juga akan turut dianggotai ahli lembaga Kesatuan Pengilang Malaysia (FMM), Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), pengarah sumber manusia dan pengarah kebajikan di Selangor.Manakala Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) akan bertindak sebagai sekretariatnya."Kerajaan negeri juga akan menjemput ahli-ahli tertentu dalam Majlis Perniagaan Selangor untuk menganggotai jawatankuasa ini," kata kenyataan pejabat menteri besar Selangor semalam.Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan mengadakan perjumpaan setiap minggu mulai 30 Januari ini bagi membincangkan cara-cara mengatasi masalah pemberhentian pekerja di Selangor."Skop utama perbincangan termasuklah kajian terperinci situasi pemberhentian pekerja di Selangor, merangka langkah-langkah bantuan bagi setiap pekerja di Selangor serta mendapatkan penyelesaian, termasuk bantuan latihan, bantuan kewangan dan peluang-peluang perniagaan di Selangor."Kerajaan negeri Selangor berharap, dengan adanya jawatankuasa ini, akan dapat sedikit sebanyak membantu setiap pekerja di Selangor yang telah diberhentikan bagi mencari alternaif baru dalam meneruskan kehidupan," katanya.

Berita di atas saya petik dari laman Malaysiakini yang memaparkan persiapan kerajaan negeri Selangor terhadap musibah pemberhentian kerja yang melibatkan penduduk Selangor yang bekerja di sektor swasta. Sebelum ini saya telah menulis 2 siri tentang jangkaan pakar ekonomi bahawa kemelesetan ekonomi akan mulai dirasai menjelang tahun 2009. Ramai yang tidak sedar malah mempertikai jangkaan situasi ini MALAH kerajaan Malaysia sendiri terus menafikan bahawa Malaysia akan mengalami kesan kemelesetan ekonomi sedangkan realitinya sejak tahun lalu banyak kilang telah menutup operasinya. Minggu lalu media memaparkan bahawa banyak kilang akan "bercuti panjang" mulai cuti tahun baru dan belum dipastikan bila akan dibuka. Ini menyebabkan ratusan pekerja mulai menerima surat "cuti panjang" separuh rela.

Berita di atas tidak mendapat liputan dalam media perdana sedangkan niat kerajaan Selangor adalah murni. "Otak Korporat" yang dimiliki oleh YAB Tan Sri Khalid telah beliau gunakan untuk menganalisis dan membuat persiapan rapi utk meminimakan kesan yang bakal dialami oleh rakyat Selangor khususnya yang bekerja dalam sektor swasta. Ekoran berita ini..saya mulai tertanya-tanya adakah kerajaan Sabah turut membuat persiapan yang serupa? (kalau anda ada maklumat tolong maklumkan saya). Adakah kerajaan Sabah turut mempunyai rasa prihatin seperti Selangor? Ketua Menteri kita pun berlatarkan perbankan..sudah tentu beliau pun ada pengalaman menganalisis ekonomi semasa. Justeru, apakah beliau sedar keperluan bahawa harus ada persiapan membantu rakyat yang bekerja di sektor swasta menghadapi kemelesetan ekonomi? Lebih dekat lagi..ADUN N3 Pitas dan MP Kudat..keduanya orang Pitas. Mereka kelulusan ekonomi..pengalaman luas di bank. Sebagai rakyat biasa, saya ingin bertanya apakah anda mempunyai pengkalan data penduduk Pitas yang bekerja di sektor swasta?Siapa pun mereka...mereka dalam risiko diberhentikan kerja ekoran kemelesetan ekonomi. Justeru, apakah anda (kedua YB) pernah terfikir persiapan untuk membantu mereka?

P/S : kalau ada sesiapa pengunjung blog ini yang ada akses mudah dengan kedua YB ini, tolong sampaikan salam dan pertanyaan saya ini. TQ

Tiada ulasan: