Pengikut

28 Januari 2009

PERSATUAN BLOGGER SABAH

Makluman kepada semua pengunjung blog ini, Persatuan Blogger Sabah sudah ditubuhkan di peringkat penaja. Usaha sedang dilakukan untuk mendaftarkan persatuan ini di Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Presiden penaja ialah saudara Mutalib M.D, seorang penulis profilik nasional yang tidak lagi perlu diperkenalkan. Terkenal dengan tulisan-tuliasna ilmiah khususnya yang telah membongkar penyelewengan IC di Sabah. Ahli yang lain seperti Datuk Halik Zaman dan beberapa wartawan media perdana, portal dan sebagainya. Untuk lebih lanjut anda boleh melayari http://mysabahkini.blogspot.com/. Saya sendiri dilantik sebagai Naib Presiden II dan ini merupakan satu tanggungjawab yang berat dan penghormatan terhadap anak watan Pitas. Sekiranya anda mempunyai berita, maklumat, isu yang hendak dikongsikan yang mempunyai kepentingan umum anda boleh menyalurkannya kepada saya untuk diedit dan disiar dalam portal "one stop centre" kelak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdra. Maklin,
Nampaknya kita sama-sama mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Lebih-lebih lagi untuk mendidik masyarakat supaya benar-benar memahami internet, laman web dan blog. Harap tiada siapa yang berfikiran serong atas penubuhan persatuan ini.

http://adliayob.wordpress.com