Pengikut

31 Januari 2009

TUNGGU DAN LIHAT

Salam hormat,
Saya berbangga dengan pencapaian syarikat ini. Tetapi saya berpendapat semuanya indah khabar dari rupa. Berdasarkan SOP syarikat ini, berapa lama kah tempoh masa yang diambil untuk memperbaik atau membaikpulih mana-mana jalan raya yang rosak? Saya sertakan 2 keping gambar kerosakan jalan raya di Pitas yang berdasarkan rekod saya sudah masuk 3 tahun rosak teruk tetapi belum diperbaiki? Selain lokasi ini, masih banyak tempat di sepanjang jalan Pitas-Kota Marudu yang sudah bertahun rosak teruk tetapi pihak tuan hanya mengamalkan proses "penampalan" dan bukannya proses pembaikpulihan yang sempurna. Apakah pihak tuan perlu menunggu nyawa menjadi korban barulah tindakan yang konkrit diambil? Oleh kerana syarikat tuan telah diberikan konsesi sejauh 2700km dalam tempoh masa yang SANGAT LAMA, saya berpendapat syarikat tuan MAMPU melakukan. Malangnya saya berpendapat ribuan pengguna berpendapat di sebaliknya. Justeru, saya mohon agar syarikat tuan lebih proaktif membalas kepercayaan kerajaan dalam pemberian konsesi ini kerana semuanya adalah dari WANG RAKYAT.

P/S : Saya merekodkan tarikh penghantaran e-mail ini.

Yang benar,

MAKLIN MASIAU
http://gerbangpitas.blogspot.com/

MAKLUMAN : E-mail di atas adalah e-mail yang telah saya kirim kepada Globinaco Sdn.Bhd di HQ dan cawangan mereka di Kota Marudu. Mari kita lihat bersama sejauhmana tindakan mereka. Sekiranya anda ada maklumat yang lebih jelas tentang prestasi syarikat ini, tolong kongsikan dalam blog ini. Kita adalah pembayar cukai. Wang konsesi yang kerajaan bayar kepada mana-mana syarikat dan kontraktor adalah dari WANG RAKYAT. Justeru kita harus menjadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab supaya wang rakyat digunakan dengan telus dan sampai kepada sasaran.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mr. Maklin, it's good that u hv brought up this issue to the company..but i doubt the company tdk akan bergerak atas dasar komen minoriti, i suggest u dapatkan senarai nama with i/c dengan tandatangan daripada pengguna jalan.Write official letter to the company, cc to Datuk YB MP & ADUN Bolkiah & Pejabat Daerah/JKR. u must address this matter to the attention of all these key people...if no avail, follow up 2nd & 3rd letter...this time consider cc Ketua Menteri.

MAKLIN MASIAU berkata...

Terima kasih dgn cadangan ini.dengan kemampuan yg terhad saya akan usahakan.Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kejujuran utk melakukan pekerjaan ini.Sebenarnya saya hairan setiap hari YB, DO, pemimpin masyarakat melalui jalan ini tetapi apakah denyut hati mereka tidak merasakan situasi ini? Semoga ramai lagi warga Pitas yg tampil memberikan sokongan dlm hal.TQ once again....

windi berkata...

Sedih juga melihat pitas yang mundur walhal orang-orang pitas ramai yang sudah berjaya dalam pelajaran dan berfikiran terbuka. Antara perkara yang paling menyedihkan di daerah pitas ialah komunikasi jalanrayanya. Contohnya kampung Telaga, Liu, Bongkol dan banyak lagi. Perkara yang tidak seharusnya berlaku di tahun 2009.

Teruskan usaha saudara Maklin!!

MAKLIN MASIAU berkata...

Sbg makluman umum..jalan raya dari Pitas ke Bongkol dan 3 km ke Telaga (mungkin sampai Kg Gumpa) akan di aspal. Juga jalan Kusilad-Dandun. Lokasi banjir di Kabatasan akan dinaiktaraf. Semoga perjuangan murni kita melalui komen2 membina dan ulasan selari diberkati Tuhan demi masyarakat Pitas. Sekiranya ada masa saya akan berjumpa Pengarah JKR Sabah yg baru..En.John Anthony untuk jalan di Mandamai-Pinapak yg belum selesai sejak RMK7. Saya yakin doa dan usaha murni tetap dirahmati walau kita berjuang secara minoriti dan tanpa publisiti

Sebagai org pitas saya melihat ini sebagai satu keperluan yang harus dipenuhi...bukan hanya sebagai pembayar cukai tetapi yg lebih penting adalah keselamatan kita semua...setiap hari, minggu atau bulan kerja2 mereka di bayar oleh kerajaan, tapi hasil yg mereka tunjukan pada kita 'indah kabar dari rupa'...asyik2 tampal..tammpal..sampai bila ?

Tanpa Nama berkata...

this is just my point of view.. sorry if i had says something cruel (huhu...)

first of all,i'm proud that we have someone like u that is very concern to the wellness of our people especially here in PITAS. yaaa...thats right that D.O, YB,etc(orang besar) using and pass this raod everyday, but there is still no action taken. the question is, where is their responsibility as a LEADER?????...oh my....so embrassing...

p/s: maybe they should try to use a
a very2 standard type of car like KANCIL,pick-up(dont know how to spell ha2) instead of using 1st class car(NINJA,BMW,whatsoever...)
~baru la dorang rasa mcmana rakyat melalui jalan yg sgt TERUK n DANGEROUS ini.......i think u all know what i mean by that,right....
so,lets suppport this blog to shout out our view and for the sake of all pitas people! PEACE.