Ketika saya menulis ini, keadaan politik di Perak sedang kucar kacir. Najib mendakwa BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru di Perak ekoran "penghijrahan" 3 orang ADUN Pakatan Rakyat dari segi prinsip. "Bekas Menteri Besar" pula, Datuk Nizar sedang menunggu jawapan dari Sultan Perak tentang cadangan pembubaran DUN Perak. Kini segalanya terletak di tangan Sultan Azlan, sultan yang dikenali cukup berhemah, bekas Ketua Hakim Negara dan yang baru sahaja menyambut perayaan Jubli Perak.
Walau berada di pelusuk jauh di utara minda berdenyut untuk memberikan sedikit ulasan tentang isu yang telah menghangatkan suhu politik nasional sekarang. Kalau kita menganggap bahawa "penghijrahan" adalah satu pengkhianatan juga agak subjektif kerana kita tidak berada di posisi mereka. Situasi ini hampir serupa dengan kes yang berlaku di Sabah pada tahun 1994 yang menyaksikan tumbang kerajaan PBS ekoran melompatnya 2 org YB PBS pada masa itu. Catatan sejarah ini membuktikan bahawa BN memulakan penguasaannya di Sabah bukan melalui demokrasi tetapi "kuasa ghaib". Kini BN melakukannya lagi di Perak ! Dan ini bukan julung kali BN melakukannya. Peristiwa politik di Kelantan sekita 60-an dan 70-an juga menyaksikan kerajaan PAS tumbang ekoran "lompatan" katak politik.
Situasi ini membuktikan bahawa apa yang saya selalu tekankan kepada pelajar saya di Tingkatan 6 subjek Pengajian Am ada kebenarannya. Bercakap tentang amalan demokrasi dan sistem pilihanraya, amalan di Malaysia boleh dikatakan penuh dengan kelemahan dan masih perlu belajar dari negara demokrasi lain hatta negara yang mundur. Sistem kemenangan di tentukan berdasarkan jumlah kerusi dan bukannya "suara majoriti akar umbi" sangat mudah dimanipulasi oleh pihak pemerintah. Sebagai contoh, saya pernah membuat analisis pilihanraya DUN di Sabah pada tahun 1999. Kalau dikumpul jumlah undi yang perolehi oleh BN, tidak pun mencapai 50% tetapi dari segi kerusi mereka memperoleh 2/3. Ini membuktikan bahawa suara dan pilihan rakyat kepada pembangkang yang menyamai malah sedikit melebihi 50% dinafikan dengan sistem demokrasi dan amalan pilihanraya ciptaan BN. Namun saya tidak mahu mengulas lebih lanjut soal ini...kalau diberi peluang secara berdepan lebih sesuai untuk diterangkan.
Kembali kepada isu pokok...sistem kerusi mendedahkan seseorang YB kepada risiko "melompat" dan ternyata ini telah terbukti. Apapun alasan kita, bagi saya "melompat" adalah tindakan opportunis politik yang menafikan undi dan sokongan rakyat. Sekaligus menjadikan UNDI yang dibuang itu SANGAT TIDAK BERNILAI...umpama SAMPAH. Kalau perlu kenapa YB tidak membuat referendum dulu di kawasannya melihat berapa banyakkah rakyat di kawasannya yang menyokong "lompatan" nya itu. Gelaran YB adalah "kontrak sosial" yang jelas dengan rakyat dan adalah sangat mengecewakan apabila YB tersebut melanggar kontrak sosial itu.
Sebenarnya masih terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai mengundi. Masih terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah mendaftar tetapi tidak keluar mengundi semasa pilihanraya. Setiap pilihanraya puluhan ribu undi rosak. Kebanyakan yang termasuk dalam kelompok ini bukannya golongan buta huruf tetapi yang ada pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat menengah atas. Kenapakah semua ini berlaku? Menurut kajian yang pernah dilakukan, salah satu sebab utama ialah "golongan" ini malas, kecewa dan tidak yakin dengan sistem yang ada. Mereka menganggap undi mereka tidak bermakna dan perkembangan politik terkini MEMBUKTIKAN bahawa andaian dan fahaman kelompok ini ada kebenaran.
Oh..sejarah politik di Kelantan, Sabah dan terkini di Perak membuktikan betapa murahnya undi saya...........

4 ulasan:
Saya sangat setuju dengan pendapat tuan. semoga rakyat malaysia berubah untuk membendung fenomena yang kurang sihat ini kerana yang rugi adalah rakyat.
Saya blogger dari Matunggong tertarik untuk membaca blog tuan.
sangat bersetuju dengan pandangan cikgu....Apakah pulak yang akan berlaku pada masa yang akan datang..Apakah Malaysia yang kita rasa dan nampak pada hari ini tetap sama pada masa yang akan datang.. sekiranya isu2 seumpama ini berterusan.... " apakah benar pepatah mengatakan > "melayu mudah lupa "........
menyuluh kebenaran dari peristiwa yang sedang berlaku di perak .... Tidak syak lagi BN semakain hari semakin menampakkan tajinya ....setelah sekian lama dikatakan lemah dan bertolak ansur dibawah kepimpinan Pak Lah ...keadaan semakain menyebelahi BN bukan kerana khianat dari BN seperti yang digembar gemburkan olah pembangkang ... Semua pihak mahu mengajak agar pergelutan politik yang berlaku hari ini dihentikan dan lebih menumpukan masalah besar yang melanda dunia hari ini .... ajakan ini akan tetap sia-sia kerana pembangkang terus -terusan membina dan mencipta falsafah baru untuk terus bergelut dangan parti pemerintah ...
Hari ini rakyat dihidangkan dengan pelbagi cerita cerita karut ciptaan balaci - balaci yang pelbagai jenama adanya ....
Mudah bagi kita berfikir ....
Yang kalah duduk disingahsana kekalahan dan jangan berlagak seperti menang ...
yang menang buta kerja dengan penuh peraturan ...
Perakukan apa yang berlaku tamapa menyandarkan pada orang lain ... itu yang terbaik ... salam singah
itulah namanya politik yg hanya mementingkan diri tanpa memikirkan yg 'dia' di pilih oleh rakyat...org macam ini tidak perlu wujud di dunia ini..kalau bole biar dia tinggal di angkasa lepas...!!!!
Catat Ulasan