Sekembali dari Ranau..saya menghabiskan masa kualiti bersama keluarga mentua. 28 Disember, mereka menyiapkan majlis hari jadi anak ke-2 saya. Pada 30 Dis, menghadiri parti keluarga di rumah yg dinamakan 'Walai Rajawali', kediaman rasmi YB Max. Semlm menyambut tahun baru bersama keluarga mentua yg lain. Sangat berharga bersama mereka yg terdiri daripada pelbagai latar dan profesion.Apa yg saya belajar dari mereka ialah sikap kerendahan hati dan peramah walaupun bergelar YB, Datuk, Pengarah, Doktor, Peguam, Akauntan, dll... Dalam suasana santai semua gelaran itu ' disangkut' di luar pagar.
- Mengimbas tahun 2008 dari semua aspek menampakkan pelbagai persepsi dalam diri. Dari segi kerjaya..ternyata walaupun sudah berkhidmat 15 tahun..perasaan tidak puas hati sentiasa wujud. Dalam semester pertama saya mengajar BI tapi semester kedua saya kembali diarah mengajar subjek p.am Ting.6. Subjek yg sentiasa berubah pada dasarnya menjejaskan kualiti dan kepakaran. Apabila saya dilantik Penyelaras Tingkatan 6, saya punya tanggungjawab agar majoriti mereka melepasi tahap merit ke U. Kalau ada rezeki saya harap tahun ini saya dapat DG44 (KUP). Isteri saya pula kembali dilantik sebagai Ketua Bidang Bahasa dan semoga tahun ini juga dapat DG44 (KUP).
- Penglibatan saya dalam politik dan NGO pada tahun 2008 mulai saya minimumkan. Dalam pemilihan parti, saya dicalonkan sehingga ke Naib Ketua Bahagian tetapi saya tolak. Saya juga 'memperlahankan' pergerakan dalam KDCA. Semuanya kerana harus membuat pilihan yg tepat dalam membuat keutamaan komitmen.
- Prestasi saya sebagai agen insurans (skrg dikenali sbg perunding kewangan) pada tahun 2008 kurang memberangsangkan. Prestasi FYP dan CPD Point yg sederhana menyebabkan 'lesen' saya dalam risiko untuk ditamatkan. MAA merupakan syarikat insurans yg sangat tegas dalam hal ini kerana sebagai syarikat insurans tempatan yang terbesar di Malaysia..MAA sangat mengutamakan tahap profesionalisme agen mereka. Prestasi restoran saya juga kurang memberangsangkan, dlm erti kata yang lain ialah untung yang tidak menggalakkan. Pemerhatian saya ini kerana faktor lokasi, kualiti perkhidmatan, bekalan dan harga. Semua ini perlu diperhalusi pada tahun ini.
- Prestasi anak sulung saya amat membanggakan saya. Pada tahun lalu, dalam kelas Tahun 1, semester pertama di tempat ke-2 dan semester ke-2 di tempat ketiga. subjek BI dan Sains 100% tetapi dia agak lemah dalam BM kerana dia lebih menguasai BI.BI merupakan medium utama dalam rumah. Saya terpaksa bekerja keras utk BM nya..
- Akhirnya..tahun 2008 saya mulai membuka tanah saya di Kg Saab. Sekarang ni padi bukit, kelapa, jagung dan pisang sedang tumbuh. Saya mempunyai sesuatu impian utk tanah tersebut..
Di atas segalanya ialah rasa ucapan syukur kepada Tuhan kerana DIALAH yang memberikan kekuatan, kebijaksanaan dan berkat kepada saya dan keluarga kami. Sebagai manusia biasa, kelemahan, kekurangan dan kesilapan adalah sesuatu yg harus saya akui. Sebagai salah seorang dalam komuniti sosial..saya tidak dapat lari dari mengharapkan sokongan dan bantuan dari lapisan masyarakat di samping saya juga menyumbang kepada entiti sosial sesuai dengan kemampuan dan bakat yang Tuhan anugerahkan. Sekali lagi Happy New Year 2009
2 ulasan:
Halo! Happy New Year!
I must say this... dlm bnyk org di Pitas, I'm really kagum with your family. How many families di Pitas boleh mengatakan that anak mereka lemah dalam BM tapi boleh dapat 100% dalam BI? I think you're doing a good job with your children, and setting a very good example for everyone, including me!
Happy New Year 2009! Moga bro. n family lebih sukses dan dirahmati Tuhan!...God Bless
Catat Ulasan