Pengikut

25 Disember 2008

PERUNTUKAN PERAYAAN

Sepanjang bulan Disember umat Kristian sibuk merayakan Krismas. Perayaan Krismas mempunyai makna yg sangat mendalam dalam jiwa umat Kristian kerana Krismas dari kata Christmas (Christ + Mass) yg boleh dipermudahkan maksudnya Misa Untuk Kristus. Namun saya tidak berniat berbicara lanjut dari segi itu. Saya mahu mengulas isu peruntukan untuk setiap perayaan dan pastinya tulisan saya merujuk kepada ahli Parlimen Kudat Datuk Rahim Bakri dan ADUN Pitas, YB Bolkiah Ismail.
Baru-baru ini kerajaan telah melaporkan tentang jumlah peruntukan yg disalurkan kepada ahli-ahli MP BN khusus untuk sambutan perayaan. Jumlah yang disalurkan bukannya sedikit tetapi mencecah jutaan ringgit. MP Tenom, YB Raimie Unggi dilaporkan menerima peruntukan sebanyak RM1 juta, khusus untuk sambutan pelbagai perayaan di kawasan parlimen beliau (YB Raimie setakat ini menafikan bahawa wang tersebut hanya untuk sambutan perayaan). Laporan di parlimen ini menunjukkan bahawa setiap YB mempunyai peruntukan khas untuk sambutan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Depavali, Krismas dan sebagainya. Peruntukan secara terperinci tidaklah kita tahu tapi yg pastinya dalam jumlah yang besar. Saya andaikan bahawa salah satu formula yang digunakan ialah berdasarkan jumlah pengundi. Maybe RM50,000? RM100,00? RM200,000? setahun....
Mengetahui hal ini..membuatkan kita tertanya-tanya pula situasinya di Pitas. Bagi perayaan Krismas..saya telah terlibat memulakan/mengasaskan sambutan Krismas peringkat daerah sejak tahun 1995 dan hanya pada tahun 2000 (sekitar begitu) ADUN memberi peruntukan sebanyak RM3,000. Bagi ahli parlimen pula..sepanjang ingatan saya BELUM PERNAH ADA !!!. Terkini YB Bolkiah menyalurkan peruntukan melalui pejabat daerah untuk Rumah Terbuka Krismas peringkat daerah Pitas pada 30 Disember nanti. Jumlah tidak pasti tetapi memang ada. Terima kasih YB Bolkiah. Bagaimana pula dengan MP, Datuk Rahim Bakri. Adakah beliau terlupa? Adakah beliau tidak ada peruntukan itu? Atau umat Kristian di Pitas dirasakan tidak perlu? Atau perlu temujanji merayu? Atau disalur di Kudat dan Banggi sementara Pitas dilupakan?....
Pada dasarnya kita tahu bahawa sebarang peruntukan kepada MP atau ADUN telah dijelaskan item penggunaannya. Dan oleh kerana Dewan Rakyat sendiri melaporkan bahawa wujudnya peruntukan untuk perayaan ini, maka sebagai rakyat Malaysia kita berhak bersuara (walaupun sekadar menyalak bukit). Apapun gereja pada dasarnya telah lama berdikari dalam banyak hal dan adalah tidak manis kalau gereja asyik meminta-minta untuk sambutan Krismas. Adalah baik kalau semua gereja belajar untuk mengadakan sambutan Krismas dengan cukup sederhana berdasarkan kemampuan. Yang penting adalah makna di sebalik perayaan itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

shalom cikgu... tlg kasi links dulu blog rohani cikgu yg lg satu. sy lupa o..