Pengikut

22 Disember 2008

KEMELESETAN EKONOMI

Semua pihak pelbagai peringkat dan lapisan, dalam dan luar negara telah lama membayangkan bahawa tahun depan sehingga ke suatu jangka masa yg tidak pasti...dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ini dijangka lebih 'hebat' dari krisis ekonomi 1997/1998. Akhbar hari ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm melaporkan bahawa banyak syarikat mulai memberhentikan ribuan pekerja secara berperingkat. Singapura dikatakan akan memulakan siri pemberhentian pekerja Malaysia di negara mereka yg dianggarkan 500,000 orang mulai awal tahun depan. Siri pertama melibatkan jumlah seramai 15,000 orang. Saya selalu menasihatkan para belia di mana saja yg sempat saya temui bahawa sekiranya mereka bercadang bekerja di dalam/luar negara, lebih baik buka tanah dan tanam getah dulu (atau apa ja jenis tanaman komersil). Sementara bekerja..bolehlah mengirimkan wang utk membersihkan tanaman tersebut. Nasihat ini pastinya kedengaran lucu dan kurang makna. Tetapi dengan situasi ekonomi yg semakin kritikal..saya yakin nasihat ini mulai kelihatan relevannya.
Semoga kita semua mempunyai persiapan yg rapi menghadapi situasi ekonomi yg tidak menentu ini, khususnya dari segi corak berbelanja, pengurusan aset & liabaliti, penyimpanan bahkan mulai 'mencintai' tanah yg terbiar itu. Kepada anda yg mungkin terlibat dlm pemberhentian ini..saya harap anda bersabar dan tabah menempuh cabaran hidup ini.Lebih baik kalau anda tidak dapat bertahan di bandar, apatah lagi kalau bajet peribadi asyik 'defisit'..baiklah anda berfikir untuk kembali ke kampung halaman. Membuka tanah..bercucuk tanam.Paling tidakpun..kita ada alasan utk mempertahankan tanah kita daripada dirampas oleh LANUN DARAT tajaan ??????

Tiada ulasan: