Pengikut
27 Mei 2008
Pengurusan Organisasi
23 Mei 2008
KES PULAU BATU PUTEH
- Berdasarkan fakta Sejarah, pulau ini milik mutlak MALAYSIA kerana merupakan sebahagian daripada wilayah kesultanan Johor-Riau. Bahkan SINGAPURA juga milik/wilayah Johor-Riau. Sejak 1824, Inggeris yang mentadbir Singapura turut mentadbir pulau ini termasuklah rumah api.
- Pada tahun 1953, Setiausaha Kerajaan Johor membenarkan Singapura mentadbir rumah api di pulau itu (kerana kita tau waktu itu Singapura adalah wilayah Malaysia)
- Apabila Singapura keluar dari Malaysia...mereka terus mentadbir rumah api di pulau itu. Malaysia TIDAK PERNAH TERFIKIR tentang kepentingan pulau ini sehinggalah pada tahun 1979 apabila Malaysia membuat pemetaan semula, pulau ini dimasukkan yang dibantah oleh Singapura.
- Point utama ICJ ialah : surat 1953 merupakan dokumen rasmi pemilikan Singapura DAN sejak 1853, tidak ada bukti bahawa Malaysia mentadbir pulau ini. ICJ menolak fakta sejarah.
Pendapat saya, titik perubahan yang MENGHILANGKAN hak milik Malaysia terhadap pulau itu ialah semasa Singapura mahu keluar dari Malaysia. Tanpa memikirkan dan mengkaji dengan mendalam, Tunku Abdul Rahman menerima kehendak Singapura. Beliau terlupa tentang hak pemilikan di beberapa wilayah yang sebenarnya milik Malaysia (melalui Johor-Riau) tetapi sedang ditadbir oleh Singapura. Apakah ini kelalaian? Kelemahan ? Saya tidak tahu.
Faktor lain ialah KEPENTINGAN SEJARAH...pakar-pakar sejarah Malaysia menegaskan bahawa surat 1953 yang dikeluarkan oleh SU Johor telah 'melalaikan' fakta sejarah bahawa pulau itu milik Johor.
Ekoran keputusan ICJ ini, sempadan negara telah berubah. Sungguh menyedihkan wilayah yang hanya sejauh 7.7 batu nautika menjadi milik negara lain yang sejauh 26.5 batu nautika. Dari satu sudut, difahamkan Singapura telah bersedia hampir 10 tahun dalam kes ini berbanding Malaysia yang singkat. Mungkinkah pemimpin kita terlebih 'berpolitik' sehingga mereka lupa akan tugas mereka yang lain dalam mempertahankan kedaulatan negara.
19 Mei 2008
PCS 56 TAHUN : Penyelidikan dan Pembangunan
16 Mei 2008
SELAMAT HARI GURU
12 Mei 2008
KOTOBIAN KOKOTUAN
PROLOG KAAMATAN : Perayaan Kaamatan merupakan perayaan kebudayaan tahunan oleh masyarakat Kadazandusun dan amat sinonim dengan masyarakat petani, sebagai satu acara kesyukuran terhadap penghasilan padi pada tahun semasa. Idea untuk mengadakan sambutan ini mula dicetuskan oleh mendiang Orang Kaya Kaya (OKK) Sodomon selaku Ketua Anak Negeri Keningau pada tahun 1956. Selepas itu, semua ketua-ketua suku Kadazandusun dari pelbagai daerah mula menunjukkan respon positif dan perayaan di peringkat negeri pertama kali diadakan pada 30 Jun – 1 Julai 1960 di Padang SM St.Michael, Penampang. Selepas sekian lama, pada tahun 1986, Kadazandusun Cultural Assocation (KDCA) memutuskan bahawa tarikh perayaan kaamatan ditetapkan pada 30-31 Mei dan pelancaran perayaan pada 1 Mei.
Perayaan kaamatan mempunyai 2 unsur utama yang merupakan nadi dan identiti perayaan ini. Unsur pertama atau identiti utama ialah pemujaan semangat padi, yang dikenali sebagai Magavau (restoration ceremony). Masyarakat Kadazandusun mempercayai bahawa padi mempunyai ‘semangat’ yang dikenali sebagai Bambarayon. Kepercayaan ini timbul ekoran cerita lagenda tentang Kinoringan (tuhan) yang mengorbankan anak perempuannya yang tunggal iaitu Huminodun, yang telah dibunuh, dibelah 7 dan ditanam. Kemudian tumbuhlah pokok padi yang membolehkan manusia boleh hidup. Mitos ini telah menjadi lagenda masyarakat Kadazandusun turun temurun yang menyebabkan timbulnya kepercayaan terhadap semangat padi serta keajaiban angka 7. Pemujaan ini dikendalikan oleh Bobolian, yang dikatakan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan alam ghaib. Upacara magavau yang sinonim dengan istilah moginakan, secara simboliknya bertujuan berterima kasih, memohon kemaafan (sekiranya ada padi/beras yang disia-siakan) serta harapan agar hasil padi pada masa akan datang lebih baik.
Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau juga merupakan identiti perayaan Kaamatan. Selari dengan upacara Magavau yang timbul ekoran kepercayaan terhadap Bambarayon, maka Unduk Ngadau tidak dapat dipisahkan dalam perayaan ini. Pertandingan ini adalah bagi mengingati lagenda Huminodun, yang telah dikorbankan oleh Kinoringan demi manusia di muka bumi. Huminodun dibelah 7, ditanam dan kemudian tumbuhlah pokok padi, yang menjadi makanan ruji hampir seluruh dunia. Itulah sebabnya angka 7 dianggap angka keramat bagi Kadazandusun, bahkan kini wujud 7 istilah bagi padi iaitu Som-puun, Son-guas, Son-rawoh, Son-gi-ih, Son-wawar, Som-putul dan Som-bilod. Simboliknya, Unduk Ngadau yang diambil dari perkataan Tunduk do Tadau mencerminkan gadis Kadazandusun yang lemah lembut tetapi tegas/berani, berketrampilan, berpendirian dan berperanan dengan baik dalam masyarakat.
Kini, setelah hampir 50 tahun Kaamatan dirayakan secara rasmi, sambutan ini telah menghadapi beberapa penyesuaian dengan pengisian acara seperti Sugandoi, Tarian Tradisi, Sukan Tradisi, Pameran dan sebagainya bagi menjadikan lebih menarik dan ‘sosial’. Dalam konteks negara, sejak tahun 2001, Kaamatan telah disambut di peringkat kebangsaan, yang merupakan pengiktirafan terhadap Kadazandusun secara menyeluruh. Cabaran utama Kaamatan pada masa kini ialah dengan wujudnya unsur-unsur commercialitation, iaitu motivasi Kaamatan yang salah . KDCA berketetapan bahawa Kaamatan kini telah menjadi ‘milik’ masyarakat Malaysia, tetapi haruslah dengan motivasi yang ikhlas, berpaksikan semangat Kinoringan dan Huminodun.
07 Mei 2008
HARI KELUARGA PCS PEKAN PITAS
05 Mei 2008
KRISIS MAKANAN : Seriuskah Kerajaan ?
Oleh Dr Mohd Khir Toyo
Baru-baru ini saya mengunjung ke negeri Sabah sekali lagi. Banyak tempat yang saya kunjungi. Di banyak tempat inilah juga isu kemiskinan merupakan satu topik yang amat relevan sekali.Ini mengingatkan kembali saya kepada rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar sebelum 2010. Sungguh pun ia rancangan yang amatlah baik namun perancangan dan pelan yang ada tidak jelas sama sekali.Pada hemat saya rancangan pembasmian kemiskinan ini tidak akan berjaya kerana ia tidak dibuat dengan tindakan yang memfokuskan kepada isu-isu pemangkin meningkatkan produktiviti terutama dalam sektor pertanian. Masalah kemiskinan di sabah akan bertambah serisu bila berlaku lagi kenaikan barangan makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Ini akan menggawatkan lagi masalah kemiskinan di Sabah.Melalui pengalaman saya di Sabah baru-baru ini saya tidak yakin dengan sasaran telah ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan akan berjaya.Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin. Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?
"Yang menghairankan, hampir semua negara-negara Asia dapat menghasilkan padi dan beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka melainkan empat buah negara iaitu Filipina, Bangladesh, Singapura dan Malaysia!," Hatta, negara-negara Asia yang maju industri seperti Jepun, Korea dan Taiwan dapat menghasilkan beras melebihi keperluan dalam negara mereka," (Ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen baru-baru ini)
- Status projek...contoh : Skim Padi Berkelompok
- Mempastikan status tanah (melibatkan pengukuran dan pewartaan semula)
- Penglibatan/status penduduk yang terlibat haruslah jelas
- Jaringan jalanraya yang baik
- Pewujudan kilang memproses padi setempat
- Sistem pengairan yang baik
- Sistem pemasaran
Usaha ini bukan sahaja merealisasikan wawasan negara mewujudkan 'stok makanan' yang mencukupi malah merupakan salah satu operasi strategik untuk membasmi kemiskinan tegar. Langkah ini juga akan meletakkan Pitas di peta pengeluar makanan, pelancongan yang pastinya banyak IKS akan menyusul. Kerajaan telah memperuntukan dana berbilion ringgit untuk projek seperti ini. Saya berharap para pemimpin politik dan agensi berkaitan mengambil peluang ada. Kita lazimnya menuding jari kepada kerajaan tetapi kita lupa bahawa halangan utama ialah 'little napoleon' yang ada di depan mata.
03 Mei 2008
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
Saya berasa teruja semasa melayari blog Mr.Venon (Pengurus Ning Baizura). Ketika mereka dalam penerbangan ke Pulau Pinang mereka terserempak dengan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka bukan sahaja terkejut kerana YAB berjalan seorang tanpa pegawai dan pengawal malah duduk di Kelas Ekonomi...seperti orang awam yang lain. Orang VVIP menaiki kapal terbang di Kelas Satu dianggap kebiasaan malahan menjadi keperluan tetapi tidak bagi YAB Lim. Sesungguhnya YAB mengotakan janji dasar berjimat cermat dengan menjadi teladan. Berbeza benar dengan gaya mewah yang menjadi identiti kebanyakan pemimpin politik. Lagi hebat...terdapat di kalangan Ketua Menteri/ Menteri Besar yang mempunyai pesawat peribadi. Ya...mungkin masih terlalu awal untuk menilai prestasi YAB Lim namun di peringkat awal ini kita tidak dapat menolak bahawa kita harus berbangga kerana beliau berhati-hati membelanjakan wang rakyat.....
01 Mei 2008
RM792,325.20 : UNTUK 11 HARI (kemaskini)
HARI PEKERJA : 33 TAHUN DI PITAS ?
- Menyampaikan (menyimpan) sebarang maklumat kerajaan kepada masyarakat dalam konteks : pekeliling, tawaran, perundangan, keputusan dan banyak lagi.
- Memberikan khidmat nasihat dan perundingan awam dalam isu-isu yang kurang difahami oleh masyarakat.
- Membuat perancangan dan penyelidikan awal bagi mana-mana program dan projek yang bakal dilaksana
- Memantau dan melaporkan perkembangan dan penyelesaian bagi mana-mana program dan projek yang dilaksana.
Peranan ini memang terlalu luas tetapi boleh dirumuskan dalam konteks akauntibiliti yang dideklarasikan melalui piagam pelanggan. Piagam pelanggan merupakan satu 'kontrak' antara agensi kerajaan dengan pengguna/pelanggan. Justeru sesuai dengan piagam pelanggan yang dipamerkan oleh agensi-agensi kerajaan di Pitas, mari kita bersama-sama menyorot sejauhmana keberkesanan dan ketepatan janji mereka. Sebagai panduan anda boleh membuat penilaian melalui 'klu' di bawah kemudian membuat undian.
- Ketepatan masa berada di pejabat (8.00am - 5 .00 pm)...saya pernah beberapa kali datang awal di pejabat X dan saya yang menyalakan lampu pejabat mereka. hahahaha.... Begitu juga saya kerap berurusan pada waktu petang....alamak ! tiada orang lah...
- Etika kaunter....senyum...mesra...mimik muka...berniat menolong....?
- Etika pejabat....cara duduk...merokok...pakaian.....panggilan telefon?
- Sistem perfailan....kemaskini....selamat.....sistematik....? saya kerapkali kehilangan fail di pejabat X...
- Janji ?.....kerap kah anda menjadi mangsa janji mereka....'datang esok...datang minggu depan....datang bulan depan....berapa lama menunggu ?
- Rekod pergerakan....setiap pejabat/agensi ada rekod pergerakan kakitangan. Ketua atau staf lain mesti tahu ke mana staf lain berada.....
- Sarapan pagi/minum pagi.....
- Rasuah....anda rasa wujud?....haha..very hard 2 say gaman
- Penggunaan kenderaan rasmi....hanya diguna untuk urusan rasmi...bukan untuk beli barangan untuk kedai runcitnya geng.....
- Profesionalisme...mereka menghayati bidang kerja masing-masing? mereka adil..tanpa mengira kaum/agama dan kepentingan lain....
Huh..! bercakap tentang prestasi perkhidmatan awam di Pitas memang layak kerana sudah berusia 33 tahun dan memainkan peranan dalam pembangunan. Mari kita sama-sama mengundi....jangan marah kalau kena....
HARI PEKERJA
``Pengumuman itu disusuli dengan tepukan gemuruh para hadirin seminar kerana ia merupakan kejayaan yang berharga kepada pekerja,'' kata bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Jamaluddin Mohd. Isa dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini. Mengulas lanjut pengalaman beliau ketika saat-saat kejayaan memperoleh cuti umum itu, Jamaluddin, salah seorang anggota biro berkenaan, menjelaskan: ``Pengumuman itu signifikan kerana Malaysia secara tidak langsung mengiktiraf Hari Pekerja yang diluluskan oleh Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).'' Jamaluddin, kini Setiausaha Kerja Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Malaysia Barat, menambah: ``Saya rasa sungguh bertuah kerana berpeluang memainkan peranan dalam merealisasikan tuntutan meskipun ia sebenarnya telah diperjuangkan oleh Cuepacs dan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).'' Langkah itu sekali gus meninggikan martabat dan kedudukan negara di peringkat antarabangsa, ujarnya.
Mengimbas kembali peristiwa bersejarah hampir tiga dekad yang lalu, bekas Pengarah Pendidikan MTUC, S. Radhakrishnan pula berkata, pendekatan yang diambil oleh kerajaan ketika itu telah menyumbang kepada situasi perundingan bukan konfrontasi. ``Sejak itu hubungan antara kerajaan dan kesatuan sekerja bertambah baik, suasana yang sangat positif di mana wujud keadaan boleh menyatakan pendirian tidak setuju dalam erti kata yang boleh dipersetujui, bukan konfrontasi,'' kata beliau yang juga bekas Presiden Majlis Tindakan Sosial Pendidik Malaysia, yang dipinjamkan sebagai Pengarah Pendidikan MTUC selama dua tahun mulai 1974 oleh kerajaan. Hasil hubungan baik itu, kata beliau, kerajaan juga telah meluluskan cadangan MTUC untuk menubuhkan Bank Buruh pada tahun 1975.
``Projek ini membolehkan MTUC menerokai bidang-bidang baru,'' jelasnya. Bekas guru itu yang kini merupakan perunding firma guaman di Kuala Lumpur menambah, 1 Mei sebenarnya dianjurkan untuk melihat paras pencapaian semasa dan langkah-langkah yang perlu dilakukan demi memperbaiki kedudukan masa akan datang. ``Selain itu, 1 Mei bertujuan memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan para pekerja,'' katanya. Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum. Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.
Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.
Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat. ``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang lain,'' kata Setiausaha Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Getah Malaysia, A.J. Patrick. Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober), Britain (6 Mei). Bekas pemimpin MTUC itu menambah: ``Hari Pekerja pada peringkat awal disambut sebagai hari patriot untuk perjuangan kebajikan pekerja-pekerja. ``Tetapi, hari ini ia dilihat sebagai satu hari yang berlainan.''
Di peringkat awal kesatuan-kesatuan mengadakan mengikut kemampuan masing-masing, termasuk menganjurkan rapat-rapat umum dengan dihadiri antara 3,000 hingga 4,000 orang.
``Kini kemudahan bertambah baik, banyak kemudahan pengangkutan diadakan. Sambutan anjuran kerajaan pula menyediakan anugerah dan hadiah pengiktirafan kesatuan dan pekerja terbaik. ``Cara sambutan berbeza. Kesatuan sekerja seharusnya lebih ke depan dalam menganjurkan sambutan Hari Pekerja,'' kata Jamaluddin dengan merujuk cara sambutan peringkat Cuepacs pada masa sekarang. Tambah beliau, ``pekerja-pekerja tidak merasai makna sebenar sambutan. Kesatuan tidak harus tenggelam dalam suasana sedemikian.'' Pengalaman lalu menunjukkan ucapan-ucapan pemimpin kesatuan lebih bersifat `mengapi-apikan' semangat para pekerja. Kini ia berubah sama sekali