Pengikut

01 Mei 2008

HARI PEKERJA : 33 TAHUN DI PITAS ?

Sejarah perkhidmatan awam di Pitas bermula secara rasmi pada tahun 1975 apabila Pitas telah diikitiraf sebagai sebuah daerah Penuh dengan penempatan beberapa agensi kerajaan secara berperingkat seperti pondok polis, urusetia, JKR dan kesihatan. Dihitung dari tarikh rasmi ini, bermaksud perkhidmatan awam di Pitas telah berusia 33 tahun....satu usia yang boleh dianggap matang dan berkualiti. Justeru adalah baik kita berkongsi sorotan prestasi perkhidmatan awam di Pitas yang meliputi agensi seperti urusetia daerah, jabatan tanah, pertanian, perhutanan, pendidikan, penerangan, kesihatan dan banyak lagi.
Apabila kita bercakap tentang pembangunan, kita tidak dapat mengabaikan peranan agensi kerajaan sebagai agensi pelaksana. Masyarakat lazimnya menuding jari terhadap kepimpinan politik, namun jangan lupa.....perkhidmatan awam adalah tunggak kepada pembangunan. Secara umum peranan sebuah agensi kerajaan ialah :
  • Menyampaikan (menyimpan) sebarang maklumat kerajaan kepada masyarakat dalam konteks : pekeliling, tawaran, perundangan, keputusan dan banyak lagi.
  • Memberikan khidmat nasihat dan perundingan awam dalam isu-isu yang kurang difahami oleh masyarakat.
  • Membuat perancangan dan penyelidikan awal bagi mana-mana program dan projek yang bakal dilaksana
  • Memantau dan melaporkan perkembangan dan penyelesaian bagi mana-mana program dan projek yang dilaksana.

Peranan ini memang terlalu luas tetapi boleh dirumuskan dalam konteks akauntibiliti yang dideklarasikan melalui piagam pelanggan. Piagam pelanggan merupakan satu 'kontrak' antara agensi kerajaan dengan pengguna/pelanggan. Justeru sesuai dengan piagam pelanggan yang dipamerkan oleh agensi-agensi kerajaan di Pitas, mari kita bersama-sama menyorot sejauhmana keberkesanan dan ketepatan janji mereka. Sebagai panduan anda boleh membuat penilaian melalui 'klu' di bawah kemudian membuat undian.

  • Ketepatan masa berada di pejabat (8.00am - 5 .00 pm)...saya pernah beberapa kali datang awal di pejabat X dan saya yang menyalakan lampu pejabat mereka. hahahaha.... Begitu juga saya kerap berurusan pada waktu petang....alamak ! tiada orang lah...
  • Etika kaunter....senyum...mesra...mimik muka...berniat menolong....?
  • Etika pejabat....cara duduk...merokok...pakaian.....panggilan telefon?
  • Sistem perfailan....kemaskini....selamat.....sistematik....? saya kerapkali kehilangan fail di pejabat X...
  • Janji ?.....kerap kah anda menjadi mangsa janji mereka....'datang esok...datang minggu depan....datang bulan depan....berapa lama menunggu ?
  • Rekod pergerakan....setiap pejabat/agensi ada rekod pergerakan kakitangan. Ketua atau staf lain mesti tahu ke mana staf lain berada.....
  • Sarapan pagi/minum pagi.....
  • Rasuah....anda rasa wujud?....haha..very hard 2 say gaman
  • Penggunaan kenderaan rasmi....hanya diguna untuk urusan rasmi...bukan untuk beli barangan untuk kedai runcitnya geng.....
  • Profesionalisme...mereka menghayati bidang kerja masing-masing? mereka adil..tanpa mengira kaum/agama dan kepentingan lain....

Huh..! bercakap tentang prestasi perkhidmatan awam di Pitas memang layak kerana sudah berusia 33 tahun dan memainkan peranan dalam pembangunan. Mari kita sama-sama mengundi....jangan marah kalau kena....

2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah...kalo begitu sikap kakitangan awam di Pitas...sampai 100 tahun pun Pitas tetap kekal sebagai Pekan...okey la, kesian sikit....bandar juga tu tapi dengan perkhidmatan sperti itu, siapa yg mahu ke Pitas?

Tanpa Nama berkata...

kdg2 sy tgok org yg berkuasa d pitas ni selalu makan duit saja.. bukan kdg2 suda, memang selalu.. sial juga la... rakyat undi dia tp maaf cakap saja la..