Dapatkah anda membayangkan bagaimana anda boleh menghabiskan amaun di atas dalam masa 11 hari....Amaun di atas adalah jumlah perbelanjaan oleh YAB PM dan YAB TPM kita melalui jet eksekutif mereka. Amaun ini dilaporkan sendiri oleh YAB PM sewaktu menjawab soalan tambahan dari Presiden PAS dalam persidangan dewan rakyat minggu ini. Secara kasar selama setahun perbelanjaan penerbangan kedua mereka ini sebanyak RM 26.3 juta. Ini baru kos penerbangan...bagaimana dengan kos yang lain. Saya tidak terkejut sekiranya mencecah RM100 juta setahun !!!
Bagi kita yang ada 'sikul' dan mengerti....kita tahu semua wang ini adalah dari wang rakyat, anda dan saya selaku pembayar cukai. Bagaimana pula dengan kos perbelanjaan dari menteri yang lain...Huh ! saya tidak dapat membayangkan amaunnya.
Saya bersetuju dengan pendapat 'seseorang' bahawa isu ini harus dinilai secara profesional dan dengan perasaan/emosi... Beliau berpendapat bahawa negara lain pun sama juga dan selayaknya mereka berbelanja kerana PM dan TPM melawat banyak kawasan. Sebagai tambahan dan penjelasan bahawa Malaysia mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa yang diasaskan oleh Montescque (Perancis), di mana kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman diasingkan. Ini bermaksud, ada masa perjalanan itu atas kapasiti PM dan TPM tetapi tidak sama dengan perjalanan atas kapasiti sebagai presiden dan tim.presiden UMNO. Justeru perjalanan dengan urusan parti sepatutnya tidak boleh menggunakan pesawat khas kerajaan. Tahukah kita tempoh perjalanan 11 hari itu ialah pada 24 Februari - 7 Mac (pada waktu kemuncak kempen pilihanraya dimana perjalanan kebanyakan atas urusan kempen parti). Bagaimana pula dengan acara menghadiri perkahwinan anak perempuan Datuk Musa Aman tahun lalu di mana PM dan TPM hadir dengan pesawat rasmi (hanya selang 5 minit). Apakah urusan ini adalah lawatan rasmi dan bermanfaat kepada pembangunan negara? Bagaimana pula dengan urusan ke Australia kerana merasmikan Restoran milik ahli keluarganya?
Memang kita tidak dapat menjamin adakah situasi ini berubah sekiranya pembangkang (pakatan rakyat) yang memerintah negara. Namun sekurang-kurangnya bukti telah ada. Kerajaan Selangor tidak menduduki 10 unit banglo mewah yang dibeli oleh kerajaan terdahulu malahan telah 'akan' menjual banglo tersebut. Kerajaan Pulau Pinang pula tidak meneruskan rancangan pembelian 10 unit kereta mewah untuk para EXCO oleh kerajaan terdahulu. Saya bukannya penyokong pembangkang tetapi saya menyokong 'niat yang kecil tetapi ada tindakan'
Sesetengah orang mengatakan isu ini terpencil dan biarkan. Memang kita tidak ada 'lampu aladin' untuk mengubah ini namun sekurang-kurangnya kita menjadi rakyat yang proaktif. Bagi orang lain berkata..."biarkan...tak mengapa"..tetapi bagi saya pula, kalaulah saya diberi pilihan...saya akan berkata tidak ! Saya tidak sanggup wang pembayar cukai digunakan untuk sesebuah parti atau individu walaupun satu sen ! Tetapi apakan daya....saya hanya insan kerdil yang menyalak Gunung Everest atas nama gerbangpitas...hehe
3 ulasan:
hmmm saya tidak heran dgn situasi ini. kalu pun pucuk pimpinan negara di pegang oleh parti pembangkang, hal ini pasti akan terjadi.
ada banyak sebab kenapa PM or TPM or menteri2 menggunakan wang ringgit yang byk untuk pergerakkan mereka. walaupun kita fikir amaun perjalanan mereka itu besar tapi hal itu adalah bersesuaian dengan dengan byk aspek yg perlu di ambil kira dgn aktiviti yg mereka lakukan.
PM n da Geng perlu melawat byk kawasan n jarak antara kawasan pun bukan dekat. dalam masa 1 hari kalu ada 5 destinasi yg harus di tujui....so fikirlah sendiri macam mana mau bergerak cepat kalau guna keta ja..
memang benar ada inisiatif lain untuk ke satu2 tempat but i thinks that is not a matter to take a big num 4 their movement.
so renung2kan lah n fikir secara profesional bukan secara ikut hati dan perasaan hanya kerana nilai yang besar itu...
n cuba bandingkan jumlah tu dgn negara lain....sama je...
Saya setuju kalau perbelanjaan itu atas urusan kerajaan atau negara tapi kalau untuk urusan parti ataupun keperluan sendiri...itu sama seperti makan duit rakyat....samada pembangkang atau parti memerintah, prinsip asas ini janganlah dilanggar sewenang-wenangnya...nanti jadi kes seperti angkasawan naik bulan...duit naik bulan ada, duit balik di bumi Malaysia, adakah?
Sori sedikit kesilapan bukan angkasawan naik bulan...naik belon saja pula di tu...belon angkasa lepas...fakta mesti betul kan...tuan punya blog..
Catat Ulasan