Pengikut

23 Mei 2008

KES PULAU BATU PUTEH

(Belanda):23-05-2008 07:45:53 PM (Mstar) Mahkamah Keadilaan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah. Pertikaian hak milik Pulau Batu Puteh akhirnya berpihak kepada Singapura dengan kelebihan 12 undi berbanding Malaysia, 4. Undian bagi Terumbu Karang Tengah mendapat keputusan 15-1 yang memihak kepada Malaysia. Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

Mungkin isu ini kita anggap terpencil dan tidak membawa sebarang signifikan kepada kita namun saya berasa sayu dan ingin meluahkan sesuatu berkaitan kes ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita diajar mencintai negara dan perkembangan seperti ini sebenarnya satu tamparan hebat kepada kita kerana meminjam kata-kata Datuk A.Kadir Jasin bahawa perkataan mudah ialah Malaysia telah KALAH. Justeru saya kongsikan fakta disebalik kes ini :
  1. Berdasarkan fakta Sejarah, pulau ini milik mutlak MALAYSIA kerana merupakan sebahagian daripada wilayah kesultanan Johor-Riau. Bahkan SINGAPURA juga milik/wilayah Johor-Riau. Sejak 1824, Inggeris yang mentadbir Singapura turut mentadbir pulau ini termasuklah rumah api.
  2. Pada tahun 1953, Setiausaha Kerajaan Johor membenarkan Singapura mentadbir rumah api di pulau itu (kerana kita tau waktu itu Singapura adalah wilayah Malaysia)
  3. Apabila Singapura keluar dari Malaysia...mereka terus mentadbir rumah api di pulau itu. Malaysia TIDAK PERNAH TERFIKIR tentang kepentingan pulau ini sehinggalah pada tahun 1979 apabila Malaysia membuat pemetaan semula, pulau ini dimasukkan yang dibantah oleh Singapura.
  4. Point utama ICJ ialah : surat 1953 merupakan dokumen rasmi pemilikan Singapura DAN sejak 1853, tidak ada bukti bahawa Malaysia mentadbir pulau ini. ICJ menolak fakta sejarah.

Pendapat saya, titik perubahan yang MENGHILANGKAN hak milik Malaysia terhadap pulau itu ialah semasa Singapura mahu keluar dari Malaysia. Tanpa memikirkan dan mengkaji dengan mendalam, Tunku Abdul Rahman menerima kehendak Singapura. Beliau terlupa tentang hak pemilikan di beberapa wilayah yang sebenarnya milik Malaysia (melalui Johor-Riau) tetapi sedang ditadbir oleh Singapura. Apakah ini kelalaian? Kelemahan ? Saya tidak tahu.

Faktor lain ialah KEPENTINGAN SEJARAH...pakar-pakar sejarah Malaysia menegaskan bahawa surat 1953 yang dikeluarkan oleh SU Johor telah 'melalaikan' fakta sejarah bahawa pulau itu milik Johor.

Ekoran keputusan ICJ ini, sempadan negara telah berubah. Sungguh menyedihkan wilayah yang hanya sejauh 7.7 batu nautika menjadi milik negara lain yang sejauh 26.5 batu nautika. Dari satu sudut, difahamkan Singapura telah bersedia hampir 10 tahun dalam kes ini berbanding Malaysia yang singkat. Mungkinkah pemimpin kita terlebih 'berpolitik' sehingga mereka lupa akan tugas mereka yang lain dalam mempertahankan kedaulatan negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sayang sekali...walaupun nampak kecil pulau itu tapi nilai sejarahnya tinggi...

Kg Indah berkata...

ICJ Sebenarnya tidak akan melihat sejarah sebagai tanda pemilikan sesuatu tempat/kawasan, kerana jika ICJ menggunakan FAKTA SEJARAH Palestin boleh menghalau Israel dari tanah ARAB dan U.S tidak akan dapat berbuat apa-apa selepas itu.