Pengikut

19 Mei 2008

PCS 56 TAHUN : Penyelidikan dan Pembangunan


Satu negara 'ribut' dengan berita Dr Mahathir keluar UMNO ! Saya berasa tidak terpanggil membuat ulasan kerana semua itu hanyalah gimik politik. Badut-badut politik sedang beraksi di pentas.
2 hari ini (18-19) saya agak sibuk kerana terlibat dalam bengkel pelan strategik PCS 2008-2012. Oleh kerana saya dilantik sebagai EXCO PCS 2008-2012 maka saya diberi tugas dalam bidang Research & Development (R & D) bersama Pastor Christopher. Bidang R & D memang agak baru dalam PCS, bahkan dalam rangka awal, konsultant dari Indonesia menamakannya sebagai Studi dan Pengembangan. Saya berpendapat bahawa R & D lebih sesuai dan mereka bersetuju. Di bawah Bidang R & D ini, terdapat 5 unit iaitu Theologi (Ajaran), Penterjemahan, Biasiswa, Sumber Manusia dan Muzik Gereja. Oleh kerana kemampuan masa dan tenaga yang terhad, kami berdua akan merangka pelan strategi 5 unit ini secara berperingkat. Ps Christopher menumpukan Uni Theologi dan saya menumpukan Unit Sumber Manusia.
PENYELIDIKAN dalam Unit Sumber Manusia ini berkaitan dengan komposisi jemaat sedia ada dan pelunjuran sehingga 2016. Data daripada penyelidikan ini akan digunakan untuk MEMBANGUNKAN pengkalan data komposisi jemaat, pelunjuran keperluan sumber tenaga (pelayan). Dapatan penyelidikan juga akan digunakan oleh 4 bidang lain.
Pada dasarnya, saya bukanlah terlalu arif dalam bidang R & D. Dari segi teori pasti tetapi dalam konteks lapangan dan analisis data....saya dengan rendah diri mengaku keterbatasan. Namun saya percaya ramai jemaat PCS yang Tuhan telah berkati dengan kepintaran dan ilmu dalam R & D. So...saya alu-alukan semua doa, sokongan dan pertolongan secara langsung mahupun tidak secara langsung. Anda boleh menghubungi saya melalui tel, e-mail (pgks7@yahoo.com) atau menemui secara langsung.
Sesungguhnya Tuhan telah menuntut agar kita bukan sahaja ber'teori' dan ber'retorika' tetapi terlibat secara langsung. Kepimpinan PCS begitu terbuka dengan sebarang anjakan paradigma yang dimulakan dengan R & D. Berkat pimpinan Roh Allah...pasti perubahan yang dashyat akan berlaku....DIA tak pernah gagal !

Tiada ulasan: