Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Saya melangkah masuk dalam karier perguruan apabila mendaftar di Maktab Perguruan Keningau (sekarang Institut) pada pertengahan tahun 1992. Sememangnya bukanlah pilihan utama tetapi kegagalan memasuki universiti menjadikan tawaran maktab menjadi prioriti. Semasa di maktab saya memang terlibat aktif misalnya menjadi pembahas utama maktab untuk semua kategori perbahasan dan pidato sehingga peringkat kebangsaan. Menjalani latihan mengajar di SMK Bingkor tahun 1993 (gambar 1). Posting saya di SMK Pitas disember 94 dan memulakan diari hidup seorang guru secara rasmi (gambar 2 & 3). Pada tahun 1996, saya dipindahkan ke SM Lok Yuk Kudat dalam tempoh '24 jam' (sebabnya saya dituduh ekstrim dalam membawa pelajar Kristian aktif dalam gereja). Pada tahun 1997 saya memulakan pengajian ijazah pendidikan di USM (PJJ). 4 tahun di SM Lok Yuk Kudat memang memberikan banyak pengalaman (gambar 4), khususnya realiti kekerapan berpindah tempat tinggal dan masalah air. Saya kembali pindah ke SMK Pitas pada tahun 1999 sehingga sekarang. Saya sedang mencuba di peringkat master dan tidak tahu setakat mana keupayaan.
Sesungguhnya 14 tahun sebagai guru sedikit sebanyak dah melalui liku-liku kerjaya perguruan. Saya telah mengajar semua peringkat pelajar (tingkatan 1-6) dan pelbagai subjek seperti BM, BI, SEJ, SAS, SAINS, PENGAJIAN AM, MORAL dan PJK. Setiap peringkat pelajar dan subjek ada keistimewaan masing-masing. Menjadi guru sukan, kaunselor, ketua panitia, guru disiplin, PK Kokum dan banyak lagi. Anugerah ? Hehe yang ni susah mau cakap kerana saya punya prinsip 'tak pandai melobi'. Saya memang dapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2003. Berada di bawah pentadbiran beberapa pengetua memang banyak beza tapi saya memang dikenali sebagai sangat open bercakap dan memberikan pendapat. Kadangkala dilabel sebagai pembangkang dalam organisasi. Saya pernah berhujah dengan Pengetua SM Lok Yuk, Pn Martha. Pernah bertengkar dengan pengetua ????? kerana beliau cuba menyembunyikan kes salah laku guru terhadap pelajar. Saya pernah duduk berdepan muka dengan pengetua ?????? kerana cara pelaksanaan tender projek yang tidak telus....Ringkasnya muka saya memang tak laku punya di depan pengetua. Namun majoriti rakan menyokong usaha saya. Ramai guru menutup mulut demi menjaga periuk. Prinsip saya...boss UTAMA ialah TUHAN. Saya juga pernah di'komplen' oleh ibu bapa dengan tuduhan liar. Oleh kerana saya tau saya tidak bersalah...saya sendiri berjumpa dengan pegawai tatatertib dan memberi penjelasan.Satu yang menjadi amalanp dan kebiasaan saya ialah saya rasa janggal menggelar/memangggil diri 'cikgu' dengan pelajar. Saya biasa dengan perkataan 'saya'...
14 tahun menjadi guru terasa sangat singkat. Prinsip saya selama ini ialah 'buat yang termampu'. Yang termampu itulah yang saya anggap terbaik dan saya lakukan untuk Tuhan. Biasanya yang termampu tidak akan pernah memuaskan hati orang lain namun hakim saya ialah Tuhan. Saya bekerja untuk memuaskan hatiNya. Situasi sekarang agat menyekat saya benar-benar aktif dalam kerjaya seperti awal. Kekangan keluarga, pelayanan, penglibatan dalam NGO dan perniagaan adalah fenomena yang mengurangkan momentum saya dalam kerjaya.
Sesungguhnya kerjaya guru adalah kerjaya yang benar-benar membuka ruang yang luas untuk menolong mereka yang susah. Bagi saya...bagaimana situasi pelajar itu, demikianlah situasi keluarganya. Dari air muka kita tahu dia sangat susah. Justeru dalam tempoh 14 tahun, saya tidaklah perlu mendedahkan berapa ramai dan apakah jenis pertolongan yang pernah saya berikan kepada pelajar namun saya gembira dan puas apabila mengingat semua itu. Kepada semua warga guru....Guru bukan Karier tetapi Panggilan....Tanpa Guru tiada Profesion...Guru menyentuh kehidupan orang setiap hari......menjadi guru yang baik bukan dari kelayakan tetapi HATI yang mengasihi...Justeru ingatlah...KASIH TIDAK PERNAH GAGAL...
3 ulasan:
Selamat Hari Guru!!! Terima kasih kerana mendidik saya..! Tuhan Memberkati Cikgu!!
Selamat Hari Guru...that photos, you look so young...very nice improvement uncle...now you know how to use HTML tags...
Selamat Hari Guru (kelmarin) bro...sa sngt terdorong dgn kesaksian anda...sa bnyk terima sms slmt har guru tetapi msj yg paling sa suka adalah guru terbaik adalah guru yg memberi insipirasi...sa rasa anda tergolong dlm kategori ini...
Catat Ulasan