Oleh Dr Mohd Khir Toyo
Baru-baru ini saya mengunjung ke negeri Sabah sekali lagi. Banyak tempat yang saya kunjungi. Di banyak tempat inilah juga isu kemiskinan merupakan satu topik yang amat relevan sekali.Ini mengingatkan kembali saya kepada rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar sebelum 2010. Sungguh pun ia rancangan yang amatlah baik namun perancangan dan pelan yang ada tidak jelas sama sekali.Pada hemat saya rancangan pembasmian kemiskinan ini tidak akan berjaya kerana ia tidak dibuat dengan tindakan yang memfokuskan kepada isu-isu pemangkin meningkatkan produktiviti terutama dalam sektor pertanian. Masalah kemiskinan di sabah akan bertambah serisu bila berlaku lagi kenaikan barangan makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Ini akan menggawatkan lagi masalah kemiskinan di Sabah.Melalui pengalaman saya di Sabah baru-baru ini saya tidak yakin dengan sasaran telah ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan akan berjaya.Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin. Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?
"Yang menghairankan, hampir semua negara-negara Asia dapat menghasilkan padi dan beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka melainkan empat buah negara iaitu Filipina, Bangladesh, Singapura dan Malaysia!," Hatta, negara-negara Asia yang maju industri seperti Jepun, Korea dan Taiwan dapat menghasilkan beras melebihi keperluan dalam negara mereka," (Ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen baru-baru ini)
Isu yang SAMA dikupas oleh dua peribadi yang BERBEZA. Seorang pro-kerajaan dan seorang pembangkang tetapi dengan niat dan tujuan ikhlas yang sama iaitu ingin melihat agar kerajaan lebih proaktif dan praktikal melaksanakan program pemakanan supaya bukan sahaja untuk pembasmian kemiskinan tegar malah secara jangka panjang menjadi pengeluar dan mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import. Jelas kerajaan masih BELUM BERJAYA menjayakan program yang diwarwarkan. Menjenamakan semula kementerian menjadi Kementerian Pertanian dan Asas Tani sekadar retorik kerana pada masa yang memberikan autoriti sepenuhnya kepada pihak ketiga (BERNAS) untuk mengurus bekalan BERAS di negara. Jarang berlaku di mana-mana negara di dunia dimana operasi mengurus bekalan makanan diberikan kepada pihak orang lain yang berasaskan keuntungan.
Dasar pertanian negara berkembang dengan pesat semasa era Tun Abdul Razak yang terkenal dengan dasar 'buku hijau'. Namun momentum ini tidak dapat diteruskan kerana timbul perasaan seolah-olah berpuas hati. Sekarang ini dunia (sebenarnya telah lama) menghadapi krisis makanan. Isu kekurangan beras di bekalan serta harga yang melambung tinggi menjadikan masyarakat kita berhadapan dengan cabaran getir kerana masalah ini berkaitan soal 'hidup mati'. Sepatutnya negara kita tidak menghadapi masalah yang besar sekiranya kita mempastikan dasar pertanian sedia ada dilaksana dengan mapan. Dengan iklim yang sesuai, sumber tanah dan wang yang ada memampukan negara merancang dan melaksana dasar pertanian yang memungkinkan kita mempunyai 'stok makanan' yang mencukupi dan kita tidak bergantung kepada pengimportan bekalan beras dan sumber makanan lain. Adalah satu RISIKO BAHAYA bagi mana-mana negara yang terlalu bergantung kepada bekalan import. dapatkah anda bayangkan kesannya sekiranya diandaikan tiba-tiba Thailand dan Vietnam berhenti menjual beras kepada kita ?
Di Pitas program penanaman padi secara bersepadu hanya dilakukan di beberapa kampung, khususnya di Kg Kabatasan. Usaha ini dilakukan secara sistematik pada masa era PBS dengan ada sistem pengairan yang tersusun. Namun lokasi projek ini sangat terhad dan usaha yang bersepadu dan berterusan haruslah dijalankan. Saya melihat banyak kawasan yang boleh dimajukan iaitu seperti kawasan Kg Kalipuon, Rukom, sepanjang laluan jalan ke Kg Bongkol. Kawasan yang dianggarkan 5000 ekar ini boleh membekalkan beras yang berterusan. Langkah awal pastilah dengan penyediaan kertas kerja yang lahir daripada 'brainstorming' dari agensi kerajaan, pemimpin politik dan penduduk terlibat. Aspek utama yang semestinya ada dalam kertas kerja ialah
- Status projek...contoh : Skim Padi Berkelompok
- Mempastikan status tanah (melibatkan pengukuran dan pewartaan semula)
- Penglibatan/status penduduk yang terlibat haruslah jelas
- Jaringan jalanraya yang baik
- Pewujudan kilang memproses padi setempat
- Sistem pengairan yang baik
- Sistem pemasaran
Usaha ini bukan sahaja merealisasikan wawasan negara mewujudkan 'stok makanan' yang mencukupi malah merupakan salah satu operasi strategik untuk membasmi kemiskinan tegar. Langkah ini juga akan meletakkan Pitas di peta pengeluar makanan, pelancongan yang pastinya banyak IKS akan menyusul. Kerajaan telah memperuntukan dana berbilion ringgit untuk projek seperti ini. Saya berharap para pemimpin politik dan agensi berkaitan mengambil peluang ada. Kita lazimnya menuding jari kepada kerajaan tetapi kita lupa bahawa halangan utama ialah 'little napoleon' yang ada di depan mata.
4 ulasan:
ckg ada spa data statistik berkenaan dgn daerah pitas?
ckg ada apa-apa data statistik berkenaan dgn daerah pitas?
rice is price-controlled item in M'sia.. other industrial crops esp. oil palm n rubber compete with rice plantation in terms of area etc.
farmers not very interested to cultivate paddy/rice...
we are importing rice from outside (eg. Vietnam, Thailand especially).. but, Vietnam already restricted the export of rice to supply the growing population..
the population of the world are growing faster... millions of people consume rice everyday..
as the supply slighty slow, n the demand is big, price will increase.. but??? economics pov..
Politician should not play2!! haha!!!
Boleh Tanya ka kenapa penanaman padi di Pitas Khususnya di Kg.Kabatasan, Kg.Sinasak Batu dan juga Kg. Kelipuon tak ada liputan? dalam rekod peladang Pitas dan juga Kota Kinabalu Pitas adalah pengeluar padi kedua terbesar selepas Kota Belud tak ada gambar2 kah untuk di pamerkan kita patut bangga bahawa kita adalah antara daerah pertanianyg terbaik juga. Dan satunya pejabat pengaliran dan salir di daerah pitas terletak di Kg.Kabatsan ini jelas menunjukan kan bahawa sistem pertanian kita telah menjadi maju dan saya juga mendengar Sistem pengaliran di mantapkan dengan penukaran pengepam air yg baru.. Saya berharap ada liputan terbaru tenteng sistem penanam padi di Pitas
Catat Ulasan