

Pantai Kesagaan merupakan antara kawasan tumpuan masyarakat Pitas untuk berkelah. Lokasi pantai ini agak mudah ditemui kerana kereta boleh sampai. Pantai yang bersih dan terpelihara, risiko yang minimum menjadikannya kawasan yang sangat berpotensi untuk dimajukan.
Bercakap tentang hari keluarga, saya sebagai pengerusi PCS Pekan berasa gembira kerana sambutan jemaat yang baik. Jemaat kami terdiri daripada kakitangan kerajaan, kontraktor, peniaga, pekerja swasta dan lain-lain. Saya mendorong mereka sebelumnya agar melibatkan diri malah memberi ingatan betapa pentingnya persekutuan dan merehatkan diri/minda sekali-sekala. Sedangkan Tuhan Yesus pun sentiasa mengambil masa untuk bereht setelah penat bekerja/melayani sepanjang hari....Yang menariknya walaupun acara ini anj
uran gereja
namun terdapat 3 orang yang berbeza iman turut menyertai.... Bagaimana dengan organisasi yang anda pimpin? Adakah ada dalam takwim diperuntukkan masa untuk outing...Bagi kami, 1 Mei telah kami putuskan sebagai hari keluarga. Malah sepanjang tahun kami sentiasa sentiasa ada aktiviti yang mengeratkan persekutuan.


3 ulasan:
what a nice term traktor kampung hehehe...
Boleh juga dirujuk sebagai Chapter One (terjemahan = bab-1)...mmg sekali-sekala sngt baik kita berkumpul bersama menguatkan kesatuan kita dlm jemaat...
Bagus la mcm ni,
Saya rindu ikut aktiviti anjuran saudara. Sdr lama ba ni.
Catat Ulasan