Beberapa bulan lalu telah timbul isu nasib belia-belia Sabah Sarawak yang hidup melarat di Lembah Kelang. Pada mulanya ditimbulkan oleh beberapa organisasi amal seperti Kechara Soup Kitchen Society dan Street Fellowship, AHOD (di bawah kendalian gereja Katolik). Isu ini mendapat respon yang hangat dari pelbagai di Sabah. Parti politik, pemuda umno, NGO dan orang perseorangan memberikan pelbagai cadangan namun setakat ini belum ada yang benar-benar konkrit dan dilaksanakan. Akhirnya akhbar Daily Ekspres mengadakan kajian bebas dan ternyata isu yang timbul adalah benar dengan bukti laporan eskklusif pada 19 feb lalu.
Pelbagai persepsi timbul ekoran pendedahan esklusif tersebut. Kenapa belia2 kita hidup melarat di KL? Datang dengan tujuan murni mencari rezeki tapi akhirnya hidup melarat. Siapa yang silap salah? Pelbagai alasan...ditipu majikan, diberhentikan kerja, terlibat dengan gejala sosial, ditipu rakan dan bla..bla...bla...bla
Banyak hal boleh dari pelabagi sudut boleh direnungkan mengenangkan nasib mereka ini. Dalam konteks mereka sendiri (mangsa), saya rasa keputusan untuk berhijrah adalah mereka sendiri yang tentukan. Sememangnya segala kesan daripada satu keputusan ditanggung oleh individu tersebut. Kalau yang ditipu oleh majikan atau rakan, mungkin boleh dipertimbang dan layak dibantu tetapi bagaimana dengan mereka yang terlibat dengan gejala sosial, suka berpindah kerja, pemalas dan banyak lagi tabiat negatif. Mengikut kajian ini, ramai mereka ini yang menolak tawaran untuk pulang ke Sabah dan lebih suka dengan corak kehidupan ala peminta sedekah. Ramai di kalangan mereka yang datang ke KL bukan dengan mentaliti "mencari rezeki" tetapi sekadar mau menikmati panorama kotaraya. Jsuteru kelompok seperti ini layak kah menikmati subsidi, pertolongan percuma? Salah seorang peribadi yang didedahkan adalah belia dari Kg.Bambangan, Pitas. Kebetulan abang kepada individu ini adalah pekerja saya dan setelah saya selidik ternyata belia ini pemalas, kerap bertukar kerja dan tidak mendengar nasihat (Pitas ada wakil juga...haha)Saya selalu berpesan kepada para pelajar dan belia-belia yang berhasrat berhijrah ke mana sahaja untuk mencari rezeki. Antara nasihat saya ialah :
1. Pastikan tanah di kampung dibuka dahulu (sekurang-kurangnya 3 ekar) dan ditanam dengan getah dan sebagainya. (Jadi sambil bekerja, tanah tidak terbiar dan ada hasil yang ditunggu2).
2. Kirim sedikit duit untuk membuka tanah di kampung halaman.
3. Pastikan ada surat pengesahan dari majikan bahawa kita adalah kakitangan mereka.
4. Usahakan untuk tidak kerap bertukar kerja kerana pengalaman dan pengkhususan sangat penting untuk meningkatkan kemahiran dan banyak potensi.
5. Elakkan gejala sosial. Mengunjungi gereja-gereja terdekat dan bina hubungan dengan individu berpengaruh dalam gereja tersebut.
6. Rancang kerjaya dengan baik. Ada target ke arah membina kualiti hidup diri dan keluarga.
Ramai juga yang dah bertahun berhijrah dan berjaya membina kerjaya dan keluarga yang baik. Kalau ada yang berjaya, kenapa ada pula yang tersungkur. Bagi saya, semuanya kerana pemikiran dan hati.
Di sudut lain, perlu juga difikirkan kenapa mereka berhijrah. Tidak dinafikan peluang kerja di Sabah sangat terhad. Tambahan lagi gaji minimum yang ditawarkan di Sabah sangat rendah berbanding di Semenanjung. Kalaupun mereka mengusahakan tanah, pasaran yang terhad, harga rendah, sistem pengangkutan masih menjadi faktor penghalang. Sudut lain lagi, penghijrahan kerap dikaitkan dengan faktor keciciran dalam sekolah. Kebanyakan mereka ini adalah yang tercicir dalam persekolahan ekoran kemiskinan dan sikap. Oleh itu isu pendemokrasian pendidikan harus dilibatkan dalam menangani masalah para belia.
Saya fikir, di pihak kepimpinan politik dan eksekutif juga ada peranan dengan penubuhan pusat kemahiran dan sebagainya. Saya pernah mencadangkan beberapa hal berkaitan pembangunan belia dan pembendungan penghijrahan belia kepada MP Kudat suatu ketika dulu namun sehingga kini cadangan itu terus sepi. Mungkin kerana cadangan saya kurang bernas atau tidak praktikal. Yang jelas, Pitas mencatat rekod penghijrahan antara yang tertinggi di Malaysia. Mengikut teori sosiologi, penghijrahan menyebabkan produktiviti akan menurun dan kesan itu memang terasa di Pitas. Untuk para belia yang dilaporkan ini, kata-kata ini mungkin sesuai untuk anda : " ANDA TIDAK BOLEH ,MENGUBAH MASA LAMPAU ANDA TETAPI ANDA BOLEH MENGUBAH SIKAP ANDA"...."ANDA TIDAK BOLEH MENGUASAI DUNIA TETAPI ANDA BOLEH MENGUASAI MINDA ANDA"
P/S : Tahniah dan rasa bangga dengan pengorbanan para badan amal yang diterajui oleh beberapa gereja di KL yang sangat prihatin dengan nasib para belia kita. God is Good all the time