Pengikut

06 Februari 2010

BILALAH KITA LAYAK?



Baru-baru ini Menteri Pelajaran mengumumkan 20 senarai sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Langkah ini dalam misi mengangkat sekolah negara ke taraf dunia yang menyaksikan sekolah tersebut diberi autonomi tambahan dalam pengurusan, kewangan dan kakitangan. Wah ! memang kerajaan melalui KPM tidak henti-henti dengan kepelbagaian idea. Dah semakin banyak polisi, dimensi, kreativiti dan inovasi dilaksanakan demi memartabatkan pendidikan negara. Konsep sekolah wawasan, sekolah harapan negara, sekolah kluster, sekolah impian dan banyak lagi. Sekarang sekolah berprestasi tinggi pula (SBT).
Sebagai salah seorang "ahli" dalam warga KPM memang tidaklah sihat saya komen program yang cantik sebegini tetapi oleh kerana respon keseluruhan warga pendidikan dari pelbagai peringkat malah masyarakat luar juga tidak ketinggalan maka, saya pun mahu menyibuk juga. MCSC melalui Mr.Yap Kok Keong melahirkan rasa terkejut kerana dalam 20 senarai pertama, tidak ada satupun Mission School yang tersenarai. sedangkan Mission School lah yang "melahirkan" Malaysia (boleh periksa tulisan saya http://gerbangpitas.blogspot.com/2008_08_01_archive.html). Di peringkat negeri, Datuk Masidi dan Datuk Pairin juga melahirkan rasa kecewa kerana tidak ada satupun sekolah di Sabah yang tersenarai.
Salah satu keistimewaan SBT ialah bajet tambahan dari RM500,000 kepada RM 1 juta setahun. Waw! ini bukan jumlah yang sedikit dan saya fikir ini memang peruntukan tambahan. Rupanya bukan ! dari mana? bajet semua sekolah di Malaysia telah "dipotong" dan disalurkan ke SBT. Dengan kata lain "menguruskan ribuan sekolah demi menggemukkan 20 SBT". Tidak hairanlah peruntukan perjalanan di sekolah saya turun mendadak dari belas ribu kepada 2500 sahaja. Banyak lagi peruntukan lain yang turun dan dipotong, disedut keluar dan dialirkan ke SBT.
Saya telah meneliti 20 SBT ini dan untuk senarai sekolah menengah, 10 darinya adalah sekolah berasrama penuh, 4 dari sekolah menengah harian di bandar besar. Selebihnya sekolah rendah. Justeru tidak hairanlah MCSC, Datuk Pairin, dan ramai lagi yang kecewa. Sekolah berasrama penuh ni memang dari mula dah berprestasi tinggi. Pelajar dan gurunya terpilih. Sekolah berasrama penuh menyedut semua "pelajar terbaik" dengan bilangan yang terhad dan diajar oleh guru terpilih. Selayaknya mereka MESTI cemerlang berbanding sekolah harian.
Tapi takpa, menteri pelajaran memberikan jaminan bahawa ini hanya senarai awal. Pada masa akan datang akan ada senarai 50 dan seterusnya. Tetapi, apapun jaminan, saya berfikir berapa banyakkah sekolah di Sabah akan dapat anugerah SBT. Mungkinkah SMK Pitas dapat SBT 100 tahun dari sekarang? Menteri mengulas bahawa persaingan mendapatkan SBT adalah terbuka samada di bandar atau pedalaman. Boleh juga..dengan syarat, hapuskan konsep sekolah berasrama penuh, komposisi pelajar mesti adil, mobilasi pengetua cemerlang mesti seimbang, peruntukan mencukupi, akses jalanraya, akses maklumat, akses sumber maklumat dan semua sekolah dilengkapkan dengan asrama. Pelajar di bandar dikelilingi "segalanya"...pelajar kita masih ramai yang berjalan kaki, makan tidak cukup dan banyak lagi. Ini bukan alasan tetapi realiti yang harus dihadapi.
Tulisan saya ini pasti mengundang kontorversi kerana "mengkritik" majikan tetapi saya tahu bahawa majoriti warga pendidik,khususnya yang berkongsi sentimen punya emosi yang sama cuma tidak mahu mendedahkan secara terbuka. Kalau diizinkan Menteri Pelajaran dijemput dalam forum atau dialog di RTM atau melawat sekolah saya, saya BERANI berjanji bahawa saya akan mengemukakan hal yang sama dengan YB Menteri.
Dengan bahasa saya yang tunggang-langgang, saya berani berkongsi sentimen dan kecewa kerana matlamat pendemokrasian pendidikan di Malaysia masih jauh dari gapaian. Mohon maaf dengan kritikan saya kepada kementerian pelajaran tetapi suara hati saya ikhlas kerana inilah realiti dunia sekolah di Sabah..

3 ulasan:

windi berkata...

SBT bukan satu persaingan sihat untuk sekolah luar bandar. Setuju pendapat saudara.

Calvin berkata...

Terima kasih atas sharing yg bernas,secara peribadi saya juga agak kecewa kerana tiada satu pun sekolah di Sabah yg terpilih.Mohon pihak kementerian lebih telus di dalam proses pemilihan akan datang

poruman berkata...

bgs juga tulisan blog cikgu ini... sy br tau bhwa bajet utk menampung SBT ini di potong dari ribuan sekolah.. Apapun teruskan perjuangan.. GBU