Hari ini masuk tahun ke-12 usia proton iswara sedan yang saya/kami miliki sejak Jun 1998. Isteri saya membeli iswara ini semasa memuncaknya kegawatan ekonomi Malaysia yang mana bank- bank menaikkan kadar faedah pinjaman sehingga mencecah 16%. Namun oleh kerana keperluan maka terpaksa juga membeli. Setelah ekonomi pulih menjelang 2001, maka maka re-loan kereta ini kerana kadar faedah yang lebih rendah. Hampir dua tahun kereta ini "menikmati" jalan raya yang baik kerana hanya berlegar-legar di kawasan Penampang dan KK. Setelah isteri saya berpindah ke Pitas penghujung tahun 2000, maka kereta ini sempat menikmati keadaan jalan raya yang masih gravel sehingga penghujung 2001. Iswara berkhidmat sepenuhnya pada tahun 2001-2005, sehinggalah kami membeli sebuah lagi kereta toyota hilux pada pertengahan 2005, barulah beban iswara kami berkurangan. Sejak kami memilik hilux, kereta ini hanya berlegar di Pitas dan sesekali melawat Kota Marudu.
Apapun, menoleh ke belakang, saya begitu bangga memiliki iswara ini. Seperti kebanyakan orang, jasa sebuah kenderaan sangat bernilai. Iswara ini telah membawa saya/kami menjelajah ke serata tempat, kalaupun tidak ke seluruh Sabah. Saya teringat sewaktu saya dipanggil menyampaikan ceramah di kawasan Toburon, Kota Belud, dengan laluan perjalanan yang sangat mencabar, iswara ini dengan gah membawa saya walaupun tersangkut ketika kembali pada waktu malam semasa mendaki bukit tinggi. Iswara ini juga yang membawa saya ke Manduring, Pitas semasa jalanraya masih dalam keadaan teruk. Terlalu banyak memori yang tidak dapat dirungkaikan dan akhirnya tahniah sekali lagi kepada iswara hebat ku ini.
Kini, dengan jarak perjalanan 180,000.00 km, iswara ini saya perhatikan masih gah. Enjin masih dalam keadaan baik dan belum pernah overhaul. Saya pernah menghantar ke bengkel tahun 2006, minta di overhaul tetapi setelah diperiksa, mekanik tersebut mengatakan bahawa enjin masih baik dan tak perlu overhaul. Bagi saya, inilah kebaikannya kalau sikap dan cara kita mengendalikan kenderaan agak tertib. Sikap sedikit "kedekut" mesti ada agar "tidak banyak" tangan yang mengendalikan kenderaan.
Perkembangan masa, diri dan khususnya keluarga memaksa kami perlu memiliki kenderaan MPV dan ini menjadikan iswara hebat ini perlu kami jual. Dengan sedikit sayu tetapi rela, kami membuka tawaran untuk membeli iswara ini. Proton Iswara yang berjasa ini begitu sentimental bagi kami..kami relakan untuk meneruskan jasa kepada mereka yang bakal memperolehnya kelak. Tawarab dibuka sekarang...!

3 ulasan:
hello cikgu,
berapa ya harganya.
Ramai yang pertikai kereta keluaran Malaysia... Saudara telah membuktikan bahawa kenyataan ini adalah salah. 14 tahun bukan jangka masa yang pendek.
uncle kasi iklan di www.mudah.com.my
Catat Ulasan