Pengikut

13 Februari 2010

GONG XI FA CAI



Sebelum ni, perayaan tahun baru cina berlalu setiap kali musimnya. Bukan kerana tiada kepentingan tetapi kerana kurangnya ikatan sosial dengan komuniti cina. Tetapi sejak beberapa tahun, saya mulai terlibat dengan sambutan ini kerana adanya keluarga cina yang menjadi jemaat PCS Pekan. Keluarga yang saya maksudkan ialah Encik Liau Ah Kim, yang lebih dikenali dengan gelaran En.Sokew. Hari ini beliau menjemput kami lagi bersama-sama merayakan sambutan tahun baru cina. Sangat seronok bersama mereka dalam "jamuan keberkatan" atau lebih dikenali sebagai "yamseh" atau yamseng (maybe ejaan kurang tepat). Dalam upacara ini, para hadirin akan bersama-sama menggaulkan pelbagai bahan khas menggunakan penyepit. Setelah semua bahan sebati, barulah makan bersama-sama. Setelah upacara ini barulah makan nasi bersama-sama. Terima kasih kepada En.Sokew yang memberikan peluang kepada kami bersama merayakan tahun baru cina sejak sekian lama. Moga tahun 2010 ini memberikan keberkatan kepada mereka dan kita semua juga. Tahun Harimau..orang kata "hari-hari mau"..

Tiada ulasan: