Pengikut

16 Februari 2010

GURU MAKAN NASI BUNGKUS

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.
Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah."Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari "Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.
Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya."Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

P/S : Baru-baru ini kerajaan menaikkan gaji polis sementara tentera di peringkat akhir. Kalau tak silap kenaikan kakitangan awam beberapa tahun lalu, polis turut terlibat. Memang bajet di semua sekolah telah dipotong..bukan sedikit tetapi sangat BANYAK malah boleh menjejaskan semangat dalam kerjaya. Sebagai contoh, bayangkan kalau peruntukan perjalanan hanya RM2500 untuk semua warga sekolah berbanding belas ribu sebelum ini. Kalau dah banyak kali berulang alik ke Marudu, Kudat atau Kota Kinabalu untuk urusan rasmi, siapa tahan kalau asyik menggunakan wang sendiri. Kita diminta meningkatkan profesionalisme tetapi suntikan motivasi mesti perlu dan janganlah seperti undur ke belakang. Kita dituntut berjimat cermat, tetapi adakah kerajaan benar-benar berjimat cermat? Manakah yang lebih penting..suntikan dana di sekolah atau program mendaki Everest? Arahan mesti selari dengan tindakan barulah motivasi orang bawahan macam saya ni sentiasa konsisten. Kalau perlu makan nasi bungkus dan minum air sejuk semasa kursus, saya tidak kisah kerana dah lumrah bagi orang kampung seperti saya, tetapi adakah "MEREKA" benar-benar berjimat cermat? Kita nak tahu dari mana sumber wang RM2 juta yang dijumpai dalam kereta seorang setiausaha politik menteri baru-baru ini...apakah ini dasar berjimat cermat?

6 ulasan:

gadis borneo berkata...

guru2 telampau manja kali...bersyukur la drp teda LANGSUNG....:)

visit from ;

http://gadizzborneo.blogspot.com

Cik Barley berkata...

orang lain tak faham selagi tak jadi CIKGU / GURU.
Lemahlah pendidikan andai peruntukan untuk pendidikan tiada..

The Writer berkata...

ini bukan pasal guru bah ni... ni pasal kerajaan yang bilang dalam bajet Malaysia adalah negara yang baik sistem kewangannya... tapi belakang hari... diputung pula ni bajet pendidikan... teda guna pula TPM kita ni...

Tanpa Nama berkata...

gudis burneoo, lebih baik jgn komen kalau tak matang. Sa bukan seorg guru tapi sa prihatin dgn nasib mrk.

windi berkata...

Sikap terlalu pasrah dan menerima semata2 apa saja yg disogok akan mengekang kemajuan manusia.

kitakita berkata...

Pada pendapat saya. Guru-guru harus di beri keutamaan bukan saja kemudahan tempat tinggal tetapi juga harus diberi insintif-insintif lain terutamanya semasa mengikuti kursus atau aktiviti-aktiviti luar sekolah. Dengan adanya insintif-insintif semasa berada di luar kawasan sekolah / aktiviti luar sekolah maka secara langsung ia akan menarik minat para guru-guru dan dapat meningkatkan prestasi mengajar.