Pengikut

21 Februari 2010

FAHAMI YANG TERSIRAT

Tulisan saya terbaru yang bertajuk Guru Makan Nasi Bungkus mendapat maklumbalas dari pelawat blog ini. Bahkan Sabahdaily turut memetik tulisan itu dan mendapat 43 respon (setakat ini). Apabila saya meneliti semua respon samada direct dlm blog ini mahupun dalam Sabahdaily, ternyata masih ramai yang gagal memahami mesej tersirat isu ini. Ramai yang beranggapan bahawa isu ini remeh temeh, terpencil dan tidak patut dibesar-besarkan. Perlu saya jelaskan disini bukan saya yang mendedahkan isu tersebut tetapi Berita Harian memaparkan pada 21 Feb 2010 dan saya hanya highlight dan beri sedikiti komen tambahan. Jadi, berilah nasihat kepada BH agar jangan perbesarkan isu yang remeh temeh ini. Namun perlu kita selidik bahawa SOP setiap penerbitan berita dalam akhbar perdana melalui tapisan yang ketat, khususnya yang membawa impak kepada kepentingan umum.
Persoalan lain ialah, berita tersebut tidak pun mengatakan bahawa guru menuntut sesuatu. Bahkan dalam komen tambahan saya, saya mengatakan bahawa saya tidak kisah makan nasi bungkus kerana itu sudah menjadi darah daging, bahkan latar hidup menyaksikan bahawa makan ubi kayu ataupun nasi berlaukkan garam adalah lumrah. Saya tidak mewakili golongan guru lain yang mungkin mengejar kemewahan. Bahkan bercakap soal pengorbanan, 16tahun bergelar pendidik, rasanya tidak kurang juga pengorbanan yang telah didedikasikan kepada kerjaya,khususnya kepada pelajar.
Perkara pokok yang patut kita fokuskan disebalik isu ini ialah sejauhmanakah kerajaan benar-benar berjimat cermat. Kalau kita diarahkan untuk berjimat, boleh ! Bukankah pada tahun 1997/1998 sewaktu negara mengalami kegawatan ekonomi, gaji tidak dinaikkan, beberapa elaun dipotong, kursus diadakan di tempat yang ekonomi. Tidak ada pun komen daripada kakitangan awam. TETAPI untuk situasi sekarang, sejauhmanakah amalan penjimatan itu dilaksana dalam semua kapasiti kerajaan? Kenapakah dari satu sudut kita dirayu berjimat tetapi dari sudut lain pembaziran berleluasa, khususnya dalam konteks amalan rasuah.
Dalam situasi ekonomi tidak menentu, apakah rasional kerajaan menaikkan gaji polis (dan tentera) sedangkan mereka turut menikmati kenaikan gaji suatu ketika dulu. Kenapa mereka tidak dilibatkan dalam tuntutan pengorbanan untuk negara sehingga ekonomi pulih?
Marilah sokong amalan penjimatan. Nyatakan semangat patriotisme anda kepada negara dengan turut melakukan pengorbanan. Di pihak lain, semoga kerajaan telus dalam menghukum pegawai kerajaan dan kontraktor yang bersekongkol melakukan penyelewangan sehingga banyak projek kementerian pelajaran terbengkalai, runtuh serta tidak memenuhi piawaian. Kos-kos kontrak penyewaan, bekalan dan perkhidmatan mestilah memenuhi ketetapan. Saya teringat laporan audit (dalam beberapa siri), harga sebatang pemutar skru boleh mencecah RM???? sedangkan harga di pasaran baru RM8.00. Kalau anda berminat, boleh membaca laporan audit negara tiap tahun dan periksa di bahagian kementerian pelajaran. Mata kita boleh "terbelalak" membaca laporan yang mendedahkan penyelewengan yang semuanya mencecah angka yang menakjubkan. Di manakah tindakan membanteras pembaziran dan menerapkan penjimatan di kalangan agensi kerajaan?
P/S : Nasihat saya kepada NUTP dan Berita Harian, jangan lagi siarkan isu seperti ini kerana dianggap remeh temeh.

6 ulasan:

Iman berkata...

Kegiatan kerajaan yang memboros itu memang tidak boleh dinafikan. Pendirian kerajaan pun kurang relevan. Walaupun beratus-ratus sekolah di negara kita masih belum ada pemudahan yang asas, tapi kerajaan lebih mementingkan F1.

Bukan sekadar nasi bungkus, kalau kakitangan kerajaan ada function, ia dibuat besar besaran di hotel mewah, makanan mewah. Kalau menteri ada function, keluar negara, tinggal di hotel mewah, membeli belah semua tanggungan rakyat.

Kalau kerajaan, wajar memboros, tapi rakyat yang perlu menjimat cermat. 50 kursus guru yang dianjur dengan berjimat cermat tapi 1 fuction kerajaan undo segala usaha itu. Macam kurang logik rasanya.

Tanpa Nama berkata...

kita disuruh berjimat, peruntukan utk pendidikan dikurangkan, tapi ada pula duit utk bayar balik duit org yg kononnya mengalami kerugian kerana melabur dlm swiss cash... berjimat stail apa la tu aa...

Najip berkata...

Pulitik tetap pulitik bah. Apa yg kjaan buat semua utk pulitik BN, mungkin kjaan ingat cara itu yg menarik pengundi. Ya betullah kalau golongan yg tak berpikir mendalam TAPI kalau mcm saya Puiii...siapa mau sukung dasar yg berat sebelah dan membazir.

Tanpa Nama berkata...

Mark

Orang yg namanya kerja "Makan Gaji" memang inilah realiti yang harus di terima korg tau tak??? Korg bising2 pun tak de gunanya..tak dapat membuat perubahan pun...lgpun Individu yg buat isu ni hanya mementingkan keperluan peribadi mereka sahaja..
Bagi saya kerajaan lebih tau tentang kebajikan rakyat daripada individu yg asyik tau nak komplen saja satu jasa pun tak de...Jangan korg kata korg berjasa coz kerja GURU tu adalah 99% tanggungjwb korg sbg penjawat awam(kerja Makan Gaji). Orang yg Berjasa ni adalah melakukan sesuatu tanpa balasan ataupun sebarang yang berbentuk pendapatan ataupun GAJI...pinjam kata Nabil LU Pikirlah sendiri???

Soal Politik tu pada pendapat saylah kan....korg tak sedar korg tu kerja kat mana ye...Of courselah kerja kat kerajaan...kerajaan memerintah siapo ye mestilah UMNO,BN, Barisan Nasional....heheheh.... Korg nak burukkan Majikan Korg ke...nanti kena buang keja baru tau sayang tu gaji RiBU2 lenyap...Penjawat Awam kenalah ikut apo saja Arahan kerajaan tanpa perduli kepada fahaman politik yg berbau pembangkang....heheheh.

Tindakan BNM nak bayar balik duit pelabur yg pernah ikut Swisscash tu...Satu tindakan yg wajar kerana itulah bukti kerajaan sekarang ni prihatin terhadap rakyat...

Sorylah klu i byk cakap ye...syok juga berforum kat sini ye... marilah kita hangatkan semangat satu malaysia....Rakyat di dahulukan Pencapaian di utamakan....Sekian utk kali ini.

Tanpa Nama berkata...

Adeh....
ada juga masih tak faham.....

grater berkata...

Harap kerajaan akan membuat apa yang patut dan kurangkan apa yang tidak patut.