Pengikut

26 Januari 2010

Selamat Tinggal PBS




Rasanya perkongsian saya kali ini berbeza dari kebiasaan. Terfikir untuk tidak berkongsi kerana bukannya ada kepentingan umum. Ini adalah soal peribadi.Pendirian politik adalah soal prinsip makanya saya berbicara soal parti. Sebelum ini saya bertekad tidak mahu memikirkan soal parti dan politik namun perjalanan masa dan perkembangan sosial ternyata membuka ruang untuk saya mengenali dunia politik.Ya..orang berkata politik kotor tapi kita lupa tanpa politik, sistem pemerintahan dan pentadbiran dari pelbagai peringkat tidak akan wujud.
Saya terlibat secara langsung dalam politik semasa pilihanraya DUN 1998 (klu tak silap)apabila calon PBS N.3 Bengkoka (skrg Pitas) secara langsung menghubungi bahawa dia memerlukan sokongan. Waktu itu saya bertugas di Kudat dan saya meminjam hilux rakan saya dan selama 3 hari saya gunakan kenderaan tersebut mengangkut penyokong/pengundi. Calon memberikan RM200 sebagai duit minyak dan pastinya kalau diukur lebih banyak wang dan tenaga saya sendiri yang keluar.Waktu itu saya belum menjadi ahli PBS tetapi menyokong PBS kerana sentimen Sabahan dan isu setempat yang rasanya memang layak diperjuangkan. Saya sedar kakitangan kerajaan kononnya perlu menyokong kerajaan tetapi entah pada waktu itu sentimen mengatasi ugutan. Sayangnya PBS kalah tetapi PPU yang saya jaga iaitu di PPU Pinapak,PBS meraih undi yang sangay banyak.
Saya kembali bertugas di Pitas pada hujung 1999. Pada waktu itu PBS belum kembali dalam komponen BN dan saya secara rasmi menjadi ahli PBS. Turut berjuang memperkuatkan PBS Bahagian dan ada posisi dalam AJK. Kemasukan PBS ke BN pada tahun 2003 menguatkan kedudukan PBS dan menghilangkan kesangsian dalam perjuangan kerana kini dalam BN. Pada pilihanraya 2004, saya ditugaskan menjaga PPU Pinapak bersama saudara Rudy Awah(UMNO) dan buat pertama kali dalam sejarah dimana BN memenangi PPU Pinapak. Pilihanraya 2008 saya berdiam diri.
Sejak saya menjadi ahli PBS secara rasmi saya mengamalkan pendekatan ke arah mengangkat perjuangan PBS namun nampaknya kepimpinan PBS Pitas tidak memahami atau sengaja tidak mau memahami fokus perjuangan yang sebenar. Saya meneliti da ternyata arah sebenar bukan lagi "dipihak rakyat" tetapi memperjuangkan "perut". Saya ada kebimbangan bahawa parti yang melupakan prinsip dan tidak lagi mewakili suara rakyat akan mengalami penolakan.Di dorong oleh perkembangan dalaman, maka saya mula memikirkan kedudukan saya dalam PBS.Adakah saya aset atau liabiliti?
Tahun 2009, saya terlibat dalam beberapa program di peringkat nasional khususnya atas kapasiti sebagai pengerusi PGKS. Saya telah menyaksikan bagaimana Mission School dilayan dengan sangat tidak adil oleh kerajaan. Saya juga menyaksikan bagaimana isu orang asli dan momogun Sabah (KDM) sentiasa dipandang sebelah mata. Apatah lagi dengan isu kalimah yang nampaknya memberikan tekanan kepada gerakan. Saya juga mengetahui siapakah suara umat Kristian di Malaysia di kabinet. Dalam MCSC, saya barulah tahu siapakah yang telah banyak menolong mereka dalam aspek wang dan aspirasi. Akhirnya saya bertekad untuk meninggalkan parti yang amat dekat dalam hati saya iaitu PBS. Sebenarnya saya boleh selesa dan pergi jauh dalam PBS. Ini kerana hubungan "kekeluargaan" dengan Dr.Max boleh saya gunakan saya batu loncatan untuk meraih sesuatu. Kedudukan/hierarki saya dalam KDCA pula boleh saya gunakan untuk mendampingi Huguan Siou. Saya boleh terus kekal dalam PBS dan "mengemukkan" diri dengan pelbagai peluang. Namun itu bukan prinsip saya. Saya mahukan sesuatu !!!
Akhirnya pada 9 Jan 2010, dengan rasminya saya keluar dari PBS. Kini secara rasmi saya belum menganggotai mana-mana parti tetapi secara prinsip saya menyokong perjuangan UPKO.Saya sedar akan segala perjuangan Tan Sri Bernard Dompok di belakang tabir yang banyak membantu perjuagan dan aspirasi rakyat terpinggir. Pastinya UPKO bukannya sempurna dan Tan Sri juga punya rekod yang tidak sempurna tetapi BUAT MASA INI saya yakin saya perlu menolong perjuangan UPKO dan Tan Sri. Apakah yang Tan Sri lakukan sehingga saya membuat pendirian sebegini? Saya tidak dapat jelaskan disini....Yang jelas, saya telah memulakan langkah pertama dan dijangka lebih ramai akan mengikut jejak langkah di Pitas. Buat masa ini sekitar 10 cawangan UPKO dalam proses diwujudkan dan moga ini adalah titik awal penyatuan kekuatan Momogun Pitas. Sedarkah kita bahawa ><65% penduduk Pitas adalah Momogun. Sayang sekali majoriti tetapi tidak ada autonomi eksekutif dan politik.

5 ulasan:

The Writer berkata...

Tuan... jika perjuangan Pasok Momogun adalah perjuangan Tuan... Tuan adalah ahli UPKO yang sejati.

Jangan lupa tegur sia kalau kita berjumpa di function UPKO nanti boh...

Melton Martin,
Penolong Bendahari Pergerakan Komulakan UPKO Pusat,
AJK UPKO Bahagian P.183 Beluran.

Tanpa Nama berkata...

Syabas,
Saya sudah lama berpendapat sama. Teruskan perjuangan yang Ikhlas saudara pasti berhasil.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun saya kurang peka dengan politik..tapi sayapun dah nampak kelainan corak perjuangan PBS kini, sedangkan di tempat semasa saya (Tambunan)..sudah kedengaran suara-suara yang menunjukkan ketidak yakinan mereka terhadap keseluruhan kepimpinan..kita sedia maklum siapa pemimpin Tambunan ini..harap terus peka dengan mood rakyat ini...Buat bloger Gerbang Pitas..teruskan perjuangan...PJN GTG...

Tanpa Nama berkata...

bagaimana mahu hubungi tuan. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

satu pendirian yang tegas! tahniah! perjuangkan lah nasib rakyat di pitas khususnya momogun! usaha yg ikhlas dan berterusan!