Sewaktu saya merasmikan persidangan Parokhi Dandun minggu lalu, saya sempat berjalan2 berkeliling kawasan Kg.Dandun. Memori lama. Di Kg Dandunlah semua penduduk bermula dari hulu bengkoka sehingga ke kawasan Kg Bawang datang mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan rendah sejak akhir 1960-an. Dandun umpama bandar bagi masyarakat pada waktu itu. Justeru saya berkeliling mengingat memori lama dan berkongsi dua bangunan yang banyak berjasa kepada masyarakat umum, bahkan daerah Pitas sendiri.
Bangunan ini adalah gereja PCS yang pertama didirikan bukan sahaja di Dandun malah di Pitas (seusia dengan PCS Parokhi Pantai). Struktur bangunan gereja ini tidak mengalami banyak perubahan. Masih dengan rekabentuk asal. Bahkan tiang dan kayu-kayan yang digunakan adalah masih yang asal. Ini sangat mengkagumkan apabila kita tahu bahawa bangunan ini sudah berusia hampir 50 tahun. Di sinilah lahir ramai individu yang dididik dengan ajaran Kristian. Rasanya mencecah ribuan orang. Disini ratusan pasangan telah diberkati menjadi suami isteri.Ribuan kanak-kanak didedahkan dengan nilai dan hukum Kasih. Kini bangunan ini masih berdiri megah menyimpan nilai sejarah dan bukti Kasih Tuhan.
Bangunan kedua ialah bekas Pusat Klinik Kesihatan Dandun. Didirikan oleh para misionari Kristian era 1960-an. Segala dana adalah derma individu Kristian dan bukan dari kerajaan. Disinilah pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum diberikan rawatan pelbagai konteks rawatan kesihatan. Pada peringkat awal doktor dan jururawat yang bertugas ada dari luar negara dan secara percuma. Menjelang pertengahan 70-an, kerajaan mengambilalih perkhidmatan. Kini bangunan ini dimiliki oleh tuan punya tanah setelah Pusat Kesihatan Dandun berpindah ke tapak baru. Sesungguhnya bangunan ini sekali lagi membuktikan bahawa cinta kasih kepada sesama manusia seharusnya dengan tindakan dan bukan sekadar kata-kata.