Pengikut

22 November 2009

MASA DEPAN PAROKHI DANDUN


Saya berkongsi sedikit tentang perkembangan gereja PCS di Parokhi Dandun. Kebetulan saya dijemput persidangan dwitahunan Parokhi Dandun pada 21 Nov yang lalu. Gereja PCS Parokhi Dandun mulai wujud pada awal tahun 1960-an. Pastor awal dari Swiss (maaf nama lupa). Ekoran tindakan menghalau para misisonari semasa era USNO, seorang pastor tempatan iaitu Porodong Mogilin dihantar menggembalakan Parokhi Dandun pada pertengahan tahun 1970-an. Sejak itu gembala silih berganti. Sekarang Parokhi Dandun mempunyai 41 jemaah/gereja, meliputi kawasan yang sangat luas. Bermula dari kawasan hulu, maliau, nungu sehingga ke kuala Sungai Bengkoka, Jalan Mempakad-Dingai, Tampakahu, Rukom, Kabatasan, Pekan Pitas, Tutuwoon. Sekadar menyebut beberapa kawasan kampung. Ekoran kawasan pelayanan yang luas, persidangan lalu mencatat sejarah apabila usul membahagikan Parokhi Dandun kepada dua parokhi diluluskan. Sekiranya pihak PCS Pusat dapat menghantar seorang gembala untuk mana-mana parokhi ini, maka secara rasmi pada tahun 2010, Parokhi Pitas akan wujud.
Sebagai sebuah organisasi yg wujud sejak 1956, selayaknya PCS melakukan penstrukturan demi memantapkan pelayanan. Inilah yang sedang dikerjakan dan sebagai salah seorang Eksekutif Komiti PCS, saya dapat rasakan beban kerja demi mempastikan PCS terus bertahan sebagai rakan sekerja Allah di muka bumi ini.

1 ulasan:

Paul berkata...

Pendeta Swiss yang dimaksudkan ialah Jorg Rytz pm Savo Elizabeth.

Sekarang anak mereka yang sulung, dibesarkan di Dandun, juga menjadi seorang pendeta di negara asal mereka.

Terima kasih dengan artikel

Paul Porodong