Pengikut

16 November 2009

SEMINAR KEIBUBAPAAN

Dua kali dalam tempoh 4 bulan.Inilah situasinya..setelah mengunjungi mereka Julai lalu, SK Timbang Batu Kota Marudu menjemput lagi. Saya try elak..kerap menghubungi. Ubah tarikh dan masa..akhirnya saya mengalah. Kali ini seminar mereka dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebajikan Kota Marudu dengan kapasiti yang lebih besar. Saya diberikan tajuk Kecemerlangan Pendidikan dan Tanggungjawab Ibu Bapa. Sekadar perkongsian singkat, intipati ceramah saya ialah :
  • Sudut Global - Bangsa Eropah mengasaskan penjelajahan dan penerokaan kerana ILMU. Sekolah pelayaran pertama didirikan oleh "King" Henry dan menjadi asas kepada permulaan penerokaan dunia ini. Akhirnya mereka jugalah yg menguasai kekayaan dunia. Kesannya dirasai sehingga sekarang. Kewujudan Dialog Utara-Selatan dan NIEO, Suruhanjaya Selatan-Selatan dan G-15 adalah bukti kepentingan ILMU. 75% kekayaan dunia dikuasai negara Utara sedangkan mereka hanya mewakili 25% penduduk dunia.
  • Sudut Glokal - Era awal pemerintahan Tun Dr Mahathir ialah dgn pelbagai dasar. Salah satu ialah Dasar Industri Berat. Beliau sedar dgn kekurangan Malaysia dlm bidang ilmu khususnya berkaitan industri. Melalui dasar ini, ideanya ialag pemindahan dan penyerapan ilmu, kepakaran dan teknologi asing ke Malaysia supaya tidak selamanya Malaysia bergantung kepada orang asing.
  • Sabahan - Kekayaan bumi Sabah mula dijana dan "dihisap" sepenuhnya semasa era Tun Mustapha. Penasihat kewangan beliau pada masa itu ialah Syed Kechik (bukan orang Sabah). Kenapa Tun tidak menggunakan kepakaran tempatan? Salah satu sebab ialah ketiadaan org tempatan yang punya ilmu dalam pengurusan kewangan dan ekonomi pada masa itu. Berapa banyak kekayaan Sabah mengalir ke tangan org lain?
Saya akhirnya menyentuh peranan ibu bapa dalam mencemerlangkan pendidikan anak. Peranan yang tidak memerlukan modal kewangan yang banyak. Ini melibatkan pengurusan fizikal, masa, wang,emosi dan psikologi. Semoga perkongsian saya yang sederhana dapat membantu sekolah itu mendapai misi keibubapaannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

geng, terima kasih kerana walau dalam keadaan sibuk, masih ada kesempatan untuk memenuhi jemputan ceramah di SK. Timbang Batu, KM. saya juga sebenarnya memang berusaha sungguh-sungguh untuk program itu, dan selaku setiusaha yang diberikan mandat sepenuhnya oleh gb, maka walau apa keadaan pun saya tetap mencari kamu sebagai penceramah, kerana bagi saya kamu adalah The Best kerana apa yang buat benar-benar penuh integriti dan bertanggungjawab . tq geng dari sahabat....mu