Minggu lalu 3 kongres parti politik berlangsung di Sabah. Upacara perasmian semuanya disempurnakan oleh Perdana Menteri. Perasmian PBS diadakan pada malam 6 Nov, LDP pagi 7 Nov dan UPKO petang 7 Nov. Pastinya ini juga satu sejarah, kongres parti yang berlangsung agak serentak. Bagus jugalah, jimat wang rakyat. PM tak perlu ulang alik. Saya mengikuti kongres dari "jauh" tetapi "dekat". Maksudnya saya tidak hadir tetapi rangkaian maklumat saya ada kecuali di LDP. Saya berkongsi intipati ucapan 3 Presiden parti dan kita tahu ucapan dasar presiden akan dibahas dan menjadi polisi hala tuju parti dalam masa mendatang.
Datuk Pairin seperti biasa memulakan ucapannya dengan pujian melangit terhadap kepimpinan baru PM khususnya tagline 1Malaysia. Beliau juga mengulangi isu lama yang merupakan sentimen awal yang menggemilangkan PBS iaitu isu pendatang tanpa izin. Kali ini Pairin menyegarkan isu ini dengan meletakkan harapan agar masalah ini dapat diselesaikan pada atau sebelum hujung tahun 2012. Beliau juga mensasarkan pertambahan ahli PBS dalam masa yang ditetapkan disamping komitmen untuk terus setia dalam BN
Ucapan Datuk Liew menyajikan rekod dan harapan bahawa LDP telah dan akan bergerak pantas menjadi sebuah parti yang besar. Konteks beliau merujuk kepada bilangan ahli dan tanggungjawab yang dipikul oleh LDP.
Tan Sri Bernad Dompok menyajikan ucapan yang padat. Memulakan dengan sejarah UPKO yang pada mulanya sukar diterima oleh masyarakat KDM dan kini telah berkembang sehingga ke semenanjung (ada perwakilan dari bahagian orang asli). Tan Sri menggariskan gesaan UPKO agar kerajaan menarik balik sekatan terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dikalangan penganut Kristian, pengiktirafan jitu terhadap sekolah mubaligh, perlantikan Sabahan dalam agensi pusat khususnya EPU dan ICU.
Ucapan mereka ini agak panjang dan saya hanya menyentuh intipati. Berdasarkan ini, bagi saya ucapan Datuk Pairin masih berkias dan agak berhati-hati. Datuk Liew lebih kepada membentangkan wawasan LDP mengikut acuan baru sebagai usaha keluar dari bayang-bayang pengaruh Datuk Chong Kah Kiat. Tan Sri Bernard nampaknya agak terbuka dan berani mengetengahkan isu yang dianggap "sensitif" tetapi merupakan satu hak dan keperluan.Beliau semestinya ada merit untuk bercakap isu-isu demikian kerana sesuai dengan intipati perlembagaan dan perjuangan UPKO.

1 ulasan:
Lain Pemimpin lain ucapan... lain parti lain pendekatannya. Namun, yang saya pasti UPKO akan terus releven. PBS dan LDP saya tidak pasti ke mana perjuangan mereka... kedua-dua mereka mahukan kedudukan dan juga jaminan survival. Pandangan Saudara sangat matang dari segi politik.
Catat Ulasan