Isu di mana kebanyakan projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di daerah Pitas hanya tertumpu di kawasan tepi "sungai" dan "tepi laut" mengundang banyak respon. Masyarakat "darat" rasa diabaikan dan merasakan rugi mengundi. Tidak kurang juga yang menghubungi orang biasa spt saya untuk meluahkan perasaan. Saya lantas menghubungi YB Datuk Bolkiah melalui sms dan selang sehari YB menjawab sms saya. Berikut adalah sms dari YB berupa penjelasan terhadap isu ini (tanpa edit)
" Petang sdra maklin. Tuduhan daerah mgabai org drt adalah tdk bnr bknkah bnyk prjk jln, jmbtan gntng, grviti diluluskan dpnpak,bilngau,nibng,mandurian dll.194 kg prlu djaga dgn prutkn trhad. Agropolitan kebanyakan permohon ada org2 kita sebelah darat.Prjk tanaman kcg tanah n cili yg tlh, sdg n akan dlaksana kbnykn di kg Ulu spt maliau, bilngau, mandurian, pnpak, prpok dll. Perumahan pprt terbaharu kebanyakan kita bagi di sebelah daratan. Sebagai kakitangan kerajaan sebarkan program kerajaan ni dan galakan mereka berhubung dgn pej daerah dan jab kerajaan yg lain,galakkan mereka mengikuti kursus kemahiran hidup dan peningkatan ekonomi setempat. Saya berusaha utk meminang projek infra asas jalan2, air bersih dan kemudahan letrik di sebelah darat, telah lulus bekalan letrik 25 kampung di sebelah daratan dan telah memohon loji air ke2 pitas di nibbang. Bantu saya utk memajukan pitas.Tkasih"
Saya menjawab sms YB ini dan berikut jawaban dari YB Datuk (tanpa edit)"Tkasih ckg,saya hargai usaha ckg utk membela bangsa kita di daratan.Kalau ada cadangan apa juga bentuk pembangunan atau program di sebelah darat tlg sms sama saya.Utk pengetahuan jln mempakad-nibbang telah lulus dan akan d tender secepat mungkin.Jln gailun darat dan biliangau darat telah lulus dan sedang d laksanakan"
Saya secara peribadi menghargai respon proaktif dan penjelasan dari YB Datuk tentang isu ini. Semoga ini memberikan penjelasan kepada semua pihak. Khusus utk warga daratan, marilah kita bersabar dan berilah masa kepada ADUN kita untuk merancang program pembangunan yang lebih holistik di daerah Pitas. Bagi kita faham situasi dan laluan birokrasi merancang dan melaksanakan sebarang program pembangunan, pastilah akur bahawa segalanya mengambil masa. Bahkan pada peringkat sekarang berilah kerjasama sepenuhnya kepada YB kita ini. Seperti nasihat beliau, ada projek atau program pembangunan yang memerlukan kita berhubung dengan agensi kerajaan dan tidak semestinya melalui YB. Marilah kita menjadi rakyat yang proaktif dan ikhlas untuk Pitas yang kita cintai ini.
2 ulasan:
Saya rasa bangga dengan pembangunan daerah seperti yang dinyatakan YB, Harap peruntukan yang diperoleh daerah akan diagihkan secara bergilir pada masa akan datang mengikut kampung.
Bantulah kampung yang langsung tidak mempunyai apa2 kemudahan asas.
hello Cikgu,
Saya tertarik denga artikel cikgu kali ini. Kita tidak seharusnya membuta tuli menyalahkan kerajaan. Kita harus berkerja sama dengan kerajaan. Berhubung dengan pihak yang sepatutnya. Maka sesuatu tempat itu akan membangun.
Catat Ulasan