Pengikut

21 Oktober 2008

"KAU TERIMA, SAYA TERIMA "

Saya tergerak berkongsi maklumat yg saya perolehi melalui pembacaan (sumber ketiga) dan perbualan dgn kenalan dari pelbagai peringkat. Pastinya anda tahu tentang UiTM yg dulunya dikenali sebagai ITM. Sebuah institusi pendidikan tinggi yg diwujudkan khusus untuk bmiputera, lebih lanjut boleh melayari http://www.uitm.edu.my/uitm/. Peranannya dalam perkembanganh dunia pendidikan tidak perlu dipertikaikan lagi. Perkembangan ini lebih menarik apabila baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Dato' Khalid mencadangkan agar 10% kuota UiTM diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputera. Cadangan beliau mendapat reaksi hebat, khususnya pemimpin UMNO dan staf UiTM proksi UMNO. Semua kampus menganjurkan demonstrasi bantahan atas semangat bumiputera dan Melayu khususnya. Ya..tidak salah mempertahankan hak atas sentimen bangsa dan agama !
NAMUN ! dikhabarkan bahawa sebagai tindakbalas terhadap penentangan terhadap cadangan ini..semua syarikat milik bukan Melayu (syarikat kecil, sederhana, gergasi dan antarabangsa) tidak akan mengambil pelajar Melayu lulusan UiTM bekerja dengan syarikat mereka. Mereka hanya memfokuskan pengambilan pekerja lulusan IPT lain, khususnya IPTS yang terkenal.
Kalau khabar ini betul...satu perang dingin yg hebat sedang berlaku gara-gara POLITIK. Tidak dinafikan pelajar bukan bumiputera di Malaysia kurang diberi ruang dalam semua segi dalam pendidikan di negara kita. Meritokrasi yang digembar-gemburkan hanyalah krim kerana akhirnya faktor kuota dan sentimen yang diutamakan. Kalau anda pernah tahu atau masih ingat tentang cadangan penubuhan Universiti Merdeka suatu ketika dulu. Universiti ini dicadang sebagai IPTA yang terbuka kepada semua kaum tanpa kuota tetapi ditentang oleh pemimpin kaum tertentu. Akhirnya Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) terpaksa ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi di kalangan pelajar bukan bumiputera.
Jadi apa pandangan atau pendirian anda? Setuju agar 10% kuota UiTM dkhususkan untuk bukan bumiputera? Setuju dengan tindakbalas syarikat milik bukan bumiputera? Apakah pendirian "Kau Terima, Saya Terima" itu tindakbalas yang tepat ? Apapun yang berlaku pasti situasi ini menepati peribahasa "Gajah dengan Gajah Bertarung, Pelanduk Mati Di Tengah-Tengah ". Semuanya kerana sentimen POLITIK dan KAUM yang SEMPIT !

Tiada ulasan: