Hujung minggu lalu saya berkesempatan balik ke kg halaman sendiri..Kampung saya agak jauh di hulu Pitas..menaiki perahu dan berjalan kaki. Namun kali ini saya mencuba jalan raya sementara yg dibina oleh syarikat yg membeli kayu acasia dan puji Tuhan kereta saya boleh sampai di kampung..buat pertama kali sejarah dicatat kenderaan sampai di halaman rumah. Sebenarnya sejak ibu saya dipanggil Tuhan 2 tahun yg lalu...saya jarang balik kg kerana perasaan rindu dan sedih masih menebal. Saya sangat hiba bila teringat ibu saya akan menyambut dan memeluk saya apabila saya tiba di muka pintu dan kini semua itu tinggal kenangan...
Namun kerana keperluan yg mendesak saya gagahi juga utk balik. Musim buah-buahan menggamit jiwa utk melawat kebun buah-buahan kami. Dapat juga merasa langsat, rambutan, cempedak dan banyak lagi. Kebun durian saya sendiri baru berusia 5 tahun. Saya juga mengambil bibit padi dan jagung utk saya tanam di tanah saya dekat Pekan Pitas yg baru saja dibakar. Misi utama ialah merakamkan gambar gereja sedia sekarang dan bangunan baru yg sedang dibina..Pengerusi gereja, iaitu abang saya sendiri menganggarkan kos pembinaan sekitar RM30,000 dan wang yg mereka telah kumpul sejak sekian lama sekitar RM18,000 sahaja. Sebelum itu mereka tidak mahu mulakan pembinaan tetapi saya kata...'mulakan saja"..Saya mendorong mereka untuk melangkah dengan IMAN. Justeru apabila mereka menyahut cabaran saya...saya juga harus memainkan peranan membantu mereka. Tanggungjawab saya sebagai Pengerusi PCS Pekan Pitas juga menuntut pengorbanan wang namun saya juga punya beban yg mendalam utk jemaat kampung sendiri...gereja yang telah memberikan didikan rohani awal kepada saya pada zaman kanak-kanak. Saya berjanji dengan jemaat bahawa saya akan berusaha mencari dana untuk menyiapkan gereja baru.
Perjalanan pulang sangat mencabar kerana hujan tiba-tiba turun..nyawa di hujung tanduk dengan jalan licin tanah merah. Tayar tidak mencengkam dan hilux saya mengelonsor dengan gaung tinggi di kiri kanan. Puji Tuhan dengan pemeliharaanNya. Awal subuh esok saya ke Keningau atas kapasiti sebagai pemain dan jurulatih pasukan hoki PSKPPS Gabungan Kota Marudu..Tuhan selalu memberikan tenaga 'ekstra' yg berkelimpahan.
P/S : Walau siapa pun kita...di mana juga...JANGAN LUPA kampung halaman..teristimewa jemaat kampung halaman kita sendiri. Bukanlah kesaksian yg baik sekiranya kita 'hebat' di luar sana tetapi keperluan rohani kampung sendiri terabai...seperti Pak Kaduk "Menang Sorak..Kampugn Tergadai"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan