Pengikut

31 Ogos 2010

DARI DANAU HATI

Hari ini, kemerdekaan Tanah Melayu. Pada waktu perundingan berlangsung di London, tidak wujud dalam pemikiran Tunku Abdul Rahman tentang Sabah dan Sarawak. Fakta yang jelas bahawa pengisytiharan kemerdekaan tidak menyebut Sabah dan Sarawak. Kita harus kembali kepada fakta dan sejarah sebenar.
Sejarah menjelaskan bahawa penjajahan terhadap Sabah dan Sarawak bukannya direct colonialisme melainkan melalui golongan kapitalis atau pemodal yang merupakan lambang kepada golongan borjuis yang lahir di Eropah selepas era kelahiran baru di Eropah. James Brooke dan SBU melalui Dent bersaudara merupakan golongan kapitalis yang belayar dengan ehsan pemerintah untuk mencari sumber dan pasaran dagang baru. Selepas itu barulah mereka menyerahkan kepada kolonial secara rasmi. Menurut catatan sejarawan (yang kurang didedahkan secara esklusif), British merancang memberi kemerdekaan tersendiri kepada Borneo cuma sedikit lewat iaitu sekitar 10 tahun selepas Tanah Melayu. Ini kerana British melihat tahap kesesuaian dan kesediaan Borneo ke arah pemerintahan sendiri. Kalau ini yang berlaku kemerdekaan Borneo semestinya di sekitar 1967.
Tetapi sebelum rancangan British terlaksana, idea penubuhan Malaysia telah wujud melalui Tunku Abdul Rahman. Dengan pelbagai faktor maka Sabah Sarawak tidak banyak pilihan pada waktu itu (akan dikupas pada 16 September). Untuk memastikan sejauhmana Sabah Sarawak bersedia menyertai Malaysia, maka British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold. Apakah cerita lain yang tidak "disejarahkan" tentang suruhanjaya ini? (akan dikupas pada masa akan datang).
Sejarah inilah yang harus kita pegang dan menjadi justifikasi yang kuat kenapa kita tidak lah terlalu teruja dengan tarikh 31 Ogos. Dalam semua peringkat rundingan untuk kemerdekaan 31 Ogos, wakil daripada Borneo hampir tidak wujud. Sejarah yang dibukukan ialah Kemerdekaan Tanah Melayu dan bukan Kemerdekaan Malaysia.
Sama ada anda setuju atau tidak, suka atau tidak, inilah SEJARAH. Kalau anda berkata lupakan yang lalu dan buka minda baru, itu samalah dengan membakar identiti diri. Memang kalau kita bertanya kepada sejarawan yang berpengkalan di semenanjung seperti Khoo, Ramlah, Ranjit, dll pastinya mereka mempertahankan 31 Ogos. Kalau kita bertanyakan kepada ahli politik, mereka akan minta rakyat berfikiran terbuka. Tapi saya lebih suka bertanya kepada hati saya. Apakah saya selesa mengobarkan 31 Ogos atau 16 September? Tan Sri Simon Sipaun dalam kertas kerjanya pada 31 Julai 2010, mencadangkan agar buku-buku sejarah perlu disusun semula khususnya yang berkaitan sejarah negara agar lebih tepat, adil dan "selesa" kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Semuanya bermula dari bagaimana buku sejarah ditulis. Acuan politik yang mempengaruhi pengsejarahan harus diubah.
Kita memaksa diri menerima sesuatu yang songsang adalah salah satu unsur kepura-puraan yang berlaku dalam diri tanpa kita sedar.

29 Ogos 2010

SETITIK DARAH MENYELAMATKAN JIWA




Syukur, puji Tuhan. Program derma darah yang dirancang berjalan dengan baik kelmarin. Usaha Majlis Gereja-Gereja Pitas selari dengan keperluan darah yang kritikal di Hospital Pitas maka kami menyahut tanggungjawab dalam komuniti sosial. Sebanyak 17 pain darah dapat dikumpul. Seorang staf dalam unit tabung darah berkata ini sudah jauh lebih baik berbanding "saya duduk seminggu" dan tiada seorang pun tampil menderma. Sebenarnya ramai juga yang datang tetapi tidak lulus "tapisan" kelayakan sebagai penderma. Terima kasih kepada semua penderma dan kerjasama semua pemimpin dan jemaat pelbagai denominasi. Semoga usaha ini dapat membantu pihak hospital dalam memenuhi keperluan darah yang kritikal.

25 Ogos 2010

KENANGAN DI SK TAGAROH

Program ni bulan lalu tapi baru ja kawan kirim keratan laporan akhbar. Terlimpas pandang mangkali. Apa pun tq friend. semua ni adalah memori. Sedikit khidmat bakti kepada masyarakat semoga memberikan manfaat.

20 Ogos 2010

BRAVO UPKO !!!



Beberapa bulan lalu saya menyiarkan berita seminar penanaman lada hitam anjuran UPKO di Dewan Masyarakat Pitas. Selepas seminar masyarakat berpusu-pusu menghantar permohonan bibit lada hitam. 17 Ogos lalu, bertempat di Kg.Masin, Kanibongan telah berlangsung penyampaian bibit lada hitam kepada pemohon seramai 21 orang. Ketua Bahagian UPKO Kudat, Mr.Lightson memberitahu bahawa ini adalah penyampaian fasa 1dan dijangka bulan depan penyampaian fasa 2 akan dijalankan. Bibit terpaksa disampaikan secara berperingkat kerana bekalan bibit yang diterbangkan khas dari Sarawak agak terhad dan terpaksa bersaing dari tempat lain. Peserta fasa 1 ini merupakan peserta pilot projek lada hitam d Pitas yang merangkumi wakil daripada 21 kampung di Pitas. Saya perhatikan cara pemilihan amat telus. Dari hulu Pitas sampai ke Kanibongan semuanya ada wakil sebagai penerima.
Usaha murni UPKO ini bagi saya amat bertepatan dengan keperluan di Pitas. Saya berpendapat tanah tidak perlu dirampas dan berselindung di sebalik "projek khas". Cukuplah bantu penduduk dengan bibit, permudahkan urusan tanah, pantau projek tersebut dan kita akan menikmati hasilnya. Pegawai dari Lembaga Lada Hitam Malaysia memberitahu bahawa secara kasar pendapatan untuk 50 pokok dalam sekali tuaian minimum boleh mencecah RM1,500. Saya fikir pendapatan seperti ini lebih dari cukup untuk penduduk keluar dari garis kemiskinan. Pemberian bibit, sedikit bantuan tambahan dan bimbingan berterusan bagi saya adalah memenuhi peribahasa "memberikan mereka pancing" berbanding pemberian mata wang yang sekadar "ikan" dan menanamkan sikap kebergantungan kepada kerajaan.
Sekali lagi tahniah UPKO. Anda telah memberikan contoh dan sekurang-kurangnya telah membuktikan komitmen untuk membantu golongan sasar. Tahniah saudara Lightson, anda telah memperlihatkan mutu kepimpinan yang mempraktikkan teori, perancangan, tindakan dan bimbingan.

17 Ogos 2010

KITA MELALAK, MEREKA "PEKAK"

Entah sejak bila isu ni mula timbul.Yang jelas, saya dah bosan mendengar masalah ini.Saya tak mahu mengulas panjang untuk kali ini kerana majoriti dah tahu masalah ini.Sampai bila kita melalak?Yg saya hairan..(tak jadi terus...elok di kedai kopi baru cakap). Marilah melalak dan percayalah "mereka" akan terus pekak. Bukan semulajadi pekak tetapi memang pekak.

15 Ogos 2010

MONOLOG UNTUK ANAK SAYA

Semalam kami sekeluarga menyambut hari jadi anak sulung kami, Nathanael Owen bagi umur 9 tahun, hari ini. Sambutan yang sederhana ini diawalkan sehari kerana persiapan lebih mudah dibuat pada hujung minggu. Anak sulung saya yang kini berumur 9 tahun dan bersekolah tahun 3 d SK Pekan 2 Pitas kini mulai menampakkan ciri-ciri keperibadian dari pelbagai sudut.Saya bangga kerana saya benar-benar disisi dan dekat dengan proses tumbesarannya.Ini kerana sejak lahir sehingga tadika, kami tidak mempunyai pembantu rumah yang khusus maka saya dan isteri bergilir menjaga. Sekarang saya perhatikan, dia ada kematangan dalam pemikiran, kurang bercakap, minat subjek Sains, pengetahuannya tentang alam sekitar agak luas dan daya kreativitinya agak bagus. Satu sudut,dia ada sikap selfish yang kuat.Mungkin kerana ego sebagai anak sulung maka self defence amat jelas. Sewaktu kami berkunjung ke Taman Pertanian Tenom, pegawai yang mengiringi kami terlupa nama saintifik salah satu jenis Dinasour.Spontan anak saya memberitahu dan pegawai itu terdiam seketika.
Awal persekolahan agak payah bagi dia menyesuaikan diri.Mungkin kekangan bahasa.Sekarang penguasaan BM nya agai baik tapi jawabannya dalam subjek BM masih sederhana.Kelemahannya dalam BM memberi impak terhadap subjek lain dan ini agak membimbangkan dalam konteks sekolah kerajaan.
Terima kasih kawan2 yang sempat datang. Pastor dari PCS,SIB,rakan jemaat, kelab,sekerja dan pengarah hospital juga. Sambutan ala BBQ nampaknya agak sesuai dan saya gembiran kerana kali ini semua "bahan bakaran" habis..hehe

P/S : Anak saya minta izin tadi supaya dia tak pergi sekolah esok.Saya minta dia beri 5 sebab secara bertulis.Saya paparkan jawabannya..hehe (penderaan kah ini?)

12 Ogos 2010

MARI MENDERMA


Dua hari lalu, pihak tabung darah Hospital Pitas menghubungi saya memohon agar kempen derma darah dapat diadakan. Tabung darah amat kritikal apatah lagi semasa bulan puasa.Kalau tak silap untuk tahun ini sahaja, ini dah kali ke-4 mereka menghubungi saya memohon agar saya mengatur hari pendermaan darah. Berdasarkan rekod memang PCS Pekan Pitas masih di depan sebagai organisasi paling kerap mengatur program menderma darah. Suatu ketika dulu semasa Hospital Pitas masih dalam pembinaan, kami mengatur program ini dengan menjemput pihak Hospital Kota Marudu. Sambutan amat menakjubkan sehingga bekalan jarum mereka habis. Ini adalah rekod yang difahamkan belum dipecahkan. Sejak itu kami menjadi organisasi yang konsisten dalam program menderma darah.
Mereka amat memerlukan darah. Oleh itu 14 Ogos ni kami akan mesyuarat membincangkan tarikh. Pihak Hospital mencadangkan 28 Ogos ini. Kalau tidak ada halangan program ini akan diadakan di pentas tamu Pekan Pitas. Saya mengajak anda semua yg prihatin marilah menderma. Buktikanlah prihatin itu ! TQ

08 Ogos 2010

MEMARTABATKAN ORANG ASAL

Pada tahun 1994, Persidangan Agung PBB telah mengambil keputusan untuk merayakan Hari Orang Asal Sedunia pada 9 Ogos setiap tahun. Ini merupakan salah satu daripada pencapaian terbesar dalam penat lelah perjuangan Orang Asal di peringkat tempatan sehinggalah di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan pengikhtirafan identiti tersendiri dan hak kolektif bersama yang tidak boleh dipisahkan daripada Orang Asal. Salah satu lagi pencapaian terbesar bagi golongan masyarakat Orang Asal sedunia ialah apabila Persidangan Agung PBB telah mengadaptasi dan menerima Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) pada 13 September 2007.

Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) kini merupakan sebahagian daripada perundangan antarabangsa hak asasi manusia. UNDRIP menetapkan piawaian minima bagi pengikhtirafan hak kolektif bersama Orang Asal yang perlu dituruti oleh pihak kerajaan, agensi-agensi PBB, pendana-pendana dan program-program berkaitan dengan Orang Asal. Kerajaan Malaysia telah bersama-sama mempersetujui dan menerima adaptasi Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) bersama dengan 143 buah negara yang lain. Ini bermaksud, pihak kerajaan yang telah bersetuju, mempunyai tanggungjawab secara moral dan juga politik, untuk menuruti Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP), sabagai sebahagian daripada tanggungjawab bersama menghormati hak asasi manusia, bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Dalam usaha untuk membina masyarakat yang 'pluralistic', yang berbilang kaum dan agama, golongan masyarakat Orang Asal memainkan peranan yang penting dalam amalan budaya dan tradisi yang dikekalkan sejak bergenerasi lamanya. Adat yang diperturunkan dari Orang Tua diwarisi oleh golongan muda, agar tidak lapuk ditelan zaman dan akan diteruskan ke generasi akan datang. Budaya, tradisi, dan Adat Orang Asal merupakan tunjang bagi identiti dan martabat Orang Asal, yang hidup bersama dalam perkongsian bersama hak kolektif Orang Asal di atas tanah, wilayah dan sumber asli komuniti Orang Asal.

Masyarakat Orang Asal kini menghadapi masalah eksploitasi dan rampasan tanah, wilayah dan sumber asli yang berterusan oleh pihak kerajaan dan syarikat swasta; penindasan budaya melalui pelan-pelan komersil; penafian Izin Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC) ke atas perkara yang memberi kesan kepada Orang Asal, ini termasuklah pembentukkan perundangan, polisi dan program tanpa melibatkan Orang Asal. Ini menjadi lebih teruk lagi, apabila pelan-pelan pembangunan yang agresif dan rakus tanpa mengira piawaian mapan, telah menceroboh masuk ke kawasan Orang Asal dan telah meninggalkan kesan-kesan buruk kepada pencemaran alam dan kehilangan sumber asli di kawasan itu yang telah sekaligus melupuskan budaya dan tradisi Orang Asal yang telah diamalkan sejak generasi lamanya dalam menjaga kawasan dan sumber asli mereka. Pelan pembangunan tidak lestari/mapan seperti perladangan kelapa sawit besar-besaran, pembinaan projek mega empangan dan termasuk juga skema pembangunan dan dasar ekonomi yang langsung tidak mencerminkan aspirasi Orang Asal, sedang berleluasa dan semakin lama semakin membinasakan alam sekitar dan sumber asli hutan, sungai dan persisiran pantai. Ini sekaligus memusnahkan penerusan amalan budaya dan tradisi Orang Asal yang hidup rapat dan bergantung kepada alam sekeliling dan sumber asli mereka.

Situasi ini telah mengancam kehidupan dan kesinambungan masyarakat Orang Asal. Selagi pihak kerajaan menafikan pengikhtirafan Hak Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri yang perlu hidup dengan hak kolektif bersama – terutamanya sekali ke atas Tanah,Wilayah dan Sumber – ketidakadilan sosial yang sedang berlaku kepada Orang Asal akan bertambah teruk lagi. Oleh itu, ianya merupakan satu tanggungjawab yang penting bagi pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap permintaan Orang Asal, mengadakan dialog yang berkesan mengenai pengikhtirafan Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri, dan membina kerjasama dalam mengatasi isu-isu yang berkenaan dengan pihak kerajaan dan juga masyarakat Orang Asal.

Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) menyediakan satu rangka kerja yang kritikal dalam membina hubungan yang baik di antara pihak kerajaan dan golongan masyarakat Orang Asal dalam seruan untuk menghormati dan mengamalkan Hak Orang Asal. Ia juga menyediakan langkah-langkah untuk mengatasi konflik di antara pihak kerajaan dan masyarakat Orang Asal dengan cara yang aman dan damai. Adaptasi ataupun penerimaan kerajaan Malaysia terhadap Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) sekarang harus diambil tindakan positif, agar menghentikan diskriminasi yang berlaku dan pihak kerajaan harus menghentikan penafian hak ke atas Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri dan hak kolektif bersama.

Apabila kita merayakan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia bersama-sama dengan pihak kerajaan, agensi-agensi PBB, pendana tempatan dan juga antarabangsa, kita juga mesti mencari jalan yang bermakna agar hubungan yang terjalin berjangka masa lama, menuju kesedaran hak kolektif bersama Orang Asal yang akan menyumbangkan kepada keamanan, keadilan, kesama-rataan, dan pembangunan yang mapan dan lestari untuk semua.

Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia, seruan kepada kesemua saudara-mara dan keluarga Orang Asal seluruh dunia, mari kita bersama-sama kekalkan dan kuatkan perjuangan kita terutamanya sekali di peringkat komuniti, dan meluaskan dan memperkasakan lagi solidariti dan kerjasama di peringkat negara masing-masing dan juga di peringkat benua, dan seterusnya di seluruh dunia, bersama-sama menuju kesedaran dan aspirasi yang sama untuk mengekalkan identiti dan martabat kita sebagai masyarakat Orang Asal!

P/S : Berita dipetik dari blog http://orangasal.blogspot.com/

DEMI DAERAH PITAS INI


Masyarakat sedia maklum bahawa pengajian di peringkat tingkatan 6 adalah tangga akhir sebelum ke universtiti. Sejak menjadi PK Pra-U (lantikan sekolah ja bah) pada pertengahan 2008,beban untuk memastikan pra-u mendapat keputusan yang melayakkan mereka memasuki pengajian tinggi amatlah berat. Tapi kalau mereka gagal, sia-sialah masa mereka hampir 2 tahun dan mereka tetap dengan status pemegang SPM.Mahu tidak mahu "sesuatu" perlu difikir untuk mereka.
Sesuai dengan dimensi baru pengurusan pra u, sistem pembelajaran konvensional telah diubah dan kami turut melakukan perubahan dengan wujudnya jadual pembelajaran yang berteraskan kuliah, tutorial, kolokium dan R & D. Melengkapkan pusat sumber pra u dan penerapan latihan secara kerja kursus. Ya, ada sedikit hasil yang positif.Keputusan mereka selaku "product" pertama diiktiraf oleh PPD sempena hari guru peringkat daerah baru-baru ini. Terima kasih.
Untuk generasi kedua ini iaitu pra u atas, strategi dan program kena dipertingkatkan. Kita ke arah yang lebih baik. Tuntutan utama bukanlah semata-mata persaingan yang mencipta nama tapi pemilikan kecemerlangan di kalangan pelajar. Justeru tahun ini, beberapa program telah dirancang namun berhadapan dengan kekangan yang besar iaitu wang. Setakat ini pra u belum ada Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang menyebabkan apa pun program kena menumpang kasih dari ABM mana-mana "objek + subjek" yang lain. Pengetua pun turut terbeban dan kadangkala tidak boleh berbuat apa-apa.
Saya/kami ada grand design untuk mereka. Melengkapkan pusat sumber pra u dengan kos RM10,000. Menyediakan wifi di foyer pra u, sistem audio visual untuk semua bilik kuliah, dan program skor A untuk mereka. Semuanya di atas kertas. Akhirnya semua kembali kepada persoalan kos. Program skor A yang bakal dilaksanakan penghujung sept ini memakan kos hampir RM15,000. Majoriti penceramah adalah dari semenanjung. Penginapan dan ruang seminar telah ditempah seawal April lagi. Tiket pun sudah dibeli dengan kos menghampiri RM4,000. Mungkin saudara boleh meneka wang itu dari mana?
Nanti kena fikirkan lagi kos pengangkutan, saguhati penceramah, penginapan, makanan dan kos pentadbiran. Saya tidak perlu senaraikan nama organisasi dan individu yang kita mohon derma namun sehingga kini yang pasti hanyalah dari PIBG dan PPD yang ada dengan amaun yang agak terhad. Yang jelas, kita tidak lari dari menagih belas kasihan dari golongan politik namun nampaknya merudum. Ada "tokoh politik" yang berjanji, dan kita akan sama-sama menunggu janji itu sehingga tarikh seminar berlangsung. Mudah-mudahan ada !
Saya berkongsi beban ini antaranya ialah memberi ruang kepada sesiapapun warga Pitas yang membaca tulisan ini dan ada hati untuk menjana masa depan pendidikan "orang kita", boleh lah melakukan tindakan pro aktif untuk membantu kami. Tanpa mengira kaum dan agama, generasi yang ada haruslah ditolong kerana pembasmian kemiskinan tegar secara total dan berkekalan ialah melalui ILMU. Saya melihat "pelaburan pendidikan" masih perlu dtingkatkan di daerah Pitas dan ini memerlukan kerjasama semua pihak. Saya buka tawaran ini kepada anda demi daerah Pitas yang kita cintai ini.

05 Ogos 2010

KEM PRA-U SMK PITAS





Baru-baru ni pengurusan Pra-U SMK Pitas berjaya mengadakan Perkhemahan Pra-U SMK Pitas buat pertama kali. Disamping menjadi simbolik penutup program kokum mereka, ini juga menjadi pra syarat dalam pemarkahan kokum mereka memenuhi 10% syarat kemasukan ke uni.Kami tidak berkompromi dimana mereka yang tidak menghadiri kem tanpa alasan munasabah tidak akan diberikan markah penuh.
Bertempat di Dataran Bengkoka, seramai 51 orang pelajar dan 7 orang guru terlibat sepenuhnya menjayakan kem ini. Rasa bangga kerana inilah kem yang pertama kali dianjurkan khusus untuk pelajar Pra-U. Hampir semua pengurusan logistik dan pengisian program dikendalikan oleh pelajar dan pihak kami hanya membimbing dan memantau. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Semasa sesi penutupan saya merakamkan penghargaan kepada mereka kerana melibatkan diri malah memperlihatkan disiplin yang baik. Di depan mereka, saya nyatakan penilaian disiplin di tahap 8/10. Selepas kem ini, mereka akan menumpukan sepenuhnya kepada aspek kuliah, tutorial dan yang terdekat Excel. Pada hujung September juga, pihak kami telah merancang program khas untuk mereka di Kota Kinabalu. Semoga semua ini dapat membantu mereka mencipta sejarah indah untuk diri mereka,keluarga, sekolah, kampung dan daerah.

P/S : Terima kasih pihak PPD yang memberikan Anugerah Pencapaian STPM kepada SMK Pitas sempena hari guru yang baru lalu. Saya tidak sempat hadir menerima anugerah ini kerana komitmen dalam PSKPPS. Semoga anugerah ini adalah suntikan semangat dalam meneruskan langkah kecemerlangan untuk STPM.

01 Ogos 2010

FORMATION of MALAYSIA 63' REVISITED



(LAPORAN TENTANG SEMINAR/FORUM INI DIKUPAS OLEH WEB FREEMALAYSIA DENGAN BEGITU BAIK. SILA LAYARI WEB ITU YANG BOLEH DIAKSES MELALUI BLOG INI.)
31 Julai lalu saya dan beberapa rakan menghadiri Forum seperti tajuk di atas. Forum yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang luar biasa. Tempat duduk penuh sesak dan masih ramai yang berdiri. Dianggarkan seramai 500 orang yang hadir, dari pelbagai lapisan masyarakat namun saya perhatikan kebanyakan adalah golongan profesional. Saya melihat forum ini mirip kepada pengkisahan semula sejarah pembentukan Malaysia berdasarkan pengamatan ilmiah, pengalaman dari sumber pertama bahkan dari mereka yang terlibat secara langsung dalam pembentukan Malaysia. Saya tidak rugi menghadiri forum ini. Amat berbaloi ! Dengan barisan pembentang kertas kerja yang berkaliber iaitu Dr.Jefrey Kitingan, Tan Sri Simon Sipaun, Datuk Karim Ghani (salah seorang penterjemah Suruhanjaya Cobbold), Datuk Amar James Wong (perunding utama dari Sarawak), wakil dari British, Brunei, Singapura dan Kalimantan. Turut kelihatan tokoh seperti Datuk Ayub Aman, Datuk Amir Kahar dan ramai lagi.
Saya tidak tahu bagaimana saya melaporkan apa yang saya peroleh dari seminar ini. Terlalu banyak perkara baru berupa fakta sebenar yang tidak dikemukakan sebagai "sejarah" dalam sukatan mata pelajaran sejarah. Mendengar sendiri dari sumber pertama amatlah berharga dan saya bersyukur kerana kapasiti saya sebagai Naib Presiden Blogger Sabah memudahkan saya untuk akses dengan penganjur bagi mendapatkan bahan yang bernilai itu. Dengan pengamatan saya yang terhad, inilah yang mampu saya rumuskan :
1. Sabah tidak ada banyak pilihan dan masa untuk berfikir semasa rundingan.
2. Sabah tidak ramai pemimpin yang berpendidikan dan berkaliber pada waktu itu untuk menjadi badan pemikir untuk rundingan tersebut.
3. Tawaran awal membentuk Malaysia adalah untuk mengimbangi komposisi kaum waktu itu.
4. 20 perkara adalah perjanjian yang mesti dipatuhi dan sebarang pelanggaran adalah mencabuli perjanjian itu.
5. Apa pun yang Sabah suarakan adalah hak sebagai sebuah NEGARA dan bukan sebagai negeri.

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar melalui hp, sebab itu tiada kualiti. Antaranya ialah laporan surat khabar selepas pengisytiharan Malaysia yang masih menggunakan gelaran/ panggilan rasmi NEGARA terhadap Sabah. Tidak rugi bertolak seawal 4.30 pagi dan membayar yuran RM50 dengan pengisian seminar yang berskala antarabangsa itu. Medium bahasa Inggeris membatasi pemahaman namun maksud umum masih boleh difahami. Saya teringat beberapa kata-kata hikmat yang menarik untuk direnungkan.

" It is not that I love Malaysia less, it is just I love Sabah more "... Karim Ghani " Kenapakah kita tidak boleh jujur untuk mengakui sejarah sebenar?"....Simon Sipaun

P/S : Anda boleh mengikuti berita lanjut seminar/forum ini di akhbar-akhbar tempatan Sabah bertarikh 1 Ogos 2010.