Pengikut

31 Mei 2011

KEMBALI.....

Syukur puji Tuhan, setelah mengalami gangguan selama 7 hari, gerbangpitas kembali normal. Saya agak terkejut kerana saya tak dapat update blog ini. Beberapa kali mencuba tetapi ada masalah di bahagian pasword. Saya minta pertolongan salah seorang anak buah nun jauh di sana pun tak dapat. Saya 'tinggalkan' blog ini seketika kerana pelayanan dalam Kem Barnabas Sabah (Siri 5) di Kokol Prayer Summit. Hari ini mencuba lagi dan nampaknya normal. Apakah ada gangguan dari penyedia atau memang diganggu? Apapun sebabnya, selagi diizinkan Tuhan,blog ini pasti wujud dan saya akan terus "bermakalah". Blog yang sederhana ini telah menjadi medium sejak sekian lama dan pastinya saya akan terus menulis umpama diari....akan kembali !

19 Mei 2011

ADEGAN MENGHENTAK MEJA

Si anu hentak meja ! Pelajar hentak meja ! Org Kampung hentak meja ! Org biasa hentak meja ! Semua ini kita anggap perkara biasa bukan. Tapi bagaimana sekiranya seorang menteri pula yang menghentak meja. Tempat tu pula bukannya semasa bersembang tetapi dalam mesyuarat rasmi. Walaupun nampak janggal tetapi inilah realitinya. Datuk Masidi Manjun selaku menteri pelancongan kita mengaku pernah terpaksa menghentak meja hanya untuk bersaing mendapatkan peruntukan pembangunan pelancongan di Sabah. Kasihan sungguh ! Kalau seorang menteri boleh dilayan demikian,tidak hairanlah kalau rakyat biasa lagi teruk layanan mereka. Permintaan yang dikemukakan turut membantu meningkatkan pendapatan negara tetapi tidak dilayan. Datuk Masidi turut kesal kerana kebanyakan ikon pelancongan yang dipaparkan adalah berlatarbelakangkan semenanjung sahaja sedangkan ikon-ikon pelancongan di Sabah jauh lebih cantik.....
Kita tafsirlah sendiri nasih dan musibah yang kita alami kerana bertuankan mereka. Sangat lucu, kita hantar duit yang banyak ke sana tapi terpaksa melutut apabila memohon peruntukan !

16 Mei 2011

CATATAN TAMBAHAN

Sekadar mengongsikan beberapa gambar sebagai catatan tambahan semasa pelayanan di KL baru-baru ini. Terima kasih kepada penganjur yang membekalkan gambar-gambar tambahan.

BERSAMA MR.LIM HENG SENG, PEGUAM DAN BEKAS HAKIM SEMASA SESI DIALOG

BERSAMA YB BARU BIAN, ADUN BA'KELALAN. YB BARU TURUT MENYAMPAIKAN CERAMAH SESI PAGI.
MENYAKSIKAN MALAM KEBUDAYAAN BERSAMA KENALAN BARU. RAKAN BARU INI SANGAT ISTIMEWA. NAK TAHU? MARI MINUM NESCAFE TARIK PING.

11 Mei 2011

BANGKIT DAN BERSINAR


Hujung minggu lalu saya berada di KL sebagai salah seorang penceramah dalam Seminar "Awake, East Malaysia" anjuran Wawasan Penabur dan DUMC (Dream Centre). Ini kali kedua saya dipanggil dalam seminar ini untuk berkongsi apa yang sedang berlaku di Sabah dalam beberapa sudut. Saya juga berkongsi persepsi tentang kurikulum subjek sejarah Tingkatan 1 hingga 6. Antara penceramah lain ialah YB Baru Bian (Dun Ba Kelalan...baru menang), Mr.Ling Heng Seng (peguam yang tidak asing lagi) dan beberapa yang lain. Isu-isu sangat luas dan sangat relevan dengan keperluan Sabah Sarawak.
Pagi 8 Mei pula, saya melayani jemaat Methodist DUMC (Bahasa Malaysia). Rasa teruja dengan sambutan mereka dan mengenali ramai jemaat "pelbagai' bahasa dan bangsa. Kedatangan saya di KL pada kali ini juga amat bermakna kerana buat pertama kali saya membawa 3 orang anak merasai pengalaman pertama menaiki kapal terbang dan melawat KL.
Terima kasih kepada DUMC atas layanan VIP terhadap kami sekeluarga. Saya rasa terharu dan kecil dengan layanan sebegitu. Juga terima kasih dengan peluang dan jemputan ini dan rasanya saya turut mendapat sesuatu "ole-ole" berharga pada kali ini.

05 Mei 2011

PENGANJURAN YANG BERMAKNA


Sudah beberapa hari berlalu, Kejohanan Badminton Tertutup Daerah Pitas 2011 melabuhkan tirainya. Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini dianjurkan bersama oleh Kelab Starcop dan Kelab TT. Berlangsung di dewan masyarakat Pitas, menerima penyertaan 31 pasangan bergu (kategori terbuka) dan 10 pasangan (kategori kombinasi umur 75 thn). Pastinya ini adalah antara kejohanan badminton berskala besar di Daerah Pitas yang pernah dianjurkan.
Kejohanan ini amat bermakna bagi penganjur kerana mempunyai rentetan peristiwa di sebaliknya beberapa bulan sebelum berlangsung. Antaranya ialah penundaan tarikh beberapa kali.Ini kerana pertembungan teknikal dan keperluan kos. Sistem pertandingan yang digunakan menggunakan shuttle yang banyak dan ini bermakna kos semakin tinggi. Sistem liga dalam kumpulan juga jarang digunakan tetapi penganjur memutuskan sistem ini supaya para pemain berpuashati sehingga kejohanan ini kelihatannya seperti karnival badminton. Kejohanan ini juga menyaksikan betapa "janji manis" beberapa pemimpin politik yang akhirnya "janji kosong" sehingga menyebabkan penganjur terpaksa menyumbang RM100 (seorang) demi mempastikan kejohanan ini berlangsung. Demi semangat kecintaan terhadap sukan badminton di Pitas. Ini juga menyebabkan kos di bahagian hadiah terpaksa diselaraskan. Beberapa pemain menyatakan rasa tidak puashati dan penganjur mengaku dengan keadaan itu namun sebab sebenar hanya penganjur yang tahu khususnya yang telah berkorban wang untuk penganjuran ini.
Tahniah kepada bergu dari Paitan yang menjadi pasukan jemputan dan seterusnya menjuarai kategori terbuka. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pemain yang mengambil kejohanan. Kepada yang terlibat secara langsung dengan penganjuran, tahniah dengan semangat gigih dengan penganjuran ini. Pastinya mohon maaf adalah lumrah untuk segala kelemahan dan kekurangan. Semoga kejohanan ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.