Pengikut

11 September 2008

Bertemu kembali....mohon maaf agak lambat kemaskini blog kerana beberapa kekangan. Apa pun saya senang mencoret sesuatu yang 'realiti' dalam hidup seharian. Saya senang berkongsi beberapa perkara yang telah dan akan menjadi pengisi diari saya.
  • 30 Ogos lalu, PCS Pekan Pitas telah mengadakan program menderma darah dengan kerjasam Hospital Pitas dan Hospital Kota Marudu. Puji Tuhan sebanyak 35 'tiub' darah berjaya dikumpul.Program ini adalah kali ke-3 dan setakat ini PCS Pekan Pitas adalah pemegang rekod sebagai organisasi penderma darah terbanyak di Pitas.
  • 5-7 Sept lalu,Persekutuan Remaja PCS Pekan Pitas mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Latihan Alkitab Tinangol dan persekitaran.Program ini bertujuan mendedahkan mereka dengan situasi di PLA di samping pengisian rohani yg lain.Kami di PCS Pekan Pitas tidak ada persekutuan belia tetapi mewujudkan persekutuan remaja atas beberapa rasional.
  • 7 Sept lalu saya bersama EXCO lain telah bersama dengan jemaat Perpaduan Saab, Pitas dlm Parokhi Dandun. Di samping program lawatan EXCO, kami juga menyaksikan upacara perasmian gereja baru jemaat di sana. Puji Tuhan..mereka memperlihatkan kesetiaan dan kesatuan dalam pelayanan.
  • Bulan puasa ni sudah menjadi tradisi kantin sekolah kami tutup.Pengetua baru kami seorang Kristian meminta saya menjual makanan minuman tetapi agak keberatan kerana di kedai makan saya sendiri pun agak sibuk. Namun pengetua berkata 'pecahkan tradisi ini selagi saya di sekolah ini demi utk pelajar". So saya terima cabaran ni walaupun agak berat kerana terpaksa bangun lebih awal. Tak sangka guru Kristian yg lain pun ikut menjual. Puji Tuhan kerana di samping dpt 'wang lebih' bulan ni...kami telah berjaya mengubah tradisi yang mcm tak adil kepada pelajar dan staf non muslim di sekolah.
  • Esok, 12 hb saya ke KK mengurus pembelian tiket penerbangan rombongan misi jelajah semenanjung oleh PCS Pekan Pitas. Seramai 16 akan terlibat dalam trip ini yang memfokuskan lawatan di jemaat-jemaat PCS di semenanjung.
  • 13 hb..keesokannya perbincangan khas antara PGKS dengan Majlis Gereja-Gereja Sabah tentang isu yang kritikal di Nabawan. Dengan izin Tuhan, 27-30 Sept, PGKS akan mengadakan Kem Sahabat di sana sebagai satu program penginjilan dan pemulihan.
  • Seperti kalendar tiap tahun, 16 September ni gereja kami akan mengadakan kebaktian Hari Malaysia..banyak aktiviti telah disusun dengan pengisian kesyukuran dan memberkati Malaysia.
  • 20 hb..mesyuarat EXCO PCS sekali lagi..pastinya mesyuarat ini menjurus kepada agenda pelaksanaan pelan strategik PCS 2008-2012. Biasanya saya hanya bertahan sampai jam 3 pagi jaaa..saya blaaa...
  • Sekarang ini saya sedang membuka tanah saya seluas 4.5 ekar di pinggir Pekan Pitas. Selepas ditanam dengan padi dan jagung...apa agaknya jenis tanaman kontan yang menguntungkan untuk tanah seluas ini? Tolong share cadangan dan pengalaman anda khususnya daris segi penanaman dan pasaran.

Maaf ye..jika anda boring membaca diari saya ni...tetapi anda pasti lebih boring kalau saya ulas isu antara UMNO dan GERAKAN yang sekadar lakonan semata-mata. Satu umpan agar peristiwa 13 Mei berulang yang membolehkan kerajaan menggunakan MAGERAN. Jumpa lagi !


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

shallom boss.. buli kasi jelaska lakonan umno dan gerakan

Tanpa Nama berkata...

may be u bole tanam kelapa sawit sbb bole thn lma. n bole jln jauh...or getah hehe