Pengikut

13 September 2008

HALATUJU SEKOLAH MISSION PCS

Saudara Cikgu Maklin, PCS ada tiga buah sekolah rendah, apa pendapat mu tentang sekolah-sekolah yang didirikan oleh Basel Mision ini untuk PCS..patutkah kita serah ini kepada kerajaan sepenuhnya...? Pada hal disinilah semuanya bermula, pendidikan agama kristian, pendidikan formal dan bangsa kita dapat sedikit menikmati dan mengerti kehadiran Tuhan yang sebenarnya ditengah-tengah kehidupan ini..sekolah kita ini telah menjadi tempat belajar pemimpin-pemimpin masyarakat ini sekarang, demikian juga dengan pegawai-pegawai kerajaan yang ada sekarang ini kebanyakan mereka datangnya dari sekolah-sekolah ini..dan gereja menerima semua pelajarnya tanpa memilih agama, bangsa dan kemampuan, siapa pun boleh belajar..apakah patut sekolah-sekolah PCS perlu perhatian yang sama dari pihak kerajaan untuk penambahbaikan bangunan dan kemudahan pembelajarannya? Terimakasih atas beban mu dalam pelayanan ini, sekolah kita adalah SRK Tinangol, SRK Lodung dan SRK Lajung...semua guru besarnya Kristian, kecuali Tinangol..apa pendapat mu?
Kenyataan di atas diajukan oleh salah seorang pemimpin PCS kepada saya dan saya rasa teruja kerana beliau membentangkan isu ini kepada saya. Teruja kerana merasakan siapalah saya diajukan isu ini...terasa kerdil. Namun atas kapasiti guru Kristian, jemaat PCS dan pengerusi PGKS, sememangnya sekolah mission PCS sentiasa di hati saya. Tentang persoalan samada harus diserahkan kepada kerajaan atau tidak adalah justifikasi lain. Keutamaan tindakan bagi saya ialah dengan menubuhkan Task Force untuk membuat kajian menyeluruh tentang situasi semasa dan masa depan sekolah ini. Sejak dulu prinsip kerja saya ialah : Beban + Doa, Iman + Tindakan, Semangat + Organisasi. Justeru, pasukan ini mestilah yang ada beban, iman, tindakan, sanggup berkorban dan kesatuan. Buat masa sekarang, secara teori dan prinsip, laluan untuk menangani sekolah ini ada dalam hati saya tetapi perlu saya maklumkan bahawa dalam penstrukturan PCS yang baru, sekolah mission diletakkan dalam bidang Kesaksian dan Pelayanan yang diketuai oleh Pdt Janios Masingkai. Apa pun, 20 hb ni EXCO akan bermesyuarat dan isu ini akan saya bangkitkan. Walaupun bidang saya dalam EXCO ialah R & D, namun saya akan bekerja sejauh Allah memakai saya.
Sebenarnya selain isu sekolah mission, banyak lagi isu/bidang yang perlu ditangani dalam PCS sekarang yang bagi saya sangat mendesak untuk ditangani. Antaranya ialah masa depan asrama PCS, menaiktaraf program misi, muzik, ibadah, kotbah/pembimbing pengkotbah, ekonomi dan banyak lagi. Oleh itu....kepada sesiapa sahaja pengunjung blog saya...sekiranya anda adalah anggota gereja PCS dan ada beban untuk membantu PCS dalam apa juga bidang..sila sediakan kertas kerja dan sampaikan kepada saya. Pihak EXCO tidak mampu menangani semuanya dalam masa yang singkat. Spt yang Dr Nellson lakukan..segala cadangan beliau telah saya ambil kira semasa saya menyiapkan Kajian Persepsi PCS. Sbg makluman, kajian menyeluruh sedang 'berlangsung' di seluruh PCS sekarang. Semoga melalui dapatan daripada kajian itu membantu kita melaksanakan visi dan misi PCS dengan lebih efektif....

1 ulasan:

Ps.Daniel O. berkata...

Terimaksih, Tn.Maklin kamu bukan yang terkerdil..saya lagi kerdil..tapi Tuhan memakai mu luarbiasa dan ini panggilan Tuhan buat kamu..saya hanya mengongsikan kerisauan saya dalam perkembangan gereja kita...mengapa gereja lain boleh mengekalkan sekolah mereka dan masih tetap dibantu oleh kerajaan dan sekolah-sekolah kita seolah-olah terombang-ambing..teruskan pelayanan mu, kamu tidak keseorangan..Tuhan memberkati...mu..