Pengikut

27 Julai 2008

TUHAN MELAWAT UMATNYA

Puji Tuhan...Haleluyah...tidak ada perkataan yang lebih tepat untuk mengungkapkan sukacita dan syukur tidak terhingga dengan pekerjaan Tuhan dalam Kebaktian Kebangunan Rohani anjuran PCS Pekan Pitas 25-27 Julai lalu. Hampir seminggu blog ini tidak dapat dikemaskini kerana kesibukan dan kepenatan persiapan KKR namun semuanya dibayar dengan Lawatan Tuhan Yang Ajaib. Sungguh Tuhan kita adalah Allah yang Hidup.
Sebenarnya KKR tidak ada dalam kalendar pelayanan PCS Pekan Pitas tahun ini namun masa dan kehendak Tuhan di luar rancangan manusia. Melalui Pastor Pelawat kami iaitu Rev.Japalus, beliau 'menawarkan' pelayanan hamba Tuhan Pdt Henry Simbolon, selaku kenalan lamanya. Semua ahli majlis gereja bersetuju dan kami memulakan persiapan dalam masa yang singkat kerana tawaran yang diterima agak singkat. Namun kerinduan, semangat dan kesatuan di kalangan AJK dan jemaat sangat tinggi sehingga kerja-kerja persiapan berjalan lancar.Kapasiti gereja yang terhad menyebabkan kami membina khemah di luar sbg lokasi kebaktian.
KKR berlangsung dalam 4 sesi, di mana salah satu sesi adalah khusus untuk pelajar.Kami gabungkan pelajar dari 6 buah sekolah menengah daerah Pitas untuk mendengar ceramah tentang globalisasi dan seterusnya didoakan (yang akan menduduki peperiksaan). Sesi KKR yang lain berlangsung pada sebelah malam dan ahad pagi. Berdasarkan kapasiti kerusi sebanyak 310 buah di mana masih ramai yang berdiri dan bertenggek di atas kereta, kami anggarkan kehadiran sekitar 400 orang setiap sesi. Jemaat datang dari pelbagai tempat, seperti Tangkarason, Bongkol, Kanibongan, Sungai Eloi, Tampakahu, Hulu Bengkoka, Dingai, Kinobuntung, Bilangau, Salimpodon dan lokasi lain.
Kotbah yang disampaikan sangat tepat dan membangun iman. Pdt Henry memang pengkotbah bertaraf antarabangsa di mana Tuhan telah mempercayakan pelayanan di Australia,Thailand, Singapura, Belanda dan tempat lain. Namun kami terharu kerana beliau seorang yang sangat rendah hati dan memperlihatkan 'ketulenan' sebagai hamba Tuhan yang diurapi. Beliau merupakan Pastor gereja besar Mawar Saron (yang diasaskan oleh Pdt Jacob Nahuway) di Medan. Juga seorang pensyarah di seminari di bidang Misiologi. Beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di YMCA, Perak. Beliau datang bersama Pdt Alexander (anak didik beliau) yang melayani remaja. Di samping berkat Firman, ramai lagi yang diberkati dengan jamahan Roh Allah melalui pertobatan, pembaharuan keluarga, kesembuhan dan banyak lagi. Mohon maaf...saya tidak dapat merakamkan gambar-gambar suasana KKR kerana terlibat sepenuhnya dalam muzik membantu pelayanan Pdt.
Sesugguhnya KKR kali ini merupakan berkat besar bagi PCS, khususnya di Pitas.Memang doa kami ialah menjadikan PCS Pekan Pitas sebagai pusat transit berkat Allah untuk gereja-gereja PCS di mana saja. Kini KKR telah berlalu..tugas berat menanti iaitu memelihara berkat dan melakukan pelayanan susulan. Tidak kurang juga memenuhi tuntutan untuk menjadikan KKR ini sebagai acara tahunan. Kami juga bangga kerana Gembala Daka dan Efejus hadir dan memberikan sokongan penuh malah terlibat membantu pelayanan doa.Alangkah indahnya kalau majoriti pemimpin PCS seperti mereka....Terima kasih juga kepada Rev.Japalus selaku pastor pelawat kami yang dipakai Tuhan menjadikan KKR ini ada. Setapak lagi...kami akan berbincang untuk menjadikan Pdt Henry sebagai bapa rohani PCS Pekan Pitas. Semuanya di tangan Tuhan. Pdt Henry sewaktu kami makan bersama di restoran tepi laut Pitas berkata bahawa kalau ada jemputan awal beliau boleh datang bersama Pdt Jacob Nahuway...Bayangkan kalau ini terjadi. Lawatan Tuhan telah ada...sentiasa ada dan akan sentiasa ada....AMIN !!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha ini.. GBU

IsOn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IsOn berkata...

Pdt Jacob Nahuway seorang hamba Tuhan yang dipakai dengan luarbiasa secara internasional. Jika dapat jemput beliau dalam konvensyen PCS untuk melayani merupakan satu berkat yang besar.

Ps. Japalus; adakah dia masih melayani di kalangan orang asli di Gopeng Perak? Saya mengenali beliau semasa trip visi/misi Campus Crusade for Christ suatu ketika dulu. Orangnya agak lucu juga. Good to hear from him again.

Tahniah tuk PCS Pekan Pitas atas program pelayanan yang berjaya. Memang benar cabaran seterusnya ialah untuk pelayanan susulan supaya 'api' itu tidak padam begitu saja. Semoga Tuhan terus mengurapi dan memberkati pelayanan anda sekalian.

The Momogun berkata...

syukur dan puji tuhan...

Tuhan tidak pernah melepaskan kendali-Nya.
setiap zaman dari zaman ke zaman.. sejauh zaman nenek moyang kita... Tuhan sudah tahu akan generasi kita pada hari ini.

sebelumnya kita kenal dunia maya IT ini Dia sudah mengenal kita...
Puji Tuhan kerana walaupun dari dunia maya saya mendengar khabar ini ia sudah cukup membuat jiwa ku segar di kejauhan..

rencana Tuhan ada pada kita.. syukur kerana tobpinai Maklin salah seorang yang telah menyediakan bahu utk di pakai Tuhan dalam gereja PCS..

Hari esok makin indah sungguhpun badai mungkin jauh lebih kencang tetapi benih2 sorgawi tidak pernah layu... berkat Tuhan pasti di pihak mu..

Tuhan memberkati.