Pengikut

17 Julai 2008

ANTARA DUA WAJAH

Saya terpanggil berkongsi 'selera' dengan menu politik negara kita yang semakin berserabut ini. Ramai kawan-kawan yang menghantar sms meminta ulasan saya. Mengenai debat minyak baru-baru ni, saya beri markah 10-2, kemenangan kepada Anwar. Kenapa? saya pernah menjadi ketua pasukan debat sekolah dan maktab perguruan yang bertanding sampai kebangsaan, justeru saya tahu corak penilaian debat. Tidak syak lagi...Anwar Pemenang !
Isu liwat...ini yang pelik tapi benar ! Saya sependapat dengan beberapa rakan blogger bertaraf 'bintang' tentang kes ini. Anda yang tahu tentang sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia pasti sedar bahawa cara polis menjalankan siasatan adalah secara 'Dua Wajah'. Kenapa ? Pertama, bagi kes pertuduhan “liwat” Anwar Ibrahim (defendan) dengan Saiful Bukhari Azlan (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim (defendan) telah diminta keterangannya dan kemudiannya ditahan @ direman oleh pihak Polis. Ini adalah situasi biasa dimana defendan biasanya akan ditahan reman bagi memenuhi kehendak siasatan. Situasi ini tidaklah pelik dan ianya selari dengan keperluan undang-undang.
Kedua, bagi kes pertuduhan “persekongkolan untuk membunuh” melibatkan tiga (3) defendan iaitu, Rosmah Mansor, Aziz Buyong dan Norhayati Hassan dengan Raja Petra Kamarudin (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Raja Petra Kamarudin (plaintif) pula yang diambil keterangan malah seterusnya ditahan reman oleh pihak Polis. Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia...
Bukankah situasi ini agak pelik tapi benar...dalam apa juga keadaan adalah celaka apabila kita berurusan dengan mereka yang memiliki dua wajah.......

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

undang-undang di malaysia sekarang ini telah menjadi satu permainan politik..semua pihak yang telah di pertanggungjawabkan dlm perundangan di malaysia telah hilang wibawa dan besar kemungkinan undang-undang di malaysia tidak dapat di percayai..yang salah boleh menjadi benar dan yang benar boleh menjadi salah berikutan ada kompromi antara politik dan kehakiman bahkan hampir semua orang-orang yang berpangkat berkompromi dgn kejahatan..apa yang kita boleh buat ialah HAKIM YG SEBENARNYA IALAH TUHAN

IsOn berkata...

Senario politik di Malaysia sekarang adalah permainan 3 penjuru; pasukan Pak Lah dan menantunya, Najib dan suku sakatnya, dan Anwar dengan pengaruhnya. Mereka saling mempergunakan dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Pihak2 yang lain tu cuma pelakon tambahan saja. Siapa yang akan menang nanti, saya pun tak tahu. Kita doakan saja yang terbaik untuk negara kita. Semoga kehendak Tuhan yang terjadi.

The Momogun berkata...

sesiapa saja parti poliyik yang mampu melihat keadaan sabah dan sarawak yang umpama jajahan tanah melayu selama ini dan mampu berikan status yang baik mengenai hak-hak sabah seperti borneosasi dan sebagainya ada besar kemungkinannya dapat membentuk kerajaan.

kita hanya mampu berdoa..