Hujung minggu lalu adalah ruang masa yang sangat memenatkan. Pada malam 13 Jun, menemui YB Bolkiah (ADUN N.3 Pitas), kemudian 14 Jun ke Sikuati kerana menyampaikan 2 ceramah dalam seminar pelajar dan 15 Jun, berkotbah di gereja sendiri.
Berbalik kepada perjumpaan dengan YB, saya menjadi 'orang tengah' masyarakat bagi rayuan penyambungan projek jalanraya Pandan-Maliau-Pinapak yang terbengkalai sejak Rancangan Malaysia ke-7. YB terkejut apabila saya membentangkan fakta projek tersebut kerana saya secara 'long ranger' berurusan di semua agensi kerajaan di pelbagai peringkat. YB, MP, Pengarah JKR, Pengarah JPPS, Datuk Pairin, Datuk Raymond telah saya temui. Menulis surat ke JPM dan KPLB (Putrajaya).....masih menemui jalan buntu. Rekod terkini menunjukkan projek ini hanya dalam senarai ke-10 dalam rangking projek JKR daerah. YB berjanji untuk meneliti dan berusaha menolong ! Di peringkat sekarang saya terima janji itu dengan positif.
Gambar di atas memberikan justifikasi kepentingan projek ini. Gambar di atas merupakan fenomena dan realiti yang telah menjadi asam garam kehidupan pelajar sekolah rendah di banyak tempat di seluruh Sabah. Kawasan/laluan utama projek yang saya maksudkan adalah seperti gambar di atas....laluan ratusan penduduk/pelajar ke sekolah menengah/rendah, klinik dan urusan lain. Saya berkata kepada YB...untuk mengetahui tahap kemunduran sesuatu kawasan...teliti lokasi/stesen pendaratan perkhidmatan doktor udara. Di Pitas, hanya 3 kawasan menjadi lokasi pendaratan/perkhidmatan dan semua lokasi itu terletak di kawasan yang termasuk dalam projek jalan raya.
Saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang bantuan kewangan berbilion yang disalurkan oleh kerajaan untuk rakyat...namun saya tertanya-tanya ke mana agaknya wang itu pergi? Adakah wang tersebut sampai ke sasaran, khususnya ke arah mencapai membasmi kemiskinan tegar? Sehingga sekarang...banyak kawasan di Pitas yang tidak mengalami sebarang perubahan pembangunan yang dibanggakan. Kehidupan kais pagi makan pagi masih menjadi identiti ! Kekurangan zat makanan masih menjadi realiti ! Keciciran akademik masih igauan buruk ! Pertanian tradisional masih menjadi warisan turun temurun ! Penghijrahan belia ke bandar terus menjadi pilihan sehingga mengurangkan produktiviti setempat ! Ringkasnya hasrat kerajaan MENAMATKAN kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 bagi saya masih menjadi ilusi semata-mata....
Sebagai penduduk tempatan Pitas...saya layak berasa sangat kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan menyelami penderitaan penduduk Pitas. Saya berhak berasa terkilan kerana saya telah berusaha sejak tahun 2004 terlibat secara langsung menolong menjadi 'orang tengah' menyampaikan maklumat kepada kerajaan. Satu yang belum saya lakukan ialah menyiarkan isu ini kepada pihak TV3. Dalam konteks media akhbar..saya telah menyiarkan ini pada tahun 1998 melalui Datuk Joniston Bangkuai (Presiden Persatuan Wartawan Sabah)...namun realitinya kematian ekoran di patuk ular masih berlaku (tidak sempat sampai ke klinik kerana terpaksa berjalan kaki dan menggunakan sampan). Kematian ibu mengandung dan penyakit lain masih dialami sejak puluhan tahun......
Mohon maaf....mungkin saya terlalu emosional. Takpa kita sama-sama menunggu dan menunggu....kata 'mereka' HANYA 'mereka' yang boleh memajukan dan membangunkan kawasan kita....Marilah Menanti !

2 ulasan:
bagus sekali...banyak meklumat terkini...
sangat baik...byk maklumat
Catat Ulasan