Pengikut

12 Jun 2008

BAPA YANG MEMBERKATI

Kesibukan menyebabkan saya hampir terlupa tentang Sambutan Hari Bapa. Saya tergerak berkongsi latar belakang sambutan ini dengan rakan-rakan dalam blog ini.
Seorang bapa tunggal yang bekerja keras bernama William Jackson Smart menjadi ilham untuk mewujudkan hari bapa. William yang merupakan bekas tentera Perang Saudara telah kehilangan isterinya yang meninggal dunia pada 1898 ketika melahirkan anak mereka yang keenam. Oleh itu beliau HARUS membesarkan anak-anaknya di luar bandar Washington dengan penuh kepayahan. Pada bulan Mei 1909, anak perempuan Smart bernama Sonora Dodd yang sudah berkahwin pada waktu itu mendengar kotbah yang menyanjung sifat mulai seorang ibu (hari itu adalah Hari Ibu, hari cuti yang baru bagi negara Amerika. Lalu Sonora teringat pengorbanan ayahnya dan mengajukan permohonan agar Hari Bapa dikhaskan dalam kalendar. Usahanya disambut dengan baik dan rakyat Amerika mulai merayakan Hari Bapa walaupun hanya pada tahun 1972 barulah ditetapkan sebagai cuti khas.
Peranan bapa tidak dapat dinafikan lagi dalam keluarga. Sebagai bapa...kita menjadi ketua pemikir, perancang dan pelaksana. Menjadi pembimbing, penghibur dan sahabat setia dalam keluarga. Amsal 4 dalam Alkitab memberikan 4 frasa kata-kata hikmat yang dapat diwariskan bapa kepada anaknya, iaitu " Jangan pergi ke tempat orang jahat pergi " "Berhati-hati dengan apa yang difikirkan" " Jangan katakan apa yang tidak benar" " Jauhkanlah dirimu daripada kejahatan" Sesungguhnya....bapa yang hebat dan memberkati ialah yang BUKAN SEKADAR MEMBERITAHU TENTANG HIDUP TAPI MENUNJUKKAN CARA UNTUK HIDUP.
"SELAMAT HARI BAPA "

Tiada ulasan: